Main Masak Masak di Culinary School

Siapa sini tak pernah main masak masak masa zaman kanak-kanak dulu? Aku rasa mostly pernah ada kenangan main masak masak masa kanak-kanak ribena dulu kala. Rasa macam tua sangat bila guna dulu kala. Aku pun selalu main masak masak masa umur 5 ke 7 tahun. 

Tak guna bahan masakan yang betul lah, just guna daun, pokok bunga mak saudara, pasir dan sebagainya sebagai bahan memasak 😂 Kalau guna bahan masak yang betul, memang kena marahlah jawabnya sebab membazir. 

Tapi sekarang zaman dah maju, teknologi dah canggih kan? Tak payah susah susah nak main masak masak macam dulu lagi dah. Main masak masak secara online pun boleh! Guna telefon je. Semua di hujung jari. Dekat mana nak main? Mestilah dekat Culinary School. Ada banyak jenis game yang boleh dipilih untuk dimainkan. Rambang mata! 

1. Food Memory Game

Main Masak Masak di Culinary School
Aku suka game yang melibatkan daya ingatan sebab boleh bantu aku untuk menguatkan daya ingatan. Gituu. Kiranya kita akan fokus untuk ingat kedudukan buah yang kita kena pilih. Game ni simple dan senang sahaja. Tapi kalau daya ingatan kita tak kuat, mahu jadi lama juga masa yang diambil untuk cari gambar buah yang sama jenis. Lepas satu level, makin bertambah kotak buah yang perlu kita cari pasangannya. Tapi yang penting, simple dan senang sahaja.

2. Mahjong Solitaire

Main Masak Masak di Culinary School
My favorite game! Tengah mencari cari game apa lagi yang nak main, terjumpa game mahjong. Memang wajib lah aku main 😂 Tapi first game aku ambil masa 16 minit 22 saat untuk selesaikan! Lama! Sebab aku tak terbiasa dengan mahjong yang ceria macam ni. Standard main mahjong yang biasa ada dalam komputer atau laptop macam tu je. Jadi main dekat sini macam keliru kejap dengan gambarnya. 


Main Masak Masak di Culinary School
Okey aku rasa game ni paling aku suka! Sebab aku dari dulu memang suka main game yang macam ni. Mula mula aku blur kejap sebab ingatkan kena tekan tekan je. Rupa-rupanya kita sendiri kena drag bun burger, daging burger dan sayur atas tempat menyediakan makanan dan lepas dah siap buat, drag burger yang dah disiapkan terus kepada customer. 

Main Masak Masak di Culinary School


Main Masak Masak di Culinary School
Yang bagusnya tentang game ni ialah game ni akan ajar kita step by step untuk buat kek coklat. Kalau adik kita ke anak saudara ke yang main memang elok lah sebab ajar dari A sampai Z macam mana nak buat cake. Aku yang tua ni pun be like 'ohhhhh macam ni' masa main game ni 😂

Main Masak Masak di Culinary School
Mula mula pilih alatan memasak

Main Masak Masak di Culinary School
Dan step seterusnya barulah diajar cara-cara membuat kek coklat

Dan yang paling penting, semua game ni adalah PERCUMA dan TANPA IKLAN yang mengganggu! Serabut kan kalau tengah tengah main games tiba-tiba iklan muncul! Terus rasa nak tekan pangkah -,- Tapi main games online di Culinary School ni tenang dan santai je. Sesiapa yang ada anak saudara ke adik-adik kecil ke boleh lah ajak mereka semua main games di Culinary School ni. Release stress gitu. Tapi jangan sampai abaikan kerja sekolah pulak 😆

7 comments

  1. Best nya dapat main game. Malangnya, laptop akak dah rosak 😅. Macam susah pula kalau nak main guna Phone 🥺.

    ReplyDelete
  2. Aduh, terhibur baca post ni, Atiqah. Kak SK ingatkan awak nak cerita kenangan main masak2 zaman kanak2.

    ReplyDelete
  3. Canggih mainan masak2 budak2 sekarang

    ReplyDelete
  4. Main game masak masak best jugak. Boleh jugak belajar masak sekali dalam alam maya.

    ReplyDelete
  5. Dah try. memang best..Suka yang game paling atas tu awak main.. hehe

    ReplyDelete
  6. Bagusnya permainan begini. Banyak ilmu boleh diteroka terutama anak-anak yang suka masak.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)