Pertama Kali Makan Mr Dakgalbi

Selamat Hari Malaysia kepada semua warganegara Malaysia. Moga moga lepas ni tak ada dah yang fikir Sabah dan Sarawak bukan negeri dalam Malaysia lagi. Hehehe. Okey sempena Hari Malaysia atau lagi tepat, sempena meraikan hari pembebasan kakak aku daripada ward department, maka kami semua pergi makan di Mr Dakgalbi.
 
Kakak aku gembira tak terkata bila dah habis kerjanya di ward department. Dia kena duduk di ward department selama lapan minggu dan hari Rabu lepas ialah hari terakhir dia di ward department. Memang gembiralah sebabnya letih teramat duduk di bahagian ward ni. Pukul 6.30 pagi dah masuk kerja, balik pukul 9 malam. Kadang kadang je boleh balik awal. Selebihnya memang balik lewat. 
 
Next department dia kena duduk di ward kanser rasanya. Aku pun tak pasti. Sebetulnya nak meraikan di Seoul Garden tapi bila call, Seoul Garden tak beroperasi lagi sebab tak cukup staff atau staff mereka tak cukup dua dos suntikan vaksin lagi. Jadinya, terpaksalah tukar kepada Mr Dakgalbi. 
 
Sejujurnya ini kali pertama aku makan di Mr Dakgalbi. Well you know me HAHAHAHA, kalau Seoul Garden tu memang dah selalu dah makan. Tapi ini first time nak makan di Mr Dakgalbi. Puas kakak aku cakap 'Ala dik, makanan macam orang Korea makan tu je, macam nasi goreng gitu je.' Akhirnya aku setuju jelah makan dekat situ. Sekali sekala mencuba benda baru kan. Hihihi.
 
Pertama Kali Makan Mr Dakgalbi
Menu kami makan semalam. Aku tak tahulah nama apa menu ni tapi ada cheese. Bukan aku yang order, tapi housemate aku yang order memandangkan dia dah selalu sangat makan Mr Dakgalbi, jadi kami (baca: aku dan kakak aku) serahkan kepada yang pakar untuk pilih menu.

Hidangan untuk dua orang sahaja walaupun bertiga. Sebetulnya kami berlima. Tapi lagi dua orang tu duduk meja lain dan order menu lain. Ini bahagian kami bertiga. Ada mi, nasi dan yang pasti cheese. Nampak macam sikit kan kalau tengok dalam gambar, tapi banyak yang sebenarnya. Siap makan mi, staff Mr Dakgalbi gorengkan nasi goreng untuk kami. Tak ada gambar sebab malas nak ambil, segan orang tengok. Ambil mana sempat je. First impression; rasa macam makan maggi goreng je teman teman.
  
Pertama Kali Makan Mr Dakgalbi
Pertama Kali Makan Mr Dakgalbi
Aku makan dua mangkuk kecil ni dan semangkuk nasi goreng. Kenyanglah sekejap, pastu pusing pusing mall dah lapar balik. Jadi not bad lah Mr Dakgalbi ni, kiranya next time boleh repeat makan lagilah. Tapi tak nak ambil cheese. Aku rasa macam muak sikit makan dengan cheese.

41 comments

  1. Pernah masuk Mr. Dakgalbi kat 3Damansara. Puaslah tunggu, panggil takde seketul pun yg dtg.

    Sudahnya byeeee.. Ammi keluar je gi makan nandoa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya punnn cauuu jugak la kalau takde orang datang. Baik gi makan tempat lain hahaha

      Delete
  2. tak in dengan makanan korea ni...banyak sayur..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya punn tak makan sayur gakk hahaha, tapi masa makan makanan korea, sayur tolak tepi :D

      Delete
  3. Tak pernah try lagi la Tiqah. Hehe...

    Yah! Mask tu best. Selesa je pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun first time rasa, boleh diterima lah hehehe. Kannn! Memang best! Nanti repeat beli hehehe

      Delete
  4. hahahahha pebret Uyum!!!
    Kita x moh komen lelebih sbb semua nya sedap bg kita hahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuyooooo pebret uyyum ye, hebat uyyum! Ini mesti nina uyyum ajar makan makanan korea ni :P

      Delete
  5. Mesti seronok kakak Atiqah dah tak sesibuk dulu.
    Tak pernah lagi makan di Mr. Dakgalbi. Makanan Korea ni pernah makan di Namoo Grey dan BBQ Chicken – Korea's No. 1 je. Teringin nak makan jenis serve masak depan mata ni ha. Style orang Korea makan sikit sikit kan tapi menu banyak. Tapi tak boleh makan selalu. Mahal boleh tahan gak.

    betul betul feel Korea ni. Mask pun Korea style. Saya pun suka pakai KF94 ni, selesa lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak fiza, sekarang ni duduk dalam ward department jugak tapi tak adalah sesibuk yang baru habis ni. First time dengar Namoo Grey dengan BBQ Chicken - Korea's No 1 tuuu, sedap tak kak fiza?

      Haah style orang korea makan sikit je kuantiti dia tapi banyakkkk menu. Penuh satu meja kalau tengok running man tu hahaha. Betul, boleh tahan gak bila nak bayar semalam, nasib baikkkk kakak belanja hehehehe.

      Sekali sekala feel korea HAHAHAHA tapi memang best pakai KF94 ni, kemas betul dekat muka. Tak kena pun lip balm yang saya pakai.

