-->

Blood Glucose Meter Sinocare Part 1

Duduk rumah kerjanya asyik makan, minum, tidur, tengok korean drama dan ulang ulang sampai bila pun aku sendiri tak tahu. Perut asyik berkeroncong minta makanan saja setiap satu jam.

Tuan badan pula suka sangat makan makanan atau minuman manis. Bacaan gula dalam darah pula tak pernah diperiksanya. Sudahnya, aku mimpi, tiba tiba bacaan gula dalam darah aku mencecah 33.3! 

Ya Allah, bukan biasa biasa ya mimpi aku HAHAHA. Puncanya, masa makan malam dengan housemate, housemate aku ceritalah yang dia ada check gula dalam darah dekat farmasi, dan nasib baik tak tinggi bacaan gula dalam darah dia, katanya. Dia pun suka juga makan makanan dan minuman manis. Boleh dikatakan hari harilah dia minum air manis. 

Kakak aku pun selit juga sekali cerita tentang seorang perempuan yang umur baru 23 tahun (muda setahun saja dari aku) dah ada penyakit kencing manis. Perempuan muda itu dah kena cucuk insulin. 

Meremang bulu romaku bila dengar. Aku dengan makanan atau minuman manis memang tak dapat dipisahkan HAHAHA. Dengan popia pisangnya, tealive, xi fu tang dan sebagainya. 

Minuman tak adalah selalu sangat minum, sebab most of the time aku memang minum air masak tapi yang disimpan dalam peti sejuk sahaja. 

Dalam sebulan sekali ataupun tiga minggu sekali baru minum minuman manis. Itupun satu gelas panjang itu kadang kadang berkongsi dengan kakak aku. Cumanya, makanan manis lah susah nak ubah >.< Syok sangat tengok drama korea sambil kunyah popcorn dan lain lain lagi.

Tapi serious, aku memang mimpi yang bacaan gula dalam darah aku cecah 33.3 mmol/L. Dan dan pula, dalam beberapa hari ini aku kerap sangat kencing. Terus google, tanda tanda penyakit kencing manis. Tanda pertama, kerap kencing. Allahu. Lagilah tak senang duduk aku. Asyik terfikir sepanjang hari. 

Sampaikan aku tak makan makanan atau minuman yang manis untuk beberapa hari. Tipulah tak makan langsung. Tapi kuranglah sikit kalau nak dibandingkan dengan sebelum sebelum ini.

Keesokan harinya (lepas aku mimpi), terus survey di Shopee blood glucose meter 😂 Memang dah lama nak beli, tapi macam biasalah. Tak terbeli beli.

Sampailah 18 Jun hari itu, fikir punya fikir, baca review sana sini, akhirnya aku pun beli Blood Glucose Meter jenama Sinocare

"Membazir saja beli, padahal boleh check di farmasi."

Tak apalah, bagi aku, selagi harga tak mencecah ratus ratus, aku masih boleh terima. Tapi blood glucose meter yang aku beli ini tak adalah mahal sangat. Range harga bawah RM 50.00 sahaja. 

Nak nak pula seketul Nur Atiqah Najihah ini memang seorang yang penakut! Bukannya takut kena cucuk ambil darah ke apa ke, tapi takut dengan keputusannya. 

Tunggu punya tunggu, selamat sampai barangnya hari Isnin lepas. Geram betul dengan Shopee sebab dah tak boleh pilih courier apa yang kita suka. Shopee pergi pilih NinjaVan. Memang tak boleh buat apa. NinjaVan bagi aku service agak lambat kalau nak bandingkan dengan J&T. J&T memang laju. Hari ini pos, esok dah sampai!


Inilah barang barangnya. Nak tahu ada apa dalam kotak di atas? Next entri sebab rasa dah panjang sangat entri ini 😂

Bersambung! 

26 Comments

  1. Bagi yang mementingkan penjagaan kesihatan eloklah beli.. boleh pantau kandungan gula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, senang ada alat ni, boleh pantau sendiri je.

      Delete
  2. Bagus kena pantau , sophea pun rasa kena hadkan makanan manis ni takut kan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takuttttt! Muda muda dah ada penyakit kencing manis, tapi minta dijauhkanlah. Nauzubillahminzalik sophea. Tapi bagus kalau hadkan makanan manis dari sekarang.

