Sunday, 15 August 2021

Okey ke Tak Okey

Akhirnya selamat juga edit template baru. Padahal tak banyak benda pun yang diubahsuai kikiki. Kalau sesiapa yang masih ingat, aku pernah update entri iaitu teringin nak beli etsy template. Dan ya, hari ini dah selamat templatenya aku beli. 


Sudahnya beli template lain yang jauh lagi murah HAHAHA. Dah beli baru rasa nak menyesal. Ahhhh tak payah nak menyesal sangatlah najihah, dah beli dah pun, kata aku kepada diri aku sendiri.


Bosan tak tahu nak buat apa, nak komen entri blog orang lain tak boleh sebab apa? Aku pun tak pasti. Bila nak komen, cakap sila cuba lagi. Frust jugalah, jadi kita pun merayaulah cuci cuci mata di etsy. Tiba tiba ter'proceed order' beli template. Ini kalau kakak aku tahu ni, mahu kena bebel. Bazir katanya.

 


Tak jauh beza pun template lama dengan template sekarang kan? Kalau ada perubahan pun hanyalah minor sahaja. Bukan major. Antara perubahannya ialah warna blog. Dulu pakai warna putih dan ungu pastel. Sekarang dah jadi putih semuanya. Perubahan yang lain tak ada dah kot, itu pasal aku cakap memang tak jauh beza pun dengan template lama. 


Tulisan di blog pun aku masih kekalkan tulisan 'Poppins'. Tak tahulah nak pakai tulisan apa, last last pakai poppins juga. Poppins juga aku cari. Dari dulu sampai sekarang. Puas try tulisan Century Gothic lah, Quattrocento Sans lah, Quicksand lah tapi semuanya macam tak jelas bagi aku. 


Aku tak tahulah mata aku yang bermasalah ke macam mana sebab aku tengok tulisan dalam blog ni tak jelas. Ke jelas je pada pandangan para pembaca? Senang untuk dibaca tak? Kecil sangat atau besar sangat size tulisannya? Kalau buka melalui telefon, memang jelas. Memang nampaklah hitam pekat tulisannya. Tapi bila tengok melalui laptop, nampak macam tak hitam pekat pun. 


Harap harap template ni tak ganggu pageviews bloglah. Kalau nampak aku tukar template lepas ni, maknanya dia ganggu pageviews blog akulah HAHAHA. Adios!


Nota jemari: Template dulu lagi okey ke template baru lagi okey? Hehehe

40 comments

  1. jujurnya k ret suka yg lama hehehe..
    sebab ada la nmpk diff kat kaler pepel tu...

    satu lagi popular post mcm 'kacau' sket kat pandangan kita.
    maybe sebab dia gmbr dan buka petikan draf ke eh? haaha ntah la...

    pape pun janji awak suka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun rasa macam terganggu jugak kadang kadang dengan popular post tu hahaha, adoii nanti saya try tukar. Maceh kak ret atas pandangan jujur kak ret ;)

      Delete
  2. Betul itu nampak cantik terletak apabila tengok melalut telefon bimbit.
    Nampak tidak jauh beza. Eh header itu sudah ada lain ya?
    Nanti tengok betul-betul apa beza templet ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh header tu dah lama dah akak hahaha, akak baru perasan eh hihihi

      Delete
  3. ok cantik dh ni!
    beli dulu menyesal kemudian.. haha..
    lg menyesal kalo xbeli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn! Baik menyesal beli daripada menyesal tak beli HAHAHA

      Delete
  4. owh yg dulu nampak purple2 sikit.. yg skrng lebih kepada clean, putih.. okay je memana.. asalkan tak mcm2 wrna. hehe.. so far warna tulisan tu okay je, jelas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, janji tak colorful macam pelangi hahaha, memang serabut kalau banyak warna. Baikkk terima kasih busyra! ;)

      Delete
  5. Bagi saya, tulisan di blog Atiqah ok je.

    ReplyDelete
  6. cantikk warna putih <3 tulisan pun sangat okay hehehe, saya dah buka pakai laptop ni ya. memang jelas :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya mata saya la yang bermasalah ni hahaha, apa apa pun maceh ayu ;)

      Delete
  7. as long as putih mmg nmpk clear tiqah.. dlu ada purple skrg dh semua putih suci bersih

    ReplyDelete
  8. Suka tulisan ni, senang nk baca! Just nice semua putih pun, hihi..xserabuts, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka dengan font ni, memang last last tetap akan pakai font ni jugakkk hehehe

      Delete
  9. cantik font 'Poppins', senang nak baca..

    ReplyDelete
  10. OK je. Naisss. Nampak lagi simple dan kemas. Poppins memang sesuai sebab lagi jelas dan mudah nak baca. Banyak je company yang pakai tulisan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab pakai warna putih kan? Tak nampak serabut eh? Ohh yekeeee, baru saya tahu yang pasal font poppins tu ramai company guna.

      Delete
  11. Perasan jgk rumah dah cat baru ..putih bersih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali tukar warna rumah hehehe, kalini pakai warna putih aje, biru sikit sikit hehehe

      Delete
  12. Template ni nampak ok je
    Tapi kak bru perasan template adik wow template barulah
    Hehe
    Masuk je blog adik eh kenapa mcm lain ya
    Laa tukar baju blog rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala tukar baju blog hehehe
      Tak tukar dah lepas ni, in shaa Allah >.<

      Delete
  13. Jujur Kak SA suka yang lama...Popular post tu macam x kena buat style macam tu...sorry...only my 2 cents...ubah skit la yang popular post tu..sedikit mengganggu..yg lain2 should be ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen kak SA sama macam kak ret hahaha, tapi saya setuju sebab kalau tengok dua tiga kali saya pun rasa serabut jugak popular posts tu hahaha. Nanti saya try ubah, apa apa pun thanks alot kak SA atas pandangan jujur kak SA ;)

      Delete
  14. Bagi kak PC ok je..sebab kak PC kalau singgah ke blog kawan-kawan paling penting warna template dan size font artikel. Yang lain-lain tidak menjadi masalah terserah kepada owner blog.

    ReplyDelete
  15. simple, putih suci murni gitu.. Tulisan pun jelas, saya guna laptop

    ReplyDelete
  16. Ai suka baca blog yang font jelas dan senang baca. Kalau content best tapi font tak ok, spoil mood nak baca juga.

    ReplyDelete
  17. Cantik. Suka baca dan tenang nak membaca.. :)

    ReplyDelete
  18. Cantik rumah baru.Kih3.Dah masuk Etsy susah nak undur diri tau.Akak pun ada masuk kemarin cuci mata.Sudahnya tutup terus.Takut terjebak tukar template lagi!!Jahat tau Etsy ni.Ha3.

    ReplyDelete
  19. Rajinnya godek blog. Akak view pakai komputer ni. Tulisan maybe tak nampak pekat sangat sebab tulisannya pun jenis halus kan... tapi suka font ni.

    ReplyDelete
  20. Niceee! Tulisan ok, to me, kalau tak nampak, akak zoom je screen.. i like background putih giniiii...

    ReplyDelete
  21. So far template okay. minimalist. Font pun okay jelas je Atiqah.

    ReplyDelete
  22. Putih is cantik. Segar mata memandang.

    ReplyDelete
  23. ok dah ni as long as x serabut dgn widget sy suka👍😊

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)