Sunday, 12 September 2021

Kapal Terakhir Di Dunia Episod 1


Baru selesai baca Kapal Terakhir di Dunia Episode 1. Dah selesai lama dah yang sebetulnya tapi baru nak bagi review hehehe. First of all, entri kali ini panjang ya. Boleh skip kalau tak sanggup nak baca.

Sinopsis
Bokor, sebuah kapal besi gergasi yang asalnya dicipta untuk menghadapi bencana hujan tahi bintang menjadi satu-satunya tempat manusia berlindung. Meski terasing daripada ancaman dunia luar, penghuninya telah dijangkiti pelbagai jenis penyakit dan diasingkan mengikut sektor masing-masing termasuklah Aria dan adiknya. 
Namun, kondisi adiknya lebih parah dan memerlukan rawatan segera. Beban Aria semakin terasa apabila bapanya sendiri tidak pernah mempedulikan mereka berdua. 
Aria, yang hidupnya hanya demi Bokor dan keluarga, kian teruji apabila bapanya pula didapati telah melanggar peraturan. Dia dilema antara kepentingan keluarga atau keamanan seluruh manusia. 
Ketika konflik kian memuncak, Aria tersedar sesuatu tentang kehidupan dalam Bokor - iaitu sentiasa ada harga besar yang harus dibayar demi kesetiaannya.  
"Kau perlu pilih siapa yang kau perlu perangi, Aria."

Ilustrasi Bokor / Credit: Bukuzzatee

Credit: Teme Abdullah

Basically, buku Kapal Terakhir di Dunia (KTDD) Episod 1 mengisahkan kehidupan ribuan manusia di dalam sebuah Bokor (rujuk gambar diatas). Bokor ni memang besar, penulis gambarkan saiz sebuah Bokor ni ibarat sebuah pulau. Saiz Bokor kecil sedikit daripada Eiffel Tower dan tingginya pula hampir sama dengan ketinggian Menara Berkembar Petronas (KLCC).



Di dalam Bokor, manusia dibahagikan kepada tiga jenis sektor iaitu Sektor Biru, Sektor Kuning dan Sektor Hijau. Mereka semua dibahagikan mengikut jenis penyakit yang mereka hidapi. Mana-mana sektor dilarang sama sekali untuk membanding-bandingkan penyakit antara sektor. 

Di Sektor Biru, hanya manusia yang berpenyakit kulit sahaja yang tinggal di situ. Sektor Biru melakukan pekerjaan mengumpul sumber protein utama buat bekalan tenaga manusia di dalam Bokor. Pekerjaan yang mereka lakukan memerlukan mereka untuk keluar ke laut (keluar dari Bokor) dan berhadapan dengan serangan mugor dan jangkitan virus dari dunia luar. Senang kata, Sektor Biru ni pemburu laut.

Manusia yang tinggal di bahagian Sektor Kuning pula bertanggungjawab untuk membaiki kesemua mesin-mesin yang mengalami kerosakan. Mencipta mesin baru pun iye juga. Jadilah pencipta dan penyelenggara mesin. 

Dan di sektor yang terakhir iaitu Sektor Hijau, boleh teka tak Sektor Hijau buat apa? Hijau sinonim dengan apa? Mestilah tumbuh-tumbuhan dan juga sayur-sayuran. Tak dilupakan juga penternak binatang. Yang ni pula senang kata bekerja sebagai petani dan penternak binatang

Watak utama dalam KTDD ni mestilah Aria. Aria mempunyai seorang ayah yang bernama Vuk dan seorang adik yang bernama Ana. Ana menghidapi penyakit teruk yang sangat kronik. Bukan tak dirawat tapi rawatan sangat terhad. Mereka hidup di Aras Lantai Bokor memang semuanya terhad. Kalau nak dapat rawatan yang terbaik, mesti kena naik dan hidup di Aras Tengah. Nak naik ke Aras Tengah tu bukan senang ya. Kena kumpul taring dan juga kena dapat persetujuan dari Tuan Yang Suci. 

Hubungan Aria dan ayahnya iaitu Vuk tidak pernah baik kerana Vuk sering mengabaikan Aria dan juga Ana. Vuk merupakan seorang pemburu laut yang sangat disegani dan dihormati oleh manusia di Sektor Biru. Kiranya Vuk ni seorang yang jaguh dalam memburu hasil laut. Buktinya, tangan kanan Vuk kudung hingga bahu kerana bertarung dengan jerung. Dan matanya pula buta sebelah akibat aktiviti yang sama. 

Manusia-manusia lain tidak seberani Vuk. Semua orang takut setiap kali keluar memburu. Takut bertemu dengan mugor. Mugor tu pada asalnya seorang manusia juga. Tapi mereka terpaksa ditinggalkan di luar Bokor kerana terkena virus yang terlalu serius. Virus tu terlalu serius sampaikan boleh menyerang saraf dan mengawal seluruh badan manusia. Manusia akan mula hilang deria, juga fungsi akal dan akan mula menunjukkan sifat kebinatangan yang akhirnya bertukar menjadi mugor. Kekuatan mugor berlipat kali ganda melebihi manusia biasa dan mereka hidup melata di dunia luar Bokor.

