Saturday, 13 March 2021

Graduation's Day 2019

Seperti biasa, assalamualaikum dan selamat pagi semuanya. Semoga harini berjalan dengan lancar dan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah. Pagi ini nak throwback to graduation's day pada tahun 2019. 


Graduated from UiTM Seri Iskandar in Diploma of Building Surveying. Alhamdulillah dapat graduate on time bersama kawan kawan yang lain. Tak ada repeat paper and CGPA 3.37. Daftar 02 June 2015 and officially tamat 12 December 2018. Tak tahu kenapa tamat 12 December sedangkan aku habis praktikal pada bulan June 2018. 



Gambar atas pentas masa ambil sijil. Menyesal sebut "thank you" sebab mulut jadi muncung, sepatutnya sebut "terima kasih" baru mulut jadi senyum. Itulah, sehari sebelum hari kejadian tak nak pergi rehearsal, kesudahannya menyesal tak sudah. 

Yang print gambar pun, macam tak ada gambar lain nak pilih. Oh maybe gambar ini sajalah yang paling okey HAHAHA. Tapi tak apalah, benda dah siap jadi gambar dah.

Nanti degree tak tahu lah boleh konvo macam ini ataupun tidak. Tidakpun konvo secara atas talian atau mungkin ambil sijil dengan abang poslaju HAHAHA. Lagi satu kemungkinan, pergi ke UiTM yang berhampiran. 

Nak buat macam mana, keadaan pandemik Covid19 ini yang tak ada kesudahan. Moga moga pandemik ini berakhir dengan segera. 

Okey back to konvokesyen diploma, keluarga aku tak dapat datang. Jadi, aku tumpang lah mak ayah kawan kawan aku hehehe. Ada mak housemates aku siap bagi bunga and teddy bear sebab kasihankan aku yang family tak datang. Aku terharu kejap bila mak dia bagi sejambak bunga beserta teddy bear. Rasa dikasihi!

Sempat spend time bersama kawan kawan diploma sebab mostly kawan diploma aku bila sambung degree dalam bidang yang sama, mereka dapat UiTM Shah Alam. Batch degree aku yang tinggal 18 orang sahaja, yang selebihnya pergi UiTM Shah Alam. Dalam 10 orang tak sambung degree sebab ada komitmen lain. 

Nah kalian enjoy lah tengok gambar gambar pre-convo aku. Bukan main posing ya!








Hari konvokesyen kalian macam mana pulak? Mind to share? 

18 comments

  1. Meriahnya.Alhamdulillah ada keluarga lain bagi bunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat tumpang family kawan kawan 🥰

      Delete
  2. Lama tak nampak gambar2 konvo macam ni sejak laat year.. btw tahniah 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab konvo sekarang thru online je tak pun posmen yang hantar sijil, sedih jugak lah. Btw, sama sama! ☺️

      Delete
  3. meriah juga tu ada family kengkawan yg sudi celebrate sesama kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, diorang memahami yang keluarga saya tak dapat datang, rasa macam disayangi pulak hahaha

      Delete
  4. Alhamdulillah.. selamat dah ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, selamat dah. Tunggu degree pulak hehehe

      Delete
  5. Saya pulak konvo ke 74 UiTM SA :) Rindu lak zaman konvo :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, dah lama lah ye kalau konvo ke 74. Itulah rindu jugak, harap harap degree nanti boleh konvo macam ni jugak 😁

      Delete
  6. tahniahnyer.. selamat dtg ke alam kerjaya.. 😅

    ReplyDelete
  7. wuuuu! naseb bukan convo time pkp kan..hehe

    ReplyDelete
  8. hopefully degree nanti pun leh naik pentas mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, semoga ada rezeki nak naik pentas macam ni lagi :)

      Delete
  9. Rindu nak naik pentas lagi. UiTM dihatiku. InsyaAllah rezeki sambung master nanti, doakan tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah! Master! Semoga urusan dipermudahkan dan dapat rezeki sambung master :)

      Delete
  10. ada konvo masa sijil dlu

    jemput baca tau

    https://rabiadawiyah21.blogspot.com/2017/02/majlis-konvokesyen-2017.html





    https://rabiadawiyah21.blogspot.com/2019/11/throwback-konvokesyen-showme.html

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)