Hadiah Giveaway daripada Shida Radzuan Blog

Hadiah Giveaway daripada Shida Radzuan Blog | Sebagaimana aku pernah update disini, aku merupakan salah seorang pemenang "Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog". 


Alhamdulillah, hadiah dah selamat sampai tengah hari tadi! Baru baca semalam disini yang kak Shida baru saja pos hadiahnya. Tup tup, dah sampai hehehe. Laju betul poslaju. 


Mungkin duduk di bandar Kuala Terengganu. Sebab dulu masa duduk di Marang, berjanggutlah menunggu parcel kalau seller pakai courier poslaju.



Kak Shida balut elok elok duduk dalam kotak


Tadaaaa! Ini dia isi di dalam kotak. Dua helai handsocks bewarna biru dan hitam, dua keping sheet mask Korea dan sekeping kad hari raya daripada kak Shida sendiri.

Handsocks itu mula mula aku ingatkan koyak, tapi rupanya dia untuk ibu jari tangan. Aku pun terus "Ah sudah, tangan kanan nak sarung macam mana pula" sebab tangan kanan aku ada dua ibu jari kan. Hehehe


Bila dah cuba pakai, nampak pelik pulak hahaha tapi never mind, lama lama tak pelik dah lah kan 😂


Gambar depan kad raya. Lupa nak ambil gambar belakang hehehe. Maaflah gambar tak menarik mana sebab aku tak reti nak ambil gambar. Buat video di tiktok, buat reels di instagram, semua tak cantik HAHAHA. Last last ambil gambar sekeping sekeping macam saja. 

Kepada kak Shida, terima kasih atas hadiah ini. Semoga kak Shida dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah 💜 Aamiin aamiin ya rabbal alamin.

21 comments

  1. bestnya dapat hadiah 😍😍 lama tak dapat kad raya

    ReplyDelete
  2. Oh sarung tangan bukan sarung lengan ya? Wah dapat 2 set.
    Akak belum dapat hadiah lagi tapi sudah tahu macam mana rupa kad raya.

    ReplyDelete
  3. wah dah sampai hadiahnya. laju! tahniah dapat hadiah!!! mesti seronokkan "D

    ReplyDelete
  4. Tu la kan.. Lama x dpt kad raya oii0

    ReplyDelete
  5. tahniah
    rabia punya tak sampai lagi

    ReplyDelete
  6. Sama la kita. Hehe.. Boleh pakai handsocks tu nanti.. :)

    ReplyDelete
  7. wahhhh best nya hadiah diaaaa dah ada handshocks utk raya laaa ;-)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Tahniah Atiqah..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..selamat sampai dah hadiah awak. Rezeki di bulan puasa :)

    ReplyDelete
  10. Tahniah. Cantiknya kad raya tu. wah..Atiqah ni macam Hrithik Roshan rupanya. U are unique :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe haah kak sal, saya sama jari dengan hrithik roshan cuma bezanya jari lebih dia takde tulang, saya ada tulang :D

      Delete
  11. Wah,sampai dah hadiah. Tahniah Tiqah!!💕

    ReplyDelete
  12. tngn ada 2 ibu jari tu unik n dipanggil polydactyly.. x tringin nk buang ke?

    ReplyDelete
  13. bestnyaa dapat hadiah..tahniah

    ReplyDelete
  14. Waa.. tahniah. Jemput juga sertai giveaway saya yang sedang berlangsung sekarang.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah...sampai dah hadiahnya...tahniah!!!!

    ReplyDelete
  16. Tahniah dik. rezeki di bulan ramadan yang mulia. moga tambah rezeki pemberi dan penerima, dan berpanjangan ukhuwah di alam maya.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah. Tahniah rezeki tu

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah bestnya dapat hadiah :) Kita sama la. tak reti tangkap gambar. tapi effort ada kira okay la kan hehe

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)