Dalam setiap cerita mesti akan ada watak jahat. Kalau tak ada watak jahat, mesti tak akan jadi sebuah cerita tu kan 😂 Dalam KTDD ni ada beberapa orang watak jahat yang buat aku geram iaitu Koba dan Maru (based on buku KTDD Epsiod 1). Koba ni anak kepada Chif Biru. Chif Biru ni ketua dalam Sektor Biru. Kalau Sektor Kuning, akan jadi Chif Kuning. Begitu juga dengan Sektor Hijau, akan jadi Chif Hijau. Bukan orang yang sama ya, tetapi tiga orang yang berbeza. 

Memang geram sungguh dengan watak Koba dan Maru dalam KTDD Episod 1 ni. Mereka memang selalu tak berpuas hati dengan keluarga Aria. Macam-macam benda buruk diperkatakan dan disebarkan oleh mereka berdua tentang keluarga Aria. Sampailah suatu hari, ayah Aria didapati telah dibunuh.

Siapakah pembunuhnya? Kenapa Aria dipilih oleh Chif Biru untuk melakukan aktiviti dokking? Silakan baca Kapal Terakhir di Dunia Episod 1 😛 Bagi aku buku ni menarik untuk dibaca. Kena dengan jiwa aku gituhhh. 
 
Nak beli Kapal Terakhir di Dunia Episod 1 & 2 boleh beli direct disini: https://bit.ly/3A4Q2mY atau disini: https://click.accesstra.de/go/ZVQDikev
 
Kapal Terakhir di Dunia Episod 3: https://bit.ly/2YKdpUV atau https://click.accesstra.de/go/e4TLng5S
 
Nota jemari: Ada lagi dua buah buku yang belum habis dibaca iaitu Kapal Terakhir di Dunia Episod 2 dan Episod 3.

17 comments

  1. Macam cerita divergent pulak ada puak puak. Kalau buat filem pasti saya akan tengok :) Nak baca mungkin ambil masa lama. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh betul lah Kak fiza, waktu kita baca post ni kita terfikir movie divergent ni. hahahah.

      Delete
  2. Apabila dibaca sinopsis rupanya cerita fiksyen dan futuristik.
    Hehe rasanya kurang baca cerita bentuk sebegini.

    ReplyDelete
  3. Dalam kesengsaraanya, tragedi, misteri, thrilled juga nak tahu solusinya..

    ReplyDelete
  4. Dah macam filem Oblivion. Akak suka baca cerita fantasi macam ni. Nak cari lah nanti. Thanks share

    ReplyDelete
  5. cite fantasi mcm ni akk kureng skit.. hihi

    ReplyDelete
  6. Baca sinopsis Kapal terakhir di Dunia ini teringat novel Rumah Kaca karya Pramoedya Ananta Toer. Rumah Kaca pula mengisahkan usaha penjajah Belanda untuk menjadikan tanah jajahannya seperti rumah kaca (tanpa sekatan) yang boleh diawasi sepanjang waktu dari jauh.

    ReplyDelete
  7. Kalau baca buku cerita macam ni kak naniey mudah ngantuk. Tapi kalau dibuat filem boleh layan ... :) hehe..

    ReplyDelete
  8. Memang addicted baca novel macam ni. Kena berfikir di luar kotak. Storyline memang tak sama dengan novel cintan-cintun yang lain. Kalau kat luar negara, silap-silap dah masuk ke layar perak.

    ReplyDelete
  9. Sampai sekarang akak masih belum dapat balik rumah satu lagi untuk ambil buku ni. Nampaknya, akak baca review Atiqah jelah dulu.

    ReplyDelete
  10. Menarik.. xdpt la membaca bila ada anak ni. Baca blog, tips2 jelah setakat ni. Hehehe.

    Manusia ada 3 sektor? Rajin tiqah baca

    ReplyDelete
  11. tertunggu - tunggu AN review sinopsis buku ni , akhirnya muncul juga

    ReplyDelete
  12. wow mama suka cerita fiksyen mcm ni

    ReplyDelete
  13. teringat cerita2 futuristik spaceship..penghuni duduk di sektor masing2..

    storyline KBAT nih..

    ReplyDelete
  14. Huyyoo.. banyak sektor yee..Bebetul menguji otak.. Sapakah pembunuh bapak Aria tu... sedihnya haih..

    ReplyDelete
  15. Novel ini ada macam macam element dia masukkan, Rasa macam ada system pyramid yang belajar dalam sejarah. Saya lupa istilah dalam sejarah apa. Baca sinopsis awalnya agak pening rasa macam tengah baca komsas bahagian hikayat yang bahasanya penuh puitis perlu cari makna dan sebagainya.

    ReplyDelete
  16. menarik! cerita sejarah ni..thanks review AN!

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)