Monday, 22 March 2021

Ulser Mulut

Ulser Mulut | Siapa dekat sini tak pernah kena ulser mulut? Semua pernah rasa kot. Baik kanak kanak mahupun dewasa. Semua pernah alaminya. Ada yang kena seminggu sekali, ada yang kena sebulan sekali dan ada yang kena jarang jarang sekali. 


Kalau aku, aku termasuk dalam kategori jarang jarang sekali. Sekali kena, seminggu tak ada selera makan HAHAHA. Sumpah tak ada selera langsung nak makan kalau kena dekat bibir dan pipi. 


Hidanglah makanan favorite masa itu, memang tak ada juga selera makan. Ke kalian masih ada selera makan kalau kena ulser? 😂



Nama lain ulser ni ada yang panggil guam, serawan atau mata ikan. Menurut Dr Samhan, ulser mulut ni boleh berlaku disebabkan oleh stress, kekurangan zat makanan, kurang tidur dan rehat, mulut yang kotor dan tidak bersih, perubahan hormon, jangkitan virus dan berlaku kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah


Dr. Sivakama Sunthari iaitu Ketua Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial di Hospital Kuala Lumpur berkata, ulser mulut jika tidak sembuh dalam masa dua minggu, ia perlu dirawat bagi mengesan jika itu simptom awal penyakit kanser mulut


Kanser SCC iaitu 'squamous cell carcinoma  adalah barah yang paling kerap berlaku dalam rongga mulut iaitu 90 peratus daripada kes semua kanser dalam mulut. 


Antara tips untuk mengelakkan terkena ulser mulut ini adalah:

  • Minum air sebanyak 2 liter sehari
  • Urus stress dengan baik
  • Tidur secukupnya
  • Berus gigi selepas makan
  • Pastikan gigi palsu bersih *bagi yang memakai gigi palsu
  • Hindari fake braces
  • Banyakkan makan buah buahan, sayur sayuran
  • Berhenti merokok

Adalah ditegah bagi kanak kanak bawah umur 16 tahun untuk menggunakan bonjela. Hal ini demikian kerana bonjela mengandungi Salicylic Acid. Salicylic Acid adalah kandungan dalam ubat yang dinamakan Aspirin (ubat cair darah). 

Aspirin ni boleh menyebabkan risiko Reye Syndrome iaitu satu komplikasi yang boleh menyebabkan kegagalan hati, kerosakan otak dan kematian (Medicines and Healthcare products Regulatory Agency).

Kalau tak boleh guna bonjela, nak guna apa? Okey, kanak kanak bawah 16 tahun disarankan untuk menggunakan ubat ubatan yang mengandungi Hyaluronic Acid. 

Contoh contoh ubat yang mengandungi Hyaluronic Acid ialah Aftamed Gel, Aloclair Gel, Aloclair Spray dan Oral 7 Gel. Rawatan lain yang boleh digunakan untuk rawat ulser mulut ini adalah dengan berkumur air garam, antiseptik dan guna aloe vera.

Sumber: Ulser Mulut

29 comments

  1. Alhamdulillah, As pun jarang kena ulser...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, samalah dengan saya. Jarang jarang kena ulser :D

      Delete
  2. Part ni memang x suka dan selalunya ada kaitan dengan kurang air dalam badan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn! And yes selalunya ada kaitan dengan kekurangan air dalam badan jugak.

      Delete
  3. Alamak, masa Iman kecik2 dulu kena ulser memang letak bonjela jer, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, dulu dulu pun guna je bonjela ni. Alhamdulillah tak ada apa apa hehehe

      Delete
  4. Selalu anak dara akak kena sebab tak suka minum air masak.. Bila dah kena sapu ubat jelah.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapu ubat jelah yang boleh. Kalau nak makan, sapu ubat. Kuranglah sakit sikit kan time makan tu tapi tak lama tu sakit balik hahaha

      Delete
  5. Replies
    1. Seksanya nak makan kalau selalu kena.
      Boleh kurus tanpa diet kalau kena selalu :D

      Delete
  6. Akak baru je memborong Bonjela dengan Adem Sari kat Lazada sebab kat rumah ni ada yang teruk kena ulser.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siap borong bonjela lagi, memang ubat wajib ada lah dalam rumah ni kan.

      Delete
  7. ya allah, ngilu nya kalau terkena...
    ada yg rasa mulut tebal semacam je...
    pastu nk telan airliur pun susah...

    kak ret klu nak cepat baik, letak garam kasar terus kat tempat ulser tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak ret. Kadang lidah terkena dekat tempat ulser tu pun sakit.
      Wahhhh tak sakit ke kak ret hahaha, saya pernah nak buat tapi takut sakit sangat last last sapu ubat :D

      Delete
  8. Nice sharing :) Alhamdulillah, rezeki jarang kena ulser

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, samalah dengan saya. Jarang jarang kena ulser :D

      Delete
  9. Sakit oiii kalau kena, nak makan pun payah 🌹🌹

    ReplyDelete
  10. Paling xmau kena ulser huhuuu..tgk husben selalu kena kesian dia..xsenang hidup huhuu^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seksa nak makan je sebenarnya kalau kena ulser ni hahaha :D

      Delete
  11. kenaaa ulser palinggg xsuka kan.. pedihhhh tuuuu disini.hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pedih gila, tersentuh dengan lidah sikit punn dah pedih, apatah lagi makan hahaha

      Delete
  12. selalu sanagat kena ulser ni kalau gosok gigi ataupun tergigit time makan. Sengsara kalau kena ni sebab pedih sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tersentuh dengan lidah sikit punnn rasa pedih dah, nak makan pun terseksa kannnnn.

      Delete
  13. mmg x selesa kan kalo kene ulser mulut nih., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak selesa gila wak. Seminggu jugaklah nak sembuh ulser ni huhuhu

      Delete
  14. Bila kena ulser memang pedih, lagi lagi kalau makan pedas dan masam. Biasa kena ulser sebab terkasar menggosok gigi dan terluka. huhu

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)