-->

Kenapa Aku, Kenapa Bukan Saya?

Kenapa Aku, Kenapa Bukan Saya?

Terfikir nak buat entri pasal ini lepas singgah membaca di blog bola katok hihihi.

Ya, kenapa aku. Kenapa bukan saya? 

'Aku'. Kata ganti diri yang aku gunakan dalam setiap entri merujuk kepada diri aku sendiri. Kenapa bukan 'saya'?

Aku pun tak pasti kenapa aku bahasakan diri 'aku' dalam setiap penulisan. Jujur aku cakap, lagi selesa pakai kata ganti diri 'aku' berbanding 'saya'. Rasa lagi bebas untuk aku bercerita. Dan bagi aku, tak kurang ajar pun kalau pakai 'aku' bila bercerita. 

Dan kekok pun ada bila pakai saya. Tapi, pakai 'saya' nampak sopan je kan? Rasa macam wah, ayunya pakai saya. Tapi feel tu tak ada hehehe. 'Aku' juga lagi best. 

Tapi kalau di ruangan komen, aku akan tetap pakai kata ganti diri saya. Eh kenapa tak guna aku juga? 

Sebab bagi aku, di ruangan komen tu, antara aku dengan si pengomen. Jadi ibaratnya aku tengah berinteraksi dengan si pengomen. Dan wajar bagi aku, aku guna 'saya' untuk menunjukkan tanda hormat aku kepada si pengomen. Unless si pengomen tu terdiri daripada kawan kawan aku. Yang itu dikecualikan hahaha.

'Aku' sesuai digunakan dalam entri blog, dan 'saya' sesuai digunakan apabila membalas komen di ruangan komen blog.


Di ruangan komen pun, aku minta maaf awal awal sebab bahasakan diri aku. Aku takut kalau pembaca yang pertama kali singgah di blog aku merasa aku bersikap kurang ajar dengan membahasakan diri 'aku' dalam entri. 

Tak ada niat di hati nak bersikap kurang ajar dengan penggunaan 'aku', cumanya aku lagi suka menggunakan apa yang aku selesa untuk mengarang cerita atau bercerita. 

Nota jemari: Ikut keselesaan masing masing kan ;)

27 Comments

  1. Akak pun gunakan aku dalam blog sebab awal tulis blog dulu tak expect ada yang nak baca. So guna aku, ibaratnya macam menulis diari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, macam tengah tulis diari so pakai akuu untuk lagi selesa

      Delete
  2. budak jamni suka pakai "aQ" jeeew., ;p

    ReplyDelete
  3. Ala ok je . Ikut keselesaan diri masing masing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, ikut keselesaan diri masing masing :)

      Delete
  4. Akak takde rasa pun Atiqah kurang sopan ke apa. Macam tidak perasan pula ada penggunaan aku. Ini sebab Atiqah cerita tentang diri sendiri, rasa macam menghayati cerita Atiqah. Akak dapati Atiqah pandai menulis.
    Jangan risau ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak NA :)
      Takut jugak ada sesetengah pembaca baru ingat kita kasar guna aku aku hehehe

      Delete
  5. Atas orang kan , mcm rabia biasa guna nama rabia atau saya dalam blog. Atas diri masing2 kan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah perasan jugak rabia pakai nama and kadang kadang saya hehehe, yang penting ikut diri sendiri kann :)

      Delete
  6. Saya pun selalu tulis guna "aku" je sebab secara jujurnya mostly tulis utk diri sendiri baca ahhahaha! Tapi bila komen auto "saya" seperti komen yg saya tgh taip ni hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. KANNNNNN! Auto guna saya bila reply komen hahahahaha.

      Delete
  7. Okay je sebenarnya.. Terpulang pada empunya diri.. Okay je.. Tak ada apa yang pelik sebab aku, saya tetap merujuk pada diri kita.. bukan bersikap kurang ajar namun itu adalah kebiasaan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak sha, ikut keselesaan kita sendiri kan, jadi diri sendiri bila menulis ni hehehe.

      Delete
  8. Okay je aku atau saya. Ikut keselesaan menulis gitu. Sedia maklum faham :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak fiza, ikut keselesan diri sendiri hehehe :)

      Delete
  9. ojk je mana2 tp sis suka sy sb aku ni utk yg betul2 close

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yang betul betul close, saya panggil aku atau saya jugak hahaha. Kadang kalau cakap saya awak, member marah, cakap tak payah ayu sangat cakap saya awak >.<

      Delete
  10. Ok je, bagi akak. Takde bunyi kurang ajar pun, guna aku. Teruskan menulis ye, Atiqah. :)

    ReplyDelete
  11. guna aku ni lagi senang nak bercerita. Depends on orang jugak penggunaan kata ganti nama tu. Readers okay je baca haha

    ReplyDelete
  12. Dalam doa pun guna Aku juga kan

    ReplyDelete
  13. Bagi akak okey je nak guna apa. Nak guna 'watashiwa'pun no problem hihihi Janji kita yang menulis rasa selesa, penulisan tu tak terkekang dan yang penting kita tak offend orang :)

    ReplyDelete
  14. Setuju terpulang dengan diri sendiri.
    Mrs. A pun dulu awal-awal blogging guna aku, lepas tu ada apa ntah sekarang ni selesa guna Mrs. A hiks!
    Itulah orang kata guna aku tu kasar tapi kan Atikah bila kita berdoa pada Allah pun kita guna ganti nama aku jugakkan Aku itu lebih ada feel gittewww...

    ReplyDelete
  15. Sama ler!! Sama lerrrr.. hehehee.. Kalau ada blogger mmg dah kenal, kdg kdg aku kau (umur tak jauh sgt)

    ReplyDelete
  16. ikut keselesaaan masing-masing. Ada yang selesa guna aku, daku, saya waima lebih suka guna nama sebagai kata ganti nama. Mcm Eca lah tu. :)

    ReplyDelete
  17. Betul. Saya lagi selesa guna 'Aku' dalam penulisan. Ekspresi tu lagi jelas untuk menggambarkan penceritaan.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri "aku"
Terima kasih sudi baca dan komen.