Sell Your Haunted House

Korean Drama Sell Your Haunted House | Kalau korang baca tajuknya, korang mesti boleh teka kan genre drama korea ni? Drama ni baru ditayangkan pada 14 April lepas dan dijangka tamat tayangan pada 03 June 2021. 

First, aku nak tengok drama korea Beyond Evil sebab kak Ret cakap best. Tapi tertengok drama ni HAHAHA. Jadinya Beyond Evil masih dalam waiting list. Sebelum tu, aku tengok di apps Viu. Kena premium account baru boleh tengok kalau tak silap. Tak mahal macam netflix pun premium account Viu. Kalau account aku dalam RM12.90 untuk sebulan.

Okey, proceed to the drama, drama korea ni tak adalah seram mana. Ala ala drama korea Hotel Del Luna. Muka hantunya tak menyeramkan pun sebab masih muka manusia yang sudah mati. Tak ada yang bernanah ke berlubang ke atau apa apa yang mengerikanlah.

Cumanya, scene roh tidak tenang nak muncul tu kadang kadang mengejutkan aku jugak 😂 Lampu kelip kelip pappp roh tu ada. Pusing belakang, roh tu tak ada. Tapi bila pusing depan balik, pappp roh tu ada berdiri depan. Tapi tu scene yang normal kan dalam semua drama. Jadi kita as penonton pun boleh agak dah hantu akan muncul dimana hehehe.

Rasa nak gelak kecil bila tengok roh mak Ji A sentiasa ada di sisi Ji A, di dalam rumah Ji A. Ji A tak boleh nak "hantar" mak dia ke alam lain sebab ada masalah yang tak dikenalpasti lagi. Dia dah cuba tapi masih gagal. 

Mak Ji A pun merupakan seorang penghalau hantu masa hidup, jadi kiranya Ji A ada kuasa untuk halau hantu mungkin turun temurun dari mak dia. Ji A dalam drama ni seorang yang dingin, pakai baju hitam, lipstick hitam. Sesuai dengan pekerjaannya. Bila dia boleh detect kehadiran roh, mulut dia akan keluarkan asap. Badan jadi sejuk. 

Drama ni pun ada terselit lawak jugak. Tapi serious, tak takut pun drama ni. Tengok santai santai saja hehehe. 

Sinopsis:

Hong Ji A (Jang Nara) merupakan seorang CEO syarikat Hartanah Daebak. Dia merupakan seorang penghalau hantu bagi bangunan bangunan yang berhantu. Biasanya owner bangunan akan contact Ji A untuk halau hantu yang berkeliaran dalam bangunan dan proceed untuk jual bangunan tu kepada orang lain lepas selesai upacara menghalau hantu.

Oh In Bum (Jung Yong Hwa) merupakan seorang penipu. Dia menipu dengan "mengada adakan hantu" untuk mendapatkan wang. Kiranya, dia buat buat ada hantu di bangunan dan owner akan pasang alat yang dicipta olehnya untuk halau hantu. Padahal semua tu menipu. 

Tapi ditakdirkan In Bum dan Ji A bertemu dan bekerjasama dalam menghalau hantu kerana In Bum merupakan seseorang yang mudah dirasuk oleh roh yang tidak tenang. Bila mudah dirasuk oleh roh yang tidak tenang, jadi lagi mudah untuk Ji A hapuskan roh roh yang tidak tenang tersebut.

In Bum dan Ji A turut bekerjasama untuk membongkar rahsia kematian ibu Ji A yang meninggal 20 tahun yang lalu. Kematian ibu Ji A dikatakan ada kaitan dengan kematian pakcik In Bum.

Standard drama, hero dan heroin mesti ada kena mengena. Kan? 

Lepas selesai upcara hantu, ingatan roh yang tak tenang tu akan serap ke dalam badan Ji A. Jadi Ji A akan nampak semua yang berlaku dalam hidup roh yang tidak tenang tersebut. Perangai pun akan terikut ikut, tapi dalam masa seminggu saja

Lepas seminggu, Ji A akan back to normal. Tapi ingatan roh kekal selamanya

Tapi lepas Ji A berjumpa dengan In Bum, In Bum yang akan menyerap ingatan dan perangai roh yang tidak tenang. Padahal sebelum ni, Ji A sahaja yang akan menyerap. Ji A pun pelik kenapa In Bum mampu menyerap ingatan dan perangai roh tidak tenang. 

Pekerja Ji A sebelum kehadiran In Bum pun tak pernah serap ingatan dan perangai roh tidak tenang. Lagi satu, In Bum pun mampu memanaskan badan Ji A lepas Ji A selesai menghalau roh yang tidak tenang. 

Jang Nara ni walaupun umur dah mencecah 40 tahun, tapi masih awet muda kan? Tak nampak 40 tahun pun, nampak dalam akhir 30an. Drama dia mostly best best contoh The Last Empress, VIP, Confession Couple dan banyak lagi.

Nota jemari: Nak tahu lebih lanjut, boleh tengok sendiri 😛

12 Comments

  1. Pengaruh rakan blogger sangat ni. hihi..terjebak sudah tengok k-drama. Setuju, Jang Nara memang awet muda maintain comel tak makan usia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHA best kan korean drama ni kak Fizah :P
      Tak rugi kalau tengok hehehe

      Delete
    2. Best bila ada pelakon fav dan storyline best. setakat ni mampu layan movie je dulu. senang cepat habis :) kalau tengok drama melayu, boleh dengar je sambil buat kerja. haha

      Delete
  2. Akak tengok di KBS! Memang menarik tapi cerita masih berjalan.
    Itulah aktif Jang Na Ra berlakon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess drama ni di KBS. Haah masih ongoing, jenuh jugaklah layan drama yang ongoing ni hahaha. Tapi disebabkan dah tertengok, jadi kena tengok sampai habis :D

      Delete
  3. lama tak layan kdrama. boleh masuk list ni

    ReplyDelete
  4. sonok tuuh walopon seram.. 😅

    ReplyDelete
  5. Ada tertengok klip drama ni kat youtube. Nampak mcm menarik juga..lama xtengok yonghwa berlakon..hehe

    ReplyDelete
  6. Blm smpt tgk lg ni.. Tp dh msk list haha

    ReplyDelete
  7. 1st tgk drama dia ms successful story/ my love pattzy tu... rs nya x berubah dr dulu smpi skrg hahaha

    ReplyDelete
  8. nampak cerita ni masa duduk hotel hari tu!! macam bestttt!!

    ReplyDelete
  9. Banyak betul drama. Nk tgk mana 1 pun tak tau lah hahaha

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri "aku"
Terima kasih sudi baca dan komen.