Tuesday, 9 March 2021

Polydactyly / Individu Mempunyai Jari Lebih

 

Assalamualaikum dan selamat pagi! 

Hari ini nak berkongsi dengan para pembaca semua mengenai polydactyly. Dan untuk pengetahuan kalian, aku merupakan salah seorang polydactyly. Aku dalam kategori preaxial di tangan kanan. 

Sebab itu aku kidal? Sebab tak boleh menulis dengan baik kalau pakai tangan kanan. Lagi satu, jari lebih aku ini bertulang dan ada kuku, ada sesetengah orang lain dia cuma isi sahaja. Kalau tengok, dia macam huruf U hehe. 

Jadi sebelum itu, aku nak terangkan serba sedikit apa itu polydactyly. Polydactyly bermaksud keadaan di mana seseorang itu dilahirkan dengan jari tangan atau jari kaki tambahan. 

"Poli" yang berasal dari kata-kata Yunani yang membawa maksud "banyak" dan "dactylos" yang bermaksud "digit". Kebiasaannya, polydactyly ini berjalan dalam keluarga, mutasi genetik atau persekitaran. 

Fakta mengenai polydactyly ialah:
  • Tangan kanan dan kaki kiri paling kerap terkena
  • Tangan terkena lebih kerap berbanding kaki
  • Polydactyly adalah dua kali lebih biasa dalam kalangan lelaki
  • Berlaku dalam 1 dari 1,000 kelahiran pada populasi umum
  • Dijumpai lebih kerap pada penduduk Afrika, Amerika dan berlaku dalam 1 dari 150 kelahiran

Source: https://www.healthline.com/health/polydactyly#types

Back to my story, zaman persekolahan iaitu zaman sekolah rendah dan sekolah menengah merupakan zaman yang menyedihkan juga bila bercerita tentang jari lebih ini. Dipanggil cacat itu normal. 

Siap tanya, ada kad OKU tak? Ya Allah aku tak kurang upaya pun, jari terlebih satu saja. Zaman sekolah dulu aku selalu lah sembunyikan jari lebih dengan tarik lengan baju sampai terkoyak! 

Masuk sekolah menengah pun masih macam itu juga. Sama sahaja. Bagi aku zaman sekolah rendah dan sekolah menengah masih dalam zaman budak budak dan masih tak matang, jadi ejek mengejek itu perkara biasalah walaupun kadang kadang terasa juga bila dipanggil cacat. Nasib baik kawan perempuan aku tak perangai macam sesetengah kawan lelaki aku.

Bila masuk UITM, terasa debarannya. Mula-mula masuk saja UITM, aku sembunyikan juga tapi lama kelamaan aku beranikan diri untuk bebaskan tangan kanan aku yang tersembunyi dalam lengan baju. Sebab apa? 

Sebab susah nak buat kerja kalau tersembunyi selalu. Alhamdulillah, mereka okey. Habis habis mereka tanya sahaja pengalaman hidup masa zaman sekolah dulu. Dah masuk universiti kan, boleh dikatakan semua dah matang dah semuanya dan tak sama macam zaman sekolah dulu dulu kala. 

Orang cakap, jari lebih banyak kelebihan. Betul ke? HAHAHA. Dah lebih jari, jadi kelebihan terlebih sikitlah daripada orang yang ada lima jari ini hahaha. Ada yang cakap, selalu murah rezeki, pandai and kreatif, pandai melukis dan sebagainya. Tapi apa apa pun, itu semua dari Allah s.w.t.

Apa yang aku boleh simpulkan disini, janganlah ejek atau hina fizikal seseorang itu. Dia tak minta dilahirkan dengan fizikal macam itu sebab itu semua kerja Allah. Kalau ejek atau hina juga itu bermaksud hina ciptaan Allah. Berani ya ejek atau hina ciptaan Allah?

Macam mana dengan kalian? Ada family yang polydactyly juga? Mind to share?

10 comments

  1. Ada sahaja pengetahuan baru saya dapat. Terima kasih kongsi.

    ReplyDelete
  2. My ex boss dulu mcm Tiqah... terlebih ibu jari...
    Memang otak bergeliga hahaha....

    My anak buah pun terlebih juga tapi jari kaki..
    Alhamdulilah masa baby kesan awal n doc suggest operate buang sbb nnt ssh nak pakai kasut bila dah besar. Kebetulan jari terlebih tu pun mcm xde tulang so senang la nak buang.. Now makin sihat anak buah yg sorang tu heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak bergeliga mana hahaha. Haah biasa nya memang operate. Kalau takde tulang lagi senang, tapi case saya, ada tulang. So parents saya taknak operate. Alhamdulillah, semoga makin sihat anak buah Cik Retna! 🥰

      Delete
  3. Walau kita cuba matang utk terima tapi yg positive pun jadi negative sbb org meng negativekan kita kan .... manusia mulut lancar saja and tul tu... Allah bagi kelebihan.. kan

    ReplyDelete
  4. So far saya tak mengenali atau berjumpa dengan mereka yang polydactyly ni. Susah nak menutup mulut orang ni kan, abaikan je. Semoga awak terus kuat ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kita boleh abaikan sahaja. Biarlah orang nak kata apa, kita hidup bukan nak dengar cakap orang selama lamanya. Alhamdulillah zaman ejek mengejek dah berlalu. Terima kasih atas ucapan 🥰

      Delete
  5. saya pernah ada kawan dulu, bukan terlebih jari, tapi jarinya tak lengkap. alhamdulillah Allah kurnia dia banyak kelebihan dan bakat. suara merdu, pandai melukis, manis je orangnya.

    setiap yang kurang itu ada lebihnya. kadang selalu kagum dengan mereka yang diuji Allah dengan ujian sebegini. Rasa macam special sangat....<3

    ReplyDelete
  6. Baru tahu. Dulu pernah nampak ada pakcik kat kedai ada 2 ibu jari. Tapi jenis yang bersambung tu..

    Zaman Uni kalau ejek mengejek memang sangatlah tak matang.. Tq for sharing. Baru tau..

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)