BTS Meal featuring McDonalds

BTS Meal featuring McDonalds.

Dari kiri: V, Jin, RM, Jimin, Suga, Jung Kook dan J-Hope

Ada peminat BTS ke dalam kalangan pembaca blog ini? Hehehe. Aku tak adalah seorang peminat tegar atau fanatik boy band BTS ini tapi boleh dikatakan minat lah juga. Tapi minat tak sampai obses! Ada beza hehehe.

Hari ini iaitu 26 Mei 2021, BTS Meal featuring McDonalds sudah boleh didapati di mana mana outlet McDonalds di Malaysia. 

Apa benda BTS Meal tu?

Kalau kalian nak tahu, dalam set BTS Meal ini hanya ada 10 ketul nuggets, fries, coke dan dua jenis sauce iaitu Cajun dan Sweet Chilies Sauce. 




Yang specialnya meal ini ialah sauces yang merupakan pilihan member member BTS itu sendiri. Nuggets tu masih sama seperti nuggets McDonalds sebelum sebelum ini 😂

Memang sudah sedia maklum, set BTS Meal ini memang simple set sahaja. Tak ada burgers, ayam goreng dan sebagainya. Kalau tak silap, beli set meal ini di drive thru dalam RM 15.70 harganya. Kalau beli di kaunter, murah lagi sedikit. Tapi kalau beli melalui apps, mahal lagi harganya daripada beli di drive thru.

Housemates aku yang memang seorang ARMY (nama fanclub untuk BTS) tak lepaskan peluang beli set BTS Meal ini. Alang alang McDonalds ada sebelah Giant saja, jadi apa salahnya pergi beli hehehe. 

Ceritanya, pagi tadi pergi shopping barang dapur, jadi lepas siap shopping tu singgah sebentar di McDonalds sebab tak ramai orang. Kalau ramai, kirim salam lah nak menunggu walaupun tunggu dalam kereta sahaja. Kami tidak sanggup hohoho. Perut dah berkeroncong macam macam lagu. 

Paper bag simpan ke? Tidak. Siap makan terus buang HAHAHA. Tak kuasa teman nak simpan buat kenangan. Tadi ada tengok orang lain siap jual lagi paper bag di carousell tu 😂 Harga yahudi teman teman. Ada cecah RM 90.00 untuk paper bag. Kalau ada orang beli juga, tak tahulah nak cakap apa. 

Sedap ke saucesnya? Aku tak rasa pula hahaha. Aku makan nuggets semata mata. Tapi bagi kakak dan housemate aku yang cicah nuggets dengan sauces tu, dua dua cakap cajun sauce tak berapa sedap. Lagi sedapp sweet chili sauce. Citarasa masing masing kan? Nak tahu boleh cuba beli hehehe.

24 comments

  1. laaaa awat kita x tau ni???
    hahahha... td member ada gak cite2 psl ni tp kita x paham apa yg BTS nya hahah..
    rupanya sos dia je hhahaa hadoi la sabar je la!!
    Mmg beli online dari dl mahal dari beli kat kaunter harga nya hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha, rupanyaaaa sauces je yang special kak ret sebab pilihan BTS tu sendiriiii. Nuggets, fries dengan air coke tu memang dah sedia ada kita memang dah rasa dari dulu lagi. Tak berubah langsung rasanya. Haah itulah, memang kalau beli di apps, memang mahal sikit, ada extra cas rasanyaaaa.

      Delete
    2. pandai betul market MCD ni kan...
      Orang yg fanatik mmg konpom akan beli..
      yg x fanatik pun boleh jadi teringin nak beli sbb nak tau apa yg beza n best nya BTS Meal ni kan hahhaa :D tp nasib baik kita x perasan promo BTS ni...so far belum terasa nak beli lagi heheh

      Delete
  2. Dalam banyak-banyak sauce McD, sos cili jugak pilihan hati. Lagi-lagi bila cicah bersama cheese. Enak tak terkata. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah sos cili jugak berkenan di hati, sos cajun tu macam tak berapa ngam hehehe

      Delete
    2. Betul. Rasa macam tak kena dengan tekak. Maklum lah bukan orang Korea. 😂

      Delete
  3. Tak sempat nk ke mcd lg..nampak mcm sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nugget je akak hehehe better beli ayam or burgers, lagi kenyang :D

      Delete
  4. Alahai menu ringkas dengan 2 jenis sos.
    Oh ini memang peminat BTS tidak lepaskan peluang beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak NA, memang ringkas je sebab tak melibatkan ayam or burgers. Nugget, fries and air. Itu sahaja hehehe.

      Delete
  5. Ramai yg komplen harga BTS tak berbaloi dengan 10ketui nugget

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah memang kecoh jugaklah sebab kata harga tak setanding dengan isi nya huhuhu

      Delete
  6. Semalam lalu McD petang2 pun ramai giler orang beratur drive thru. Tak sanggup la nak beratur sekali haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha perkara biasa, time kita beli pun mujur tak ramai lagi, kalau ramai kirim salam lah nak beli >.<

      Delete
  7. Saya pun minat biasa biasa. Suka mana lagu yang best je. Tak layak jadi ARMY. hihi
    Set meal simple ni lah jadi rebutan semalam. Geng ARMY dan geng purple. Kalau ada yang simpan paper memang the real ARMY. Dasyat ada yang jual dengan harga yahudi. Tinggi betul value tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak fiza, minat lagu yang best best je hehehe. Memang rebutan ramai ni sebab bukan selalu BTS collab dengan McD hehehe.

      Delete
  8. Ooo.. rupanya, ini yang dikata set BTS tu. Akak ingat kan, ape la. Tak kenyang la, makan nugget je. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak nur, tak kenyang nya makan 10 ketul nugget tu hahaha.
      Memang cari nasi jugak :D

      Delete
  9. ha'ah ada nampak yang jual balik paper bag tu. Ada yang dapat extra dari McD untuk masuk frame hahaha

    ReplyDelete
  10. Lagu BTS pun mama xtau haha tapi makanan Tu mama suka

    ReplyDelete
  11. Akak masa hari tu lalu depan McD, pelik tengok orang beratur panjang sampai ke luar. Kereta-kereta yang drive through pun panjang! Rupanya pasal BTS :)

    ReplyDelete
  12. nugget je ke..huhu..die hard fan mesti tak lepas peluang..RM90 for the paper bag? perghh...

    ReplyDelete
  13. Adoi.. akan ada je yang ambil kesempatan untuk jual balik paper bag tu.. Buat peminat tegar, mesti diorang beli punya..

    ReplyDelete
  14. Nampak sedapp!!! Tapi x minat BTS pulok.. gila mahal ek jual balik..

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)