Wednesday, 2 November 2022

Tarikh Konvokesyen UiTM yang Ke-95


Finally, akhirnya, UiTM dah edarkan Surat Istiadat Konvokesyen UiTM ke-95! Setelah sekian lama menunggu, ecey padahal tak tunggu pun. Tak excited pun nak konvokesyen sebab dah pernah konvo kan masa diploma dulu hehehe. Jadi bila konvokesyen degree ni rasa macam biasa sahaja.


Sepertimana yang tertera dalam Surat Istiadat Konvokesyen UiTM ke-95, hanya 3 buah UiTM sahaja yang terlibat sepanjang konvokesyen ke-95 ini iaitu UiTM Shah Alam (26 November hingga 10 Disember 2022), UiTM Cawangan Sabah (14 & 15 Disember 2022) dan UiTM Cawangan Sarawak (19 Disember hingga 21 Disember 2022)


Para graduan boleh menyemak sesi konvokesyen di sini: https://simsweb.uitm.edu.my/sportal_app/graduat/. Kalau nak semak jadual istiadat dan tarikh pengambilan jubah, boleh tengok di sini: https://drive.google.com/file/d/1Gn6xE0Fxy-Tj9AvGPHooCNkq5dB8lJ03/view





Untuk semak yuran konvo, saman dan denda sekiranya ada, kena tunggu 04 November 2022 baru link akan dibuka untuk semakan. Apa-apapun, graduan yang terlibat dalam sesi konvokesyen ke-95 boleh rujuk di sini untuk sebarang kemaskini daripada pihak UiTM: https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/konvo95.html


Aku sendiri keliru aku akan konvo 29 November ke 01 Disember sebab untuk course aku dibahagikan kepada 2 UiTM. So aku fikir aku akan konvo sekali dengan geng UiTM Shah Alam, tapi classmates aku cakap UiTM Seri Iskandar akan konvo pada 01 Disember. Nak senang kena call PiC untuk sesi konvokesyen ke-95 ni nanti. 


Apa-apapun, aku doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Dah boleh cari baju dah untuk pakai masa konvokesyen nanti 😛 Kalau aku mungkin pakai baju apa yang ada je kot. Macam malas je nak beli baju baru hahaha.


Selamat berkonvokesyen semuanya!

6 comments

  1. Tahniah. Keliru pula ya di mana konvo itu.

    ReplyDelete
  2. Yeay! Paling seronok bila nak convo dah..Rindu zaman convo. Walaupun dah merasa Diploma tetap excited jugak. Rasanya begitulah, lebih baik call untuk kepastian. Tahniah Atiqah. Selamat berkonvo :)

    ReplyDelete
  3. tahniah. kita dulu konvo dekat upm, ramai orang dtg

    ReplyDelete
  4. Tahniah, Atiqah. Tadi baru cerita dgn kawan office, anaknya pun konvo uitm jugak. Takpe tak pakai baju baru pun sebab orang tak nampak, semua pakai jubah.

    ReplyDelete
  5. Tahniah Tiqah & selamat berkonvo! Rindu nak naik pentas ambil skrol. Hu3

    ReplyDelete
  6. tahniah! rasa cam cepat betul tahun ni je sampai 3 kali konvo xD biasanya dalam setahun uitm ada 2 kali konvo je

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)