Saturday, 29 May 2021

Korean Movie: Recalled


Ada yang dah tengok ke movie korea yang baru keluar baru baru ini? Aku hari ini baru berkesempatan tengok. Bosan tak tahu nak buat apa, puas baring, bangun, termenung, last last tengok movie HAHAHA. Nak tengok Penthouse Season II tak ada mood lagi, nak tengok Sell Your Haunted House pun sama, masih tak ada mood.

Last last tengok movie Recalled. Movie keluaran negara South Korea ini dibintangi oleh Seo Ye Ji, Kim Kang Woo dan ramai lagi. Movie ini ditayangkan betul betul pada minggu Seo Ye Ji terpalit dengan kontroversi kekasih lama dia iaitu Kim Jung Hyun iaitu pada 21 April 2021. 

Walaupun terpalit dengan kontroversi, movie ini tetap menjadi Korea box office! Bukan biasa biasa. 

Sinopsis Recalled:


Kim Soo Jin (Seo Ye Ji) terlibat dalam kemalangan dan apabila sedar daripada koma, dia tidak ingat apa apa yang berlaku. Berkat penjagaan suaminya iaitu Lee Ji Hoon (Kim Kang Woo), Soo Jin dapat pulang dari hospital. 

Tetapi, pada suatu hari, Soo Jin dapat melihat masa depan orang, saat saat mereka menghadapi situasi berbahaya. Kebetulan, Soo Jin bertemu dengan rakan sekerjanya. Bekas rakan sekerjanya menceritakan sesuatu yang dia tidak boleh percayai. 

Sinopsis diambil daripada AsianWiki

Benda pertama aku assumed bila tengok permulaan movie ini, lelaki yang mengaku sebagai suaminya itu bukan suami betulnya. Dan betul jangkaan aku! 😂 Rupa rupanya dia ialah abang angkat yang menyamar sebagai suami Soo Jin.

Soo Jin sebenarnya bukan boleh melihat masa depan, tetapi melihat masa lalunya. Mula mula dia jumpa budak perempuan dan budak lelaki. Kemudian, dia jumpa seorang remaja perempuan. Itu semua masa lalu Soo Jin. Soo Jin masa kecil dan Soo Jin masa remaja. Budak lelaki itu abang angkat dialah.

Lepas kematian mak Soo Jin, Soo Jin tinggal dengan Sun Woo dan ayah Sun Woo. Tapi ayah Sun Woo jahat, nak bunuh Soo Jin. Tapi Sun Woo berjaya selamatkan, end up Sun Woo terbunuh ayahnya sendiri. 

Nama abang angkat dia Kim Sun Woo, dan dia menyamar sebagai suami adiknya pun bersebab. Tapi sad ending, abang dia meninggal :') Emosi kejap tengok movie ini HAHAHAHA sebab tak expect abang angkat dia akan meninggal. Suami Soo Jin pula masuk penjara sebab bunuh orang. 

Nak cerita lebih lebih takut spoilers >.< Jadi, nak tahu lebih lanjut boleh tengok sendiri hehehe. Tak adalah best sangat sangat, tapi tak ada boring sangat sangat. Bagi aku, boleh diterima. Aku bagi 8.7/10. 

Soe Ye Ji berlakon memang best, memang menjadi watak dia. Tengok dalam It's Okey to Not Be Okey lah, memang menjadi watak separuh gila dia tu HAHAHA. 

Tapi macam kecewa juga lah bila Ye Ji terpalit dengan kontroversi baru baru ini, dia undur diri dari semua drama atau movie yang telah dipersetujui oleh Ye Ji.

11 comments

  1. Hahah ok nnt bole layan bila xde memde nk tgk dah haha..

    ReplyDelete
  2. Akak masih tengok Sell Haunted House tapi rasa dah nak penghujung cerita. Tidak sabar tunggu habis.
    Lama juga tidak tengok filem Korea. Nanti tunggu perasaan hendak tengok.

    ReplyDelete
  3. Belum lagi sempat tonton movie Korea yang terkini. Nanti tunggu hujung tahun, ada cuti baru boleh tonton.

    ReplyDelete
  4. Lama tak tgk movie korea. Rasanya akak kena bersara awal jaga baby 😂😂

    ReplyDelete
  5. Ye Ji ini kalau berlakon memang power.. Suka tengok.. Filem ini belum sempat tengok lagi..

    ReplyDelete
  6. Filem Korea ni kadang-kadang best, tapi tak tahannya starting dia slow. Boleh la try tengok nanti. Tapi kalau 10 minit pertama dah bosan, confirm akak tukar

    ReplyDelete
  7. Tak tahu latest movie disebabkan seminggu ni offline. Drama/Film Korea banyak plot twist dia. Yang tak sangka tu lah yang sebenarnya kan.

    ReplyDelete
  8. Gigih akak baca review Tiqah hari ni. Cari cerita nak tonton untuk tiga empat hari akan datang. 😁

    ReplyDelete
  9. Baru tengok semalam. Besok baru keluar reviu dia. Kbai~

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)