Monday, 19 July 2021

Mangkuk tandas perlu ditutup sebelum di'flush'?

Tandas. Kalau cakap pasal tandas, mesti kita akan bayangkan tempat kita mandi, buang air kecil dan air besar dan lain-lain lagi. Jadi pernah terbayang tak betapa kotornya tandas yang selalu kita gunakan walaupun pada mata kasarnya, kita nampak tandas rumah kita berada dalam keadaan yang bersih sebab selalu disental dan dibersihkan seminggu sekali. 


Tapi apa yang aku nak highlightkan dalam entri kali ini adalah berkenaan mangkuk tandas. Mangkuk tandas yang macam pintu tu, yang boleh dibuka dan ditutup. Sebetulnya, aku sendiri baru tahu selepas tertengok satu video yang dikongsi oleh seorang lelaki di aplikasi TikTok. Dalam video tersebut, dia ada menerangkan beberapa sebab kenapa mangkuk tandas perlu ditutup terlebih dahulu sebelum di'flush'. 

Jadi, aku ambil kesempatan ini untuk berkongsi di halaman blog aku. Kongsi apa yang aku tahu. Selagi benda tu tak mengaibkan orang lain atau memudaratkan orang yang membaca, aku fikir tak salah untuk aku berkongsi. Mana tahu ada yang pakar dalam bab bab ni, bolehlah kita sama sama bertukar tukar pendapat. Hehehe.

Apa yang dia bagitahu dalam videonya, bila kita flush, air yang berpusar yang membantu untuk menarik najis akan bercampur antara satu sama lain. Apabila bercampur, maka akan menghasilkan particles particles halus yang tak dapat dilihat pada mata kasar. Apa yang jadi dengan particles particles yang terhasil tu?

Particles particles tu akan menyembur ke atas dan seterusnya tersebar ke udara. Yiks! Aku lepas tengok video tersebut terus google sebab nak tahu kesahihannya, dan aku ada terbaca satu articles yang dipetik dari journal Philip Tierno yang merupakan seorang pakar mikrobiologi di Universiti New York, ia mengatakan bahawa semburan najis tersebut boleh menjangkau sehingga 5 kaki tinggi. 

Semburan najis tu yang terhasil daripada particles particles aku sebut tadi hehehe. Jadi boleh bayangkan tak kita sebenarnya dah diliputi oleh semburan najis bila kita keluar dari tandas kalau kita flush tanpa tutup mangkuk tandas terlebih dahulu! 

Semburan najis yang tersebar ke udara tadi boleh merebak ke seluruh bahagian tandas termasuklah dinding tandas, lantai tandas dan tidak dilupakan berus gigi kita yang tak bertutup. Lagi sekali, yiks! Aku bila baca tiba tiba rasa gelinya ya Allah. Berus gigi aku memang tak bertutup dan memang duduk betul betul dekat atas mangkuk tandas tu!

Berapa banyak dah semburan najis yang tersebar, memang den tak dapat nak bayangkan HAHAHA. Jadi, lepas tengok video tersebut dan baca beberapa articles, aku dah perlahan lahan tutup mangkuk tandas sebelum flush. Kadang-kadang terbabas juga, tapi cepat cepat tarik mangkuk tandas. 

Terus pesan dekat kakak aku, sebab kalau aku seorang saja yang tutup tapi kakak aku tak tutup, rasa macam sia sia saja lah sebab semburan najis masih bebas menyembur masa kakak aku flush :')

Sesiapa yang nak kena semburan najis, boleh teruskan flush tanpa menutup mangkuk tandas terlebih dahulu. Tiba rasa geli pula bayangkan semburan najis tu 😷 Nak kena tukar berus gigilah lepas ni! 

31 comments

  1. Tetiba rasa kena tukar berus gigi juga. Good info Atiqah. Keep sharing.. Baru tahu ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak naniey, kena tukar berus gigi la bila bayangkan semburan najis tu hahaha

      Delete
  2. Erm.. Betul jugak tu. Thanks share. Pas ni nak buatlah kat rumah

    ReplyDelete
  3. Selalu tutup
    Dan berus singki mangkuk tandas tu sekali

    ReplyDelete
  4. ni klu flush rosak, kena jirus manual, camne tu tiqah? heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kalau yang rosak tu memang tak dapek nak nolong la, memang pasrah jelah kena semburan najis hahahaha >.<

      Delete
  5. Oops, mekasih bagitau, ye, Atiqah. :)

    ReplyDelete
  6. Ok baru tahu. Lepas ini kena buat. Selalu tutup mangkuk tandas apabila tidak digunakan.

    ReplyDelete
  7. Ehh…tak terfikir pulak pasal ni. Hehe
    Tapi betul la, kena satu rumah sama-sama buat barulah tercapai maksud.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kena satu rumah buat baru tercapai maksud. Kalau saya sorang je buat, tak jadi apa hahaha

      Delete
  8. Pernah tengok gak youtube..Dia kerja kat kedai jual toilet bowl kan. Menarik info kat tiktok tu. Jangan lupa nak tutup dulu sebelum flush.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya video sama kot kita tengok kak fiza hehehe.
      Betul, saya pun rasa menarik info yang dia bagi, sebab saya daripada tak tahu boleh jadi tahu lepas tengok video dia hehehe

      Delete
  9. Yes. Itu wajib. Kalau tandas duduk, memang kena tutup dulu sebelum flush. Kalau tandas cangkung tu, tak dapat nak nolong.

    Sebab tu dalam tandas kena ada kabinet kecil untuk simpan berus gigi dsb. Rumah saya memang takde, tapi berus gini akan pakai penutup berus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kalau tandas cangkung tu pasrah aje lah hahaha.
      Dalam toilet ada je kabinet kecil, tapi suka letak jugak berus gigi dalam bekas yang terbuka lagi satu hahahaha.

      Delete
  10. info yg berguna..bila dikenang, rasa geli teringat semburan tu..haha..lepas ni kena tutup lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak nohas, terbayang semburan najis, pastu mula lah rasa geli hahahaha

      Delete
  11. Terima kasih atas perkongsian. Lepas ni kena pastikan say tutup semasa pam tandas.

    ReplyDelete
  12. Bagus perkongsian ini. Ramai yang tak tahu. Tq for sharing Atiqah.

    ReplyDelete
  13. Yup.. pernah baca pasal nie juga dulu.. Memang selalu pastikan tutup sebelum flush.. hehehe

    ReplyDelete
  14. Hahaha kat rumah ni wajib tutup sebelum flush sebab pernah baca ke atau tengok tentang ni di Youtube. Geli-geleman akak masa tu. Berus gigi memang kat sinki luar bilik air 😊

    ReplyDelete
  15. Pernah tengok info ni dekat tiktok. memang insaf terus , flush tutup hahaha. Tapi kalau orang tu jamban dia cangkung camne eh ? takde penutup

    ReplyDelete
  16. saya auot tutup penutup tandas lepas tahu pasal benda ni.

    ReplyDelete
  17. Rumah ibu akak mmg tertutup penutup tandas tuu.hehe sbb pasal2 uma nii ibu akk selalu cerewet skit.. so ada part positive nya rupanya

    ReplyDelete
  18. Kadang-kadang tutup, memang water vapour boleh pergi jauh, macam kita bersin. Bilik air bertandas yang cantik tu memang terkotor dalam rumah/hotel. Terima kasih atas perkongsian,ingat mengingati.. Important info.

    ReplyDelete
  19. sy x tutup tp lari dulu lps flush hahahaha
    tp kalu tandas awam tu sy x jadi masuk kalau ada lombong rela cari tandas lain hehehe

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)