Wednesday, 3 March 2021

Life As Building Surveying's Student Part I

Assalamualaikum and hi peeps! Today, nak sambung cerita pasal Building Surveying tapi bukan lagi "apa itu building surveying". Tetapi, pasal kehidupan seorang pelajar jurusan Ukur Bangunan. Firstly, masa isi borang UPU dulu kan, aku sendiri tak tahu apa benda yang diisi sebab pakat tekan tekan je. Alhamdulillah, rezeki dapat course Ukur Bangunan. Masa itu memang tak kisah langsung dapat course apa tapi yang dikisahkan dekat mana aku akan pergi. Search punya search pakcik google tu, dapat tahu course ini for diploma hanya ada di UiTM Seri Iskandar. Nun jauh di Perak sana. 


Atas nasihat and pandangan family, maka 02 June 2015 selamat mendaftarkan diri sebagai salah seorang pelajar diploma jurusan Ukur Bangunan di UiTM Seri Iskandar. Seminggu yang menyeksakan sebab ada MDS ala ala orientasi sekolah. First semester masih main main, tak belajar sungguh sungguh so hasilnya boleh dilihat pada keputusan peperiksaan. Tapi, Alhamdulillah still 3.0 above. Life sebagai seorang junior, gigih mencari senior senior sebab nak minta notes or soalan exam yang sebelum sebelum ini. Alhamdulillah lagi sekali, kenal senior yang baik. Tanya macam macam pun still jawab dengan baik.


Sekadar info, semester 1 dan 2 tak akan ada academic trip. Academic trip inilah yang paling disukai oleh semua pelajar sebab boleh pergi makan angin! HAHA! Semua kos ditanggung oleh pihak pengurusan universiti. Siap dapat duit poket lagi. Usually, academic trip ini tak lama pun dalam 3 hari 2 malam sahaja. Unless pergi tempat jauh, jadi berkemungkinan akan makan masa dalam seminggu. Masa semester 3, pergi Taiping, buat inspection bangunan kerajaan. Inspection cari kecacatan pada bangunan dan lukis semula pelan asal bangunan. 


Dan kebiasaannya juga, academic trip ini akan bergabung dengan beberapa subjek. Jadi senang sebab case study yang sama. Tak payah dah nak pergi cari case study yang lain.

 


Gambar kenangan depan bangunan yang diinspect. Gigih tahu scroll balik gambar gambar lama semata mata nak letak dalam blog ini haha! Kami berlima satu groupmates. Kami stay satu group untuk semua subjek sebab menyenangkan! Tak payah pening pening nak pilih orang itu ini. Buat group whatsapp pun senang senang! HAHA! Jujur saja, academic trip ini buat kerja sehari saja, selebihnya makan angin. Lecturers pun geleng kepala tapi as long as kami siap buat kerja dan tak ada tertinggal apa apa maklumat, lecturers okey. 


Ini pun salah satu gambar kenangan yang masih ada dalam hard disc. Lecturer lelaki yang boleh buat aku menangis bila dia tanya soalan hahaha, aku pun tak tahu lah asal lah aku mudah dengan air mata padahal sir tanya elok elok je, aku saja yang mudah benar menitikkan air mata HAHAHA. Dalam gambar diatas semua classmates aku tapi ada 2 atau 3 orang budak repeaters. Repeaters ni maksudnya mereka gagal dalam subjek ini pada semester lepas jadi mereka kena repeat ambil masa pada next semester.

15 comments

  1. Kat tempat akak kerja ini, ada course ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhhh haah sekarang ni course BS dah makin meluas jajahannya hehe

      Delete
  2. wah...menarik...all the best...

    ReplyDelete
  3. Dekat je dgn rumah , Dulu nak study sini tapi kos pula takde

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh, Sophea nak kos apa? Haah course kat SI ni mostly macam bidang arkitek, landscape and related to the building or tanah.

      Delete
  4. Tahniah utk result yang bagus sis, keep it up :)

    ReplyDelete
  5. all the best tau and congrats :)

    ReplyDelete
  6. bestnya ada academic trip. zaman saya budak engin dulu tak ada pulak. huhu..

    Apapun semoga berjaya dengan cemerlang dalam bidang ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious, memang best ada academic trip sebab dapat new experience even tengah belajar. Ohhh ingatkan semua course ada pergi academic trip hehehe. Thank you for your kind wish! Semoga Cik Azhafizah pun berjaya dalam kehidupan ☺️

      Delete
  7. First time dengar tentang course ni. Bestnya ada academic trip.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)