Thursday, 9 September 2021

Milka & Daim Chocolate

Milka & Daim Chocolate. Siapa pernah makan? Aku? First time beli dan makan. Aku tertipu sebab ingatkan Cadbury & Daim, sekali bila sampai Milka & Daim rupanya. First time dengar milka. Packaging pun lebih kurang dengan cadbury. 

Cuba google google pasal coklat milka dan terjumpa yang menyatakan milka ni dari company yang sama dengan cadbury. So sebab itu kot packaging dia lebih kurang je?


Aku beli bulan Julai tempoh hari rasanya, tapi semalam baru makan ๐Ÿ˜‚ Beli di shopee sekali dengan coklat Daim. Tak boleh pergi Langkawi untuk borong coklat, kita borong dalam shopee jelah. Cara cakap macam dah pernah jejak Langkawi ye, padahal hakikatnya tak pernah. Kakak ketiga aku tak sempat nak bawa aku pergi jalan jalan di Langkawi, tiba-tiba covid melanda. Bila nak pergi? Teman pun tak tahu hehehe. Harga untuk satu bar ni kalau tak silap aku RM 4.60. 

Sedap ke tidak? Mestilah sedap. Manis dia orang terengganu cakap meleting leting. Manis do'oh. Bayangkan coklat cadbury yang memang dah manis tu ditambah lagi dengan coklat daim. Kiranya double manis! Bila gigit, boleh rasa ketulan ketulan kecil coklat daim di bahagian dalam. Memang rasa la ketulan ketulan coklat daim tu.

Aku baru makan satu baris, itupun mulut tak henti henti zikir manis manis manis. Bila nak habis pun aku tak tahulah memandangkan coklat ni sangat manis. Memang jenuh jugalah nak habiskan ni. 

Kakak aku dengan housemates sah sah tak nak makan nanti bila aku cakap manis sangat. Boleh tak kalau aku cakap tak manis, biar mereka pakat rasa sikit sorang dulu ๐Ÿ˜† Sekurang-kurangnya cepatlah sikit habis coklat aku daripada terperap dalam peti sejuk lama lama kikiki.

Cukuplah sekali ni merasa. Next time tak beli dah rasanya. Kalau beli pun, beli coklat daim je terus. Tak payah nak beli yang ada gabungan gabungan coklat lain pula.

31 comments

  1. Kak ret suka milka ni.. Tp x suka daim hahaha..

    ReplyDelete
  2. pengalaman kak Sal sebagai seorang kakak , if akak tengok makanan tu tak habis, benda tu tak sedap or rasa tak kena. sebab kalau sedap, adik-adik or anak-anak sedara akak mesti dah makan habis. hehehe

    ReplyDelete
  3. akak kalau coklat manis sgt tak gemo, udah tua ni kan....
    kadang oreo si aiyan tu tingin nak makan bila rasa seketul pun cepat2 minum air kosong... manis sangat memang tak berapa gemo

    ReplyDelete
  4. Haha makan sikit2 lama2 habis la tu..akak pun surrender kalau manis sgt..

    ReplyDelete
  5. coklat daim tu keras, kurang gemar..belum pernah cuba coklat ni..

    bulan ni Langkawi dah dibuka utk tourist as pilot travel bubble..boleh pi..

    ReplyDelete
  6. Kadang banyak produk macam tiruvasi tapi sebenarnya under company sama je cuma nama lain. Dah confused kat situ. Agaknya milka = dairy milk, hehehe... coklat dan manis berpisah tiada. Saya pun sekali makan tak sampai satu baris. Rasa satu bahagian kecil tu lepas tu simpan balik.

    Ini yang rasa nak beli daim gak. Nak ke Langkawi entah bila lah kan.

    ReplyDelete
  7. Tak try lagi yang ni. Disebabkan nama dia Milka akak tak beli pun ๐Ÿ˜…. Sekarang ni, akak kena stop kejap makan coklat. Sebabnya, coklat Cadbury bubbles hari tu baru kemarin akak pulun habiskan.Punya lah lama amik masa nak bagi licin๐Ÿ˜‚.

