Tarikh tayangan: 17 September 2021
Jumlah episod: 9 episod
Genre: Survival, Aksi, Thriller
Pelakon: Lee Jung Jae, Park Hae Soo, Heo Sung Tae, Wi Ha Joon
Sinopsis:
Ki Hoon (Lee Jung Jae) dipecat dari pekerjaannya dan menyebabkan hidupnya sengsara. Dia ditawarkan untuk meyertai satu permainan survival rahsia dimana hadiah yang bakal dimenangi oleh seorang pemenang adalah merupakan wang tunai sebanyak 45.6 billion won (RM 167 juta). Ki Hoon memutuska untuk menyertai permainan itu atas desakan hidup yang kesempitan wang.
Sementara itu, Sang Woo (Park Hae Soo) yang dianggap Ki Hoon seperti adiknya dan vice versa. Mereka membesar bersama-sama di kampung dan berlatar belakang keluarga yang miskin. Walaupun Sang Woo datang dari keluarga yang miskin, tetapi dia merupakan bekas pelajar lulusan dari universiti berprestij dan mendapat pekerjaan yang baik. Sang Woo memutuskan untuk turut serta dalam permainan survival rahsia tersebut dengan Ki Hoon kerana menghadapi krisis iaitu terlibat dalam penyalahgunaan dana syarikat.
!SpoilerAlert!
My Review:
As for me, best! Recommended! Tapi ada baca review orang lain yang cakap Squid Game ni biasa biasa je. Best lagi Alice in Borderlands. Aku tak tengok lagi Alice in Borderlands, jadinya tak boleh nak compare antara dua drama ni. First of all, dalam drama ni ada scene 18sx dalam episod 4 dan juga episod 7. Bukan sepanjang episod, tapi dalam beberapa minit sahaja.
Permulaan cerita agak perlahan, bagi aku a little bit boring. Tapi bila masuk part Ki Hoon dan yang lain-lain mula masuk pertandingan survival rahsia tu, dah hilang boring. Dah rasa excited nak tengok game apa yang bakal mereka semua mainkan. Jumlah semua peserta yang join adalah seramai 456 orang dan jumlah permainan yang bakal mereka pertandingkan adalah sebanyak 6 game.
Morale of the story memang ada iaitu bersungguh sungguh untuk berjaya dan menang dalam semua pertandingan. Tapi apa guna menang 45.6 billion won bila semua peserta yang lain mati. Keluarga kau mati. Sahabat yang dianggap seperti adik pun mati.
Sebab apa aku cakap semua peserta yang lain mati? Sebab kalau kalah dalam setiap pertandingan yang dimainkan, automatik akan ditembak. Kiranya nyawa jadi pertaruhan. Tak nak mati kena tembak, kena pastikan menang dalam setiap game.
Bagi aku agak kejam bila kalah kena tembak. Kebanyakan peserta yang masuk pertandingan ni adalah kerana kesempitan wang. Hutang menimbun. 45.6 billion won tu bukan sikit teman teman. Kalau convert ke Ringgit Malaysia, 45.6 billion won bersamaan RM 167 juta. Kita kalau dapat RM 1 juta pun dah suka sangat, kalau dapat RM 167 juta? Tak dapat nak bayangkan. Walaupun drama ni genre aksi dan thriller, jangan ingat tak ada scene sedih ya. Kalau hati tisu macam aku, better sediakan tisu masa tengok episod 6 hehehe.
Salah satu persoalan yang aku tertanya-tanya, pihak polis tak siasat ke bila ramai rakyat mereka mula menghilang tanpa khabar? Game ni dah bermula lama dah, since 1990 kalau tak silap aku. Mesti ramai yang dah mati. Mesti kaum keluarga peserta buat report polis. Tapi tak ada siasatan? Atau polis diamkan sebab sudah dirasuah?
byk pengajaran cite ni.. memang best! part sedih mmg akk nangis.. aduhai.. haha
ReplyDeletent season 2 akn terungkai segala persoalan tu kot..
Itulah akak terfikir logik iaitu pertandingan ini patut diharamkan.
ReplyDeleteHehe betul kecuali polis bersubahat.
Scene yang tak sepatutnya patut cut je kan especially episod 4 tu ha. Pengajaran dalam drama ni trust no one. Jangan kerana tamak duit, hilang orang yang tersayang. Elakkan berjudi dan macam macam lagi. Paling dasyat perangai atok tu, kejam betul. tak sangka. Tak patut dibunuh kalau kalah, hantar balik je sudah. Cerita macam tergantung, Jun-Ho sempat ke tak hantar bukti kat polis. Macamana pulak abang dia boleh jadi front man. Sang Woo manusia paling jahat. Kesian Ali. huhu...
ReplyDeleteLama betul tak tgk drama korea
ReplyDeletebencinya tengok VIPs yg enjoy tengok org kena bunuh, yg mati katak...tak tau apa yg boleh dipelajari dari drama ni..melainkan strategi permainan tarik tali..haha..kasih ibu tiada bandingan..
ReplyDeletepart main guli tu yg sedih kan..giler le drama ni..
Trending nya drama ni. Terracun jugak nak menonton. Nantilah, asyik sibuk je. Huhu
ReplyDeletedrama yang tengah viral ni
ReplyDeletedrama viral ni..kak shida belum tgk lagi AN..ingat nak tgk time cuti vaksin nnt haaaa..
ReplyDeleteRecommended! sila tengok siapa yang tak tengok lagi. even dia mcm nampak ada season 2. tapi worth it je rasanya.
ReplyDeletesangat best! Rasanya ada season 2. Tak sabar pula nak tunggu.
ReplyDeleteHigh expectation kat cerita ni tinggi woah. Tapi tu lah saya kecewa sikit tengok cerita ini. Satu memang slow plot dia. Dari first episod sampai episod akhir a bit slow lah. Memang tengok speed 1.5 itu pun saya masih rasa terlalu slow.
ReplyDeleteye ada beberapa element sebenarnya memang tak perlukan pun, dia mcm tak perlu ada pun. yang episod 4 and episod 7.
Watak orang kaya pula aduh mcm kayu sangat lah orang luar negara tu, dia mcm hmm, dia ada style hunger game kat situ, tapi kayu sangat. Cara diorang sembang pun mcm aduh spoil lah banyak kat situ.
Nak tahu juga polis tak dpt ke eh bukti yang si polis (abang) tu hantar.
Lepastu ish game tu tak tamat pun, ada penyambung generasi
baru rancang nk tengok tp entah mcm mn terbaca spoiler pulak adehhh tp mmg dasat penangan drama ni. cuma tu laa part yg x sepatutnya tu rs mcm x patut ada...dgr ramai yg mengharapkan part 2 hehehe
ReplyDelete