Tealive ft Famous Coco Lava

Sebagai seorang peminat biskut Famous Amos dan Tealive, semestinya akan mencuba air keluaran baru Famous Amos dan Tealive. Collaboration. Biskut Famous Amos sedap sangat bagi aku walaupun agak mahal. Jarang jarang sekali membeli. 

Tealive ft Famous Coco Lava
Antara menu air baru yang dikeluarkan oleh Tealive hasil kerjasama dengan Famous Amos iaitu Famous Coco Lava, Famous Coco Smoothie, Famous Coco Toffee dan Famous Vanilla Smoothie

Semalam aku beli Famous Coco Lava di Shopee Food. Berbaloi ye beli dekat Shopee Food sebab banyak vouchers! Boleh reedem coins lagi! Kalau duduk di Terengganu, aku pencinta setia foodpanda tapi bila duduk di Putrajaya, aku dah tak pandang foodpanda. Bukanlah tak pandang langsung, tapi tak pernah lagilah membeli makanan di foodpanda since duduk Putrajaya bulan Oktober tempoh hari. 

Aku guna foodpanda bila nak membeli di pandamart. Makanan semua aku beli dekat kawasan rumah aku. Alhamdulillah sebab dikelilingi kemudahan yang banyak untuk membeli makanan. Cumanya tak tahu nak makan apa :')

Tealive ft Famous Coco Lava
Okey kembali kepada air, jujur aku cakap Famous Coco Lava ni biasa biasa sahaja. Bukan tak sedap langsung atau sedap sangat, tapi pertengahan. Not bad. Repeat? Mungkin tidak. Repeat perisa lain? Mungkin ya. 

Aku tak tahulah aku sorang je ke yang rasa macam ni, tapi air tu kadang-kadang rasa pahit, kadang okey. Biskut pun okey je. Awal-awal tersedak sebab biskut tersedut dengan laju. Even biskut tu dah dihancurkan macam serbuk tapi aku tetap tersedak kah! Haritu try yang Onde Onde pun tersedak jugak. Apa je yang aku tak tersedak 😂

Tengok dekat TikTok ramai yang cakap Famous Vanilla Smoothie tu sedap tapi terlampau manis. Mungkin boleh order next time. Tapi kena request nak slight sugar or half sugar only sebab takut diabetes memanggil manggil hahaha. Ada sesiapa yang dah pernah cuba? Sedap ke tidak?

21 comments

  1. belum cuba lagi. nanti nak cubalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti try lah, mana tahu bagi Nurin rasa sedap ke hehehe

      Delete
    2. Kalau di seksyen 7, shah alam rupa air seperti dalam iklan. tapi semua air famos amos ni kena beli no sugar sbb sy mmg x minum manis sgt. sy penggemar shaka lava yg ada oreo tu so sy tiada masalah dengan air dicampur dgn cookies hehehehe..

      Delete
  2. Baru tau kewujudan air ni. Wah.. Senanglah duduk Putrajaya banyak makanan sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru je dikeluarkan air collaboration antara tealive dengan famous amos ni hehehe. Alhamdulillah, makanan banyak, tapi duit tak berapa nak banyak HAHAHA

      Delete
  3. Ada nampak kat GrabFood hari tu. Lepas ada pengalaman tak best dengan Tea Live, terus taknak repeat order dah.Takut kiciwa lagi.Hi3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah terkena sekali kan, terus rasa serikk nakkk order lagi kan kak syu hahaha

      Delete
  4. Tidak pernah lagi. Rasanya kadang-kadang biskut letak dalam air kurang menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak wina, rasa pelik kadang kadang bila letak biskut dalam air >.<

      Delete
  5. Baru ternampak pagi tadi kat twitter. Ingat nak cuba juga tapi nak tunggu lepas check up nanti.. Bila baca review AN tak tahu nak cuba ke tak. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je try kak naniey hahaha, mana tahu bagi kak naniey rasanya sedap :D

      Delete
  6. kak ret pun blm cuba... aritu ada belikan utk org, tgk mcm menarik je... nk komen lelebih pun x bole gak sbb blm try kan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak air dalam poster macam menarik, tapi bagi saya biasa biasa je. Tapi boleh lah try lepas ni kak ret, mana tahu kena dengan citarasa kak ret hehehe

      Delete
  7. Memang jauh beza dengan rupa paras dalam iklan. Belum cuba lagi yang haritu pandan gula melaka ke apa pun belum cuba lagi. Mungkin sebab kurang suka yang jenis ada cookies ni kot. Rasa terganggu nak minum. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang cakap indah khabar dari rupa kan kak fiza hahaha. Ohhh yang pandan haritu pun tak sempat rasa jugakk. Tahu tahu dah keluar yang collaboration dengan famous amos ni. Kannn, saya pun rasa terganggu nak minum kalau ada biskut dalam air ni >.<

      Delete
    2. Belum lagik. Mungkin sebab cakap manis, itu yang macam nanti nantilah cuba. Hihi

      Delete
  8. baru minum semalam, saya amik yg coco smoothie tu. bagi saya biasa2 jugak hahaha
    and maniss T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun mintak half sugar harituu sebab takut manis and nasib baik, memang tak manis :D Lain kali kena mintak half sugar or slight sugar kot baruuu ok nak minum hehehe

      Delete
  9. iklan bukan main cantik airnya. sekali dpt emm boleh laa.. haha
    akk xpernah try lg.. tp rs mcm nk cuba jgk..

    ReplyDelete
  10. Nanti hujung minggu ni nak cubalah. Akak ada voucher Tealive yang nak luput tarikh.
    Kena beringat masa minum supaya tak tersedak, kalau tak kita boleh buka kelab kaki tersedak sama-sama :D

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)