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap . Tapi itu lah .ramai yg review cakap manis sangat . Kena makan sikit boleh la

    ReplyDelete
  9. Kalau double manis tak berani nak cuba. Tak de tukang perabih. Hehe.. banyak kali nak beli coklat kat shopee tapi takut cair.. Nanti la nak checkout semula..

    ReplyDelete
  10. pernh mkn juga coklat milka tp yg oreo..btul tu skali pandang mcm yg cadbury

    ReplyDelete
  11. Milka memang famous kat luar negara. Manis tu mungkin sebab Daim kot? Saya kalau makan Daim memang kena banyak minum air. Tak selesa mulut.

    ReplyDelete
  12. Pertama kali nampak Milka ni, ingat cadburry

    ReplyDelete
  13. Sama lah kita, saya pun makan coklat takkan cepat habis. Akan lama juga dalam peti ais tu

    ReplyDelete
  14. Wak kira beruntunglah sebab tak makan cekolat

    ReplyDelete
  15. Kalau manis sangat ni macam hilang sikit nikmat sedapnya tu..bagi kak PC la..

    ReplyDelete
  16. sekali pandang mmg nmpk cadbury.. haha
    2x pandang oh bukan rupanya.. ekeke..

    kalo dabel manis letim2 mmg akk xkn mkn la.. tkottt nk try.. hihi

    ReplyDelete
  17. Malam-malam terjaga dari tidur... Tadi tak sempat nak makan, perut terasa lapar. Bukak peti ais, ada pula coklat cadbury, jamahlah sedikit untuk alas perut sebelum pagi memunculkan diri.. Hehe

    ReplyDelete
  18. Abe kie suka makan coklat musim bah. Sejuk2 tu kalau mamah coklat akan terasa tenaga kembali segar. Heaven sgt!

    ReplyDelete
  19. Haah nampak macam bungkusan daripada Cadbury. Kadang-kadang kena cuba dahulu supaya pasti tidak payah beli lagi.

    ReplyDelete
  20. Coklat ni, manis ke tak, boleh jadi booster untuk mommies like Aien keep energetic sepanjang pagi.. Mesti mahu manis baru boleh go! Gituuu

    ReplyDelete
  21. Dapat rasakan kemanisannya yang amat tu .. fuhh. fuhhhhh....! Bagi je dorang rasa . hehehee...cakap x manis sgt... Kikiki

    ReplyDelete
  22. ni kalau anak kemanakan saya nampak coklat mcm ni, mmg minta acik dorg ni belikan..

    ReplyDelete
  23. owh dri company yg sama rupnya.. patut lah pakcaging lebih kurang..

    ReplyDelete
  24. Sebut MILKA belum rasa lagi. Tapi kalau DAIM, kami satu rumah memang hantu DAIM!

    ReplyDelete
  25. Coklat daim memang aku tak boleh nak makan sangat. Manis betul rasa dia. Cadbury gagah lagi.

    ReplyDelete
  26. Lepas tengok ni terus teringat nampak dalam peti ais ada laaa. haha tapi tak teringin nak makan pun sebab nama milka tu mcm pelik tak pernah dengar.kalau ada lagi saya try rasa

    ReplyDelete
  27. saja depa buat manis kalau dak x berhenti pula msk ke mulut tu kan hahaaa ^_^

    ReplyDelete
  28. Milka ni memang agak manis kan... akak pernah rasa, juling berputar biji mata sekejap sebab tak expect manis begitu.

    ReplyDelete
  29. Dua2 coklat ni rasa manis betul.. hihi. Tp daim memang manis amat. Dh try ke cadbury? Hihi

    ReplyDelete
  30. Pernah makan jenama Milka ni tapi yang kosonb je tak silap.Mesti sedap tu ada campuran Daim. Yumms yumms

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)