Monday, 1 August 2022

Hello August!


 Day 1: May it be a BETTER month

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan lapan. Berbaki empat bulan lagi sebelum tahun 2022 melabuhkan tirainya. Tak minta banyak, hanya berharap bulan Ogos dan bulan-bulan yang akan datang ini aku diberikan kembali semangat aku yang hilang since bulan June tempoh hari, diberikan kesihatan tubuh badan (since tengah bulan June aku selsema dan batuk), dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan dipermudah segala urusan nak nak urusan mencari kerja baru.

Misi mencari kerja giat dijalankan memandangkan contract dah nak habis iaitu bulan Disember ini. Memang ada empat bulan lagi tapi takkan nak cari last minit dak? Kalau banyak cable tak apalah jugak. Ini cable telefon je yang ada HAHAHA. Mystep ni tak tahu ada ke tidak tahun depan sebab semuanya bergantung kepada bajet tahunan negara (pendapat aku). And bagi aku, mystep ni sekadar mencari pengalaman bolehlah, tapi untuk kekal selamanya mungkin tidak. Jadi, doakan aku diberikan kemudahan dan kesenangan mencari kerja baru ye teman teman :)

Oh iya, bulan Ogos ni tak banyak public holiday pun kecuali 31 Ogos yang jatuh hari Rabu. Jadi, bertabahlah kita semua. Tapi sekarang pun sekejap je masa berlalu kan? Jadi tak terasa mana kalau cuti ke tak cuti (ini bagi diri akulah hehehe).

Apa-apapun, aku doakan korang semua diberikan kesihatan yang baik-baik selalu (sekarang ghisauuu banyak betul virus), dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan dipermudah segala urusan. 

Nota kaki: Jangan lupa terus berdoa. Jangan putus harapan dengan Allah kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Allah tak akan uji hambaNya kalau Allah tahu hambaNya tidak mampu menghadapi ujian tersebut. Sentiasa bersangka baik dengan Allah 💖

11 comments

  1. Semoga Atiqah ditemukan kerja baru yang buat hati gembira untuk kerja dengan gaji yang lumayan. Amin.

    ReplyDelete
  2. salam tiqah... semoga yang baik2 aje k... semoga cepat dapat keje baru...!

    ReplyDelete
  3. semoga Atiqah dimudahkan urusan mencari kerja. boleh try management trainee. Banyak jugak company yang ada opening. semoga sihat selalu dan tabah menghadapi dugaan hidup

    ReplyDelete
  4. Semoga Tiqah mudah dapat kerja baharu ya. Aamiin

    ReplyDelete
  5. Salam 1 Ogos 2022. Semoga dipermudahkan segala urusanmu dik... Amin doanya.. Ye betul, jangan putus harapan dengan Allah 💕 Moga yang bebaik buat kita semua.....

    ReplyDelete
  6. Semoga sihat selalu.. Pejam celik pejam celik dah bulan ogos.. Banyak lagi benda tak dicapai dan terlaksana.. Macam banyak pembaziran masa je K.Naniey ni..

    ReplyDelete
  7. Samalah kita, kabel phone je yang ada...hee...Anyway, semoga dimurahkan rezeki kerja baru yang lebih baik dan masyukk aminn YRA

    ReplyDelete
  8. Itulah tahu-tahu dah bulan Ogos. Didoakan dipermudahkan urusan mendapat rezeki pekerjaan yang baik.

    ReplyDelete
  9. cepat sungguh masa berlalu huhu. tak terasa pun. btw, jemput singgah https://julietdiary25.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. Hello september! Semoga atiqah baik-baik saja.

    ReplyDelete
  11. Dah bulan Oktober baru sempat singgah sini Atiqah. Ampunnn...
    Semoga cepat dapat kerja baru nanti. So lepas Disember dah boleh masuk kerja dah.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)