      Delete
    2. Tak ingat dah. Kena belek semula dalam blog.
      Saya pun dua dua tu adik ipar belanja. Orang belanja, kita merasa lah.
      Bila dah selesa pakai KF94 dah macam tak best nak pakai yg 3ply tu kan. hihi

      Delete
  6. Akak pun belum pernah makan di Mr Dalgakbi. Hehe rasa megi goreng ya.
    Nampak lain juga dari bahagian mata itu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul akak, rasa macam megi goreng je. Sebab tu saya boleh terima hahaha.

      Delete
  7. Perut tgh xsihat tgk ygmerah2 pedas ...seram lak, kalau tidak pantang nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak je merah kak dana, tapi tak pedas pun hahaha.

      Delete
  8. xpenah masuk lg mr dalgalbi walaupon sllu je tgk kat dlm ktcc mall tu.. haha..

    tetiba plop terliur nk mkn ramen.. huhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita kak ezy, biasa lalu je, memang tak pernah nak makan. Tapi bila orang nak belanja, kita terima jelah hahaha.

      Delete
  9. tak pernah lagi makan kat Mr Dakgalbi, siapa yang suka makanan korea mesti kena cuba makanan kat sini. nampak sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, siapa yang minat masakan korea, memang wajib makan dekat mr dakgalbi ni. Saya minat tengok drama korea je, tapi nafsu makan tetap masakan melayu hahahaha

      Delete
  10. Seoul Garden mmg sedap. Tapi DubuYo not bad jugak 😍 Suka set Nasi dia and Ayam goreng Korea dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin gak nak try makan dubuyo, tapi dekat sini macam takde pulakk dubuyo hehehe

      Delete
  11. Alah...tekak akak tak boleh nak menerima lah Mr.Dakgalbi ni. Pernah makan masa celebrate birthday kawan sebelum lockdown hari tu. Even Myeondong Toppokki pun sama😂. Tak leh nak nerima jugak. Mungkin selera akak bukan ke arah Korea kot 😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu kak syu makan apa tuu? Saya boleh terima mr dakgalbi ni pun sebab makan mi dengan nasi goreng gituuu. Sedap lah jugak hahaha

      Delete
  12. Tak pernah makan lg
    Follow IG akak tiqah
    Rabiahtul adawiyah

    ReplyDelete
  13. K.Naniey belum beli lagi mask tu. Semalam baca kat blog mana ada review mask ni. Nak kena beli cepat cepat ni. Nampak lebih kemas dan selesa.
    K.Naniey tak pernah try lagi makan makanan korea macam ni. Kalau kat Mr Dakgalbi ni orang cakap best sebab boleh main goreng goreng.. K.Naniey teringin nak makan macam sup sup tu. Tapi tak tahu nama apa. Nak kena try juga makanan korea ni. Ramai yang tergila gilakan makanan korea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best kak naniey! Kemas gila melekat kat muka. Memang puas hati la kalau pakai lama lama. Ohhh kita boleh goreng sendiri eh? Saya semalam, staff yang tolong goreng kan. Saya pun tak tahuuu jugak menu nya apa, memang betul betul serah pada pakar je yang orderkan hehehe.

      Delete
  14. tak pernah lg try Mr Dakgalbi...Seoul Garden dah gi lepas rindu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa bestnyaaaa dah gi lepas rindu >.< Kita nak ikut akak la, aci tak hahaha

      Delete
  15. Saya pernah cuba makanan di kedua-dua kedai tapi lebih suka Seoul Garden.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita geng! Seoul Garden tuuu memang syok la kalau makan dekat situu hehehe

      Delete
  16. Pernah makan sekali saja rasanya tu pun masa study puncak alam. Dah balik duduk perak ni mmg idak la nak merasa benda2 ni. Oh Seoul garden belum beroperasi ya? Saya pernah ada pengalaman ditegur kawan. Saya betul2 lupa nama dia hahhahaah awkward....... Sebab dia tegur kita excited ilerrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhhh study uitm puncak alam ke? Ke study di mana? Masa call, staff Seoul Garden tu cakap begitulah, tak beroperasi lagi. Melepas nak makan huhuhu. Kannnnn, jadi awkward sebab dia tegur kita dengan excited nya tapi kita tak kenal >.<

      Delete
  17. Seoul garden pernah la akak mkn tp yg ni dgr anak2 ja cerita drpa p mkn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan makan seoul garden hehehe, ini saya pun first time jugakk makan mr dakgalbi ni hehehe

      Delete
  18. Nak nyebutnya pun susah
    makanannya pun nampak pelik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun berbelit jugak nak sebut awal awal hahaha. Nampak pelik tapi dia macam mi goreng je wak, tak pun nasi goreng. Gitu aje hehehe

      Delete
  19. Tak pernah makan lagi kat sini. Nampak macam best tu. Dulu sebelum PKP, selalu lalu depan K Fry. Tapi punya lah ramai orang. Last-last mampu tengok dari luar je. 🤣

    ReplyDelete
  20. Kami biasa makan di Seoul Garden. Sesekali ada juga makan di tempat lain di KK tapi tak ingat nama tempat tu. Rasa masakan Korea ni sedang-sedang saja. Mr Dakgalbi ni belum pernah masuk.

    ReplyDelete
  21. Antara kfry dah Mr Dalgakbi , saya pun lagi prefer dalgakbi sebab dalgakbi ni kena dengan tekak lagi lagi nasi goreng. Nampaknya saya ni sebenarnya tekak melayu lagi ni

    ReplyDelete
  22. Ika suka makan kyochon sebab murah sikit. hehehe kalau yang lain ok gak cuma mcm dh suka sgt makanan dekat kyochon :)

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)