      Delete
  3. pantau sendiri lagi puas hati... boleh kawal kot ada simptom gula tinggi boleh ke klinik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn kak dana, memang puas hati kalau pantau sendiri, boleh check 2/3 kali seminggu.

      Delete
  4. good tiqah....
    antara barang yg wajib ada kat rumah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni nak cari yang blood pressure monitor pulakkk hehehe

      Delete
  5. tengok tempat jugak ninja van tu sebab dekat area ara damansara ni memang laju. J&T pun sama. Tengok Tiqah beli rasa nak beli jugak lah. Better ada dekat rumah daripada keluar ke farmasi. Risiko covid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah tengok tempat jugak, tapi kalau dekat tempat saya ni, J&T je perform, yang lain memang lambat hahaha. Tapi terima jelah bila shopee dah setkan macam tuu. Beli lah, puas hati boleh pantau sendiri. Tak payah susah susah pergi farmasi hehehe.

      Delete
  6. Jgn mimpi jadi kenyataan sudahlah ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, mintak dijauhkanlah huwaaaaa tak boleh bayangkan kalau jadi kenyataan >.<

      Delete
  7. Memang bagus ada glucose meter untuk pantau gula dalam darah. Kita boleh berjaga-jaga dan tahu lebih kurang tahap kesihatan kita. Akak pun ada Sinocare ni tapi version yang lama. Merah. Harga test stripnya murah berbanding dengan mesin lain yang berjenama di pasaran.

    Kadang-kadang bila check gula, akak sengaja guna Sinocare dan One Touch sekali, tengok bacaan lari jauh ke tidak. Ikut pengalaman akak, not bad... bacaannya lebih kurang. Boleh dianggap accurate.

    ReplyDelete
  8. Tapi mimpi gula tinggu tu memang ngeri. Tinggi sikit lagi terus tak ada nombor dah... mesin tak mampu baca 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah kak farrah, yang terus tak ada nombor dah tuuu boleh straight berjumpa Allah kot hahaha. Serammmmmmm kita dengar >.< Mimpi haritu pun tak senang duduk dah 4/5 hari, asyik terfikirrrrrr, nak makan pun tak ada selera. Ini kalau check, tak ada nombor terus, memang tak boleh bayangkan hahahaha

      Delete
    2. Hahaha mau copot jantung. Haa... lepas ni boleh tengok-tengok strips time ada promosi. Dapatlah pantau secara berkala.

      Delete
  9. Akak kat umah memang ada siap benda alah ni, tempat cek tekanan darah pun ada sekali. Senang nak cek. Tak payah nak g klinik. BTW, jemput join bersegmen dengan akak untuk pencarian bloglist okey 👉🏼https://syuderis.blogspot.com/2021/06/segmen-pencarian-bloglist-syu-deris.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang kann kak syu, ada benda benda ni semua. Saya pun next time nak beli blood pressure monitor pulakkk hahahaha.

      In shaa Allah kak syu, nanti free saya join ya ;)

      Delete
  10. Baguslah beli, boleh pantau sendiri, kandungan gula dalam darah. Kena kurangkan, Atiqah, makan manis ni. Air sejuk pun jangan minum, tak elok. Nasihat dari orang tua. Hehe...

    ReplyDelete
  11. Ya ampunn..siap terbawak dalam mimpi tu Atiqah. Dari mimpi juga buat kita sedar untuk jaga pemakanan dan kesihatan kita. Ada hikmahnya mimpi tu.

    ReplyDelete
  12. Setiap rumah patut ada alat ini. Senang nak pantau kandungan gula dalam darah. Sekarang ini anak kecil pun sudah ada penyakit kencing manis.

    ReplyDelete
  13. Baguslah ada alat ni. Bila monitor tu rekod, so if tiba-tiba bacaan lari dari kebiasaan, kita boleh tahu.

    ReplyDelete
  14. InsyaAllah bukan pembaziran malah pelaburan yang bagus untuk pemantauan kesihatan..

    ReplyDelete
  15. Akak pun takut kena cucuk. Sambung baca siri ke-2.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri "aku"
Terima kasih sudi baca dan komen.