Korean Drama: So I Married An Anti Fan


Korean drama So I Married An Anti Fan | Tiga tahun diperam, akhirnya drama So I Married An Anti Fan yang dibintangi oleh Choi Tae Joon, Choi Sooyoung dan Hwang Chan Sung akan menemui penonton dan akan ditayangkan di iQIYI dan Viki pada hari terakhir bulan April iaitu pada 30 April 2021. 


Sebenarnya drama ini dah selesai shooting dan dijadualkan tayangan pada tahun 2018 atau 2019, tetapi disebabkan tidak menemui saluran tv dan platform mana yang ingin membeli hak tayang, jadi drama ini terpaksa ditunda sampai ke tahun 2021.


Sebab lain drama ini ditangguhkan adalah kerana pelakon utama itu sendiri iaitu Tae Joon dan Chan Sung memasuki military service yang diwajibkan oleh negara Korea. Jadi, nanti susah nak buat marketing drama.


Sinopsis drama:

Hoo Joon (Choi Tae Joon) adalah seorang idol popular, sementara Geun Young (Choi Sooyoung) adalah seorang wartawan majalah. Untuk menerbitkan artikel berita yang berpotensi, Geun Young membuat keputusan untuk datang ke pelancaran sebuah kelab.  

Di kelab itu, dia ternampak tingkah laku yang tidak senonoh seorang Hoo Joon. Malahan, dia juga turut muntah di atas Hoo Joon secara tidak sengaja. Hal ini telah mengakibatkan Geun Young kehilangan pekerjaannya. 

Geun Young bertindak melakukan tunjuk perasaan di hadapan pejabat pengurusan Hoo Joon kerana beranggapan bahawa Hoo Joon punca dirinya dipecat sebagai wartawan majalah. 

Perlahan lahan, dia mula dikenali sebagai anti fan setelah mendapat liputan daripada pihak media mengenai tunjuk perasaannya terhadap Hoo Joon.

Sumber: Kakimuvee


Dah lama tak nampak Tae Joon dengan Chan Sung berlakon. Last drama kalau tak silap Suspicious Partner (Tae Joon) dan What's Wrong with Secretary Kim (Chan Sung). 


Walaupun tak minat Soo Young, tapi minat Tae Joon dan Chan Sung, so drama ini wajib ditengok 😂 Drama yang sedia ada ini pun tak tertengok tengok lagi HAHAHA. Baca orang lain komen pun semua cakap drama ni versi filem China best! Berharap versi drama Korea pun bestlah juga. 


Tiga tahun diperam, kalau tak best, sia sia sajalah peram selama tiga tahun itu kan hahaha. Tapi bagi aku, bila baca sinopsis drama ini macam tak berapa best, itu pendapat aku lah. Nak tahu best ke tidak, tunggu 30 April ini. Tak lama dah hehehe.

12 comments

  1. mungkin juga drama ini best terutama kepada kaki K-Drama.

    pelakon lelaki dan wanita yang cun memang jadi tarikan utama

    ReplyDelete
  2. lama tak tengok kdrama. boleh masuk dalam list ni

    ReplyDelete
  3. banyak dah masuk dalam list ni....bila nak tengok ni? Bz semedang ni ha..

    ReplyDelete
  4. Baru ditayangkan. Jap laa. nak tengok dulu. Haha

    ReplyDelete
  5. fuhhhh kena masuk dalam list ni. hehe

    ReplyDelete
  6. hahhaha ok, drama ni bole msk list!!

    ReplyDelete
  7. baru tamat last week tengok The Myth..mcm best jer drama ni boleh tonton bila nak free dari menulis

    salam kenal dari blog iamfuzy

    ReplyDelete
  8. Tidak keluar lagi. Baca sinopsis ok juga tapi kena awal episod menarik.

    ReplyDelete
  9. Owh.. ada versi filem eh.. try tengok yang tu dululah..

    ReplyDelete
  10. Selepas Yoona, Soo young pulak berlakon. Yuri pun bakal mengikut jejak mungkin. Hujung bulan ni bolehlah layan kalau terjebak :)

    ReplyDelete
  11. Wah! Heroin nya.cantikkkkk. boleh try tgk laaa nt 😆

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)