Tuesday, 2 March 2021

Building Surveying (BS)


Assalamualaikum and selamat pagi semuanya. Rest sekejap daripada join segmen or giveaway. Today nak cerita pasal "Building Surveying" (BS). Apa itu Building Surveying? Kerja ukur ketinggian bangunan ke? Mostly, orang ramai tak tahu apa itu course BS. 


Sering disamakan dengan "Quantity Surveying" (QS). Tidak sama sekali. Building Surveying ini ialah Juruukur Bangunan while Quantity Sureying pula ialah Juruukur Bahan. 


Berbeza kan? So dah boleh bezakan antara BS dan QS?


Apa yang dilakukan oleh seorang Building Surveyor?


Building Surveying atau Surveyor menawarkan perkhidmatan pakar dalam hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan bangunan dan harta tanah seperti pengelolaan projek dan pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan bangunan, pembaikan dan pemulihan harta tanah lama, undang-undang dan peraturan bangunan, kerja-kerja pembongkaran dan pembangunan harta tanah. 


Building Surveying atau Surveyor yang kompeten diharapkan dapat mengurus, mengatur, mengawasi, mengawasi, menilai, dan menyelaraskan setiap aspek kerja bangunan dan pembangunan dan bertindak sebagai penghubung penting dalam projek antara semua profesi yang berafiliasi seperti arkitek, jurutera, perancang dan pembina. Selain itu, Building Surveying atau Surveyor juga menyediakan perkhidmatan perhubungan dan perundingan dengan pihak berkuasa awam dan tempatan untuk pelanggan.


Jawatan / Position


Scope kerja Building Surveying atau Surveyor ini besar dan meluas. Tidak hanya tertumpu kepada construction bangunan sahaja, Building Surveying jugak boleh jadi Project Manager (PM), Facilities Manager (FM), Maintenance Manager and Building Surveyor (Sr.). Nak jadi lecturers pun boleh tapi sekarang lecturers paling paling pun nak kelulusan Master or PhD. 


Sebenarnya banyak lagi bidang pekerjaan yang related with Building Surveying tapi yang dinyatakan di atas antara kerja kerja yang paling tinggi kedudukan. 



Nak dapat pangkat Surveyor (Sr.) kena sambung belajar sampai degree dan kemudian mendaftarkan diri dengan Royal Institute Surveyor Malaysia (RISM)


Lepas dah officially dapat title Surveyor (Sr.), bolehlah diletakkan di depan nama kita. Sebagai contoh, Sr. Nur Atiqah Najihah Zakaria. Cantik kan? Hehehe. Impian aku suatu hari nanti aku dapat pangkat Surveyor (Sr.). Dengan izin Allah. Aamiin.


Itu sahaja untuk hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca! 💜

12 comments

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)