Friday, 17 September 2021

Rezeki Menang Giveaway #busyrakongsirezeki Wang Tunai RM100

Alhamdulillah masih tak percaya ya aku menang giveaway yang dianjurkan oleh Kak Busyra ni. Selalunya aku susah nak terpilih kalau join mana mana pertandingan tak kisahlah join dalam blog ke mahupun dalam kehidupan aku. Memang dari tadika lagi, berapa puluh pertandingan mewarna aku masuk, satu pun tak pernah menang HAHAHA
 
Tak ada rezeki orang cakap kan? Mungkin rezeki dalam bentuk lain contohnya dikurniakan kawan kawan yang baik dan sebagainya. Aku masuk giveaway pun sebagai tanda sokongan kepada blogger yang menganjurkan giveaway tersebut. Menang kalah adat pertandingan. Kalau menang, Alhamdulillah. Kalau kalah atau tak ada rezeki, tak apa. Cuba lagi next time begitu hehehe.
 
Tup tup, masa tengah buka blog melalui telefon, aku baca komen dari Kak Busyra yang cakap aku menang giveaway tersebut. Apa lagi, cepat cepat on laptop sebab tak percaya kikiki. Memang betul lah nama aku yang terpilih. Terus whatsapp sebab takut orang menanti.
 
 
 
Dan baru tadi Kak Busyra transfer hadiah wang tunai sebanyak RM 50.00. Tak apa transfer lambat, saya faham mesti akak busy. Apa-apapun, terima kasih Kak Busyra untuk wang tunai ni. Moga moga rezeki Kak Busyra berlipat kali ganda lagi selepas ni. Thank you! 😊
 
Jom singgah blog Kak Busyra disini: https://www.busyratakiyudin.com/ 
Jangan lupa follow dan komen sekali. Check it out! ;)
 
Nota jemari: Duit menang giveaway ni kita guna untuk beli makanan hehehe

19 comments

  1. Alhamdulillah. Tahniah sekali lagii

    ReplyDelete
  2. Haah ada baca Atiqah dan CL menang. Tahniah.

    ReplyDelete
  3. Rezeki lagi. Tahniah. Bukan senang nak terpilih tu. 👏👏👏

    ReplyDelete
  4. Tahniah, Atiqah.. boleh pi shopping lagi, hihi

    ReplyDelete
  5. Wahh tahniah..rezeki rajin merayap ke blog kawan2..

    ReplyDelete
  6. Congratulations! You deserved it for yoyr hard work all this while...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Rezeki tu. Bolehlah belanja family makan kepci😁.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah rezeki.. tahniah atiqah! =)

    ReplyDelete
  9. Tahniah, Atiqah. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Rezeki Jumaat. Tahniah :D

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah... Lepas buat order FP haha

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. Tahniah. Awak la gurau kata kalau akak menang nak mintak separuh sekali awak yang menang. Hihi

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..rezeki tak pernah salah alamat. Kalau dah kata itu rezeki atiqah, rezeki atiqah lah. Tahniah :)

    ReplyDelete
  14. Tahniah awak. rezeki. Alhamdulillah. :)

    ReplyDelete
  15. ada belen lg kan? bolehlah belanja sy hehehe

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)