Penangguhan Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN bagi Tahun 2023

Penangguhan Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN bagi Tahun 2023

Tempoh hari masa Belanjawan 2023 diumumkan, PMX (read as: Perdana Menteri ke-10) which is Anwar Ibrahim ada umumkan insentif Diskaun dan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN kepada peminjam PTPTN sebagai salah satu cara untuk menunjukkan komitmen Kerajaan dalam menyokong usaha PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi memastikan kebajikan para peminjam dan kelestarian dana pinjaman pendidikan untuk generasi yang akan datang.

Berita sepenuhnya boleh baca disini: https://www.ptptn.gov.my/pelaksanaan-insentif-diskaun-dan-penangguhan-bayaran-balik-pinjaman-ptptn/

Dua hari lepas aku turut mengambil peluang membuat permohonan penangguhan pembayaran balik pinjaman PTPTN yang aku pernah ambil semasa aku belajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ukur Bangunan (Building Surveying) beberapa tahun yang lepas. Dah hutang kan? Mestilah kena bayar. Tapi memandangkan sekarang ada insentif ni, aku memanfaatkannya. Hehehe. 

Penangguhan Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN bagi Tahun 2023

Sebelum itu, in case lupa nombor pinjaman, para pemohon boleh login akaun PTPTN untuk dapatkan semula nombor pinjaman. Kalau lupa password akaun PTPTN, boleh tekan lupa kata laluan dan pihak PTPTN akan hantar password baru.

Dah login? Click PENYATA BAKI. Scroll bawah sikit dan click SEMAKAN NO PINJAMAN. Bila dah click, akan keluar MAKLUMAT NO PINJAMAN PEMINJAM. Copy dan paste nombor pinjaman tersebut semasa membuat permohonan penangguhan pembayaran balik pinjaman PTPTN.

Penangguhan Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN bagi Tahun 2023

Sesiapa yang berminat untuk membuat penangguhan pembayaran balik pinjaman PTPTN, jangan segan silu untuk berbuat sedemikian. Boleh pergi di sini: Penangguhan Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN 2023. Nanti pihak PTPTN akan minta penyata gaji sebagai bukti. Para pemohon boleh ambil penyata gaji paling latest di sini: e-penyata (kena ingat nombor gaji). Dah selesai isi semua maklumat yang diminta, tekan hantar dan tunggu emel pengesahan dari pihak PTPTN. 

Sampai hari ini aku masih belum menerima sebarang emel berjaya atau gagal dalam permohonan ini. Mungkin seminggu masa diambil untuk borang permohonan aku diproses? Kita tunggu dan lihat!

3 comments

  1. ada pro dan cons nya kan, tangguh lama pula kena habiskan pinjaman adoi.. bertabah lah anak-anak..

    ReplyDelete
  2. sy tangguhh juga tp sampai skrg belum hntr emel nk tahu diluluskan ke tak permohonan tu

    ReplyDelete
  3. Kalau ada manfaat sebegini elok ambil juga bagi menstabilkan kedudukan kewangan, melainkan kewangan kita kukuh

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)