Wednesday, 28 April 2021

Zakat Fitrah

Zakat Fitrah | Ya zakat yang wajib di bayar di bulan Ramadhan al Mubarak. Alhamdulillah sudah selesai bayar zakat fitrah pagi tadi. Walaupun aku masih belum bekerja, tapi duit elaun yang abang kedua aku bagi setiap bulan, aku gunakan sedikit untuk membayar zakat fitrah bagi diri aku.


First time aku bayar zakat fitrah untuk diri sendiri tahun ini. Kebiasaannya abang kedua ataupun ayah aku akan bayarkan. Tapi tahun ini, aku cuba bayar sendiri. Tak mahal pun, dalam RM 7.00 sahaja. 


Cara nak bayar pun senang dan mudah. Seperti sebutan ABC dan Alif Ba Ta hehehe. Aku bayar online sahaja melalui e-zakat Online MAIDAM. Senang betul proses pembayarannya, cuma isi maklumat diri dan bayar melalui bank pilihan kita. Tak sampai lima (5) minit sudahpun selesai. 



Lepas dah selesai bayar, pihak MAIDAM akan bagi resit kepada kita. Simpanlah resit itu sebagai bukti.

1.    Zakat Fitrah
  • Zakat fitrah ialah zakat yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat syarat yang ditetapkan.

2.    Syarat Wajib Zakat Fitrah
  • Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya atau keluarganya atau tanggungannya ialah:
    1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
    2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
    3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
    4. Seseorang yang meninggal selepas matahari terbenam akhir Ramadhan.

3.     Kadar Zakat Fitrah
  • Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri Negeri.

4.    Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
  • Wajib: Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari Satu Syawal
  • Afdal: Sebelum solat Hari Raya
  • Sunat: Sepanjang bulan puasa
  • Makruh: Selepas solat Hari Raya sehingga matahari terbenam Satu Syawal
  • Haram: Selepas terbenam matahari Satu Syawal


Jadi jangan lupa bayar zakat untuk diri sendiri dan keluarga :)

11 comments

  1. alhamdulillah selesai dah berzakat :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah dahhh bru jaaa buat masa awal ramadhan :)

    ReplyDelete
  3. Bagus juga bayar sendiri.

    ReplyDelete
  4. Alamak...akak belum lagi..biasa bayar zakat kepada amil je...esok insyaallah akak nak pi bayar...

    ReplyDelete
  5. Ayah akak still insist nak bayarkan zakat even though akak n adik pompuan dah keje. So layankan je as long as dia hepi. Kalau tak nanti keluar ayat drama Melayu rashid sibir. Adoi

    ReplyDelete
  6. kat johor zakat fitrah kena bayar ikut jenis beras yg kitorg makan.. huhuhu

    ReplyDelete
  7. Nak kena ingatkan encik suami pasal zakat fitrah ni, takut terlupa.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. selesai satu kewajipan :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah dah selesai dah ye Atiqah..
    K.Naniey belum lagi ni.

    ReplyDelete
  10. Akak belum lagi ni. Insya-Allah akan diuruskan minggu ni 😊

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)