Showing posts with label Anime. Show all posts
Showing posts with label Anime. Show all posts

Monday, 27 September 2021

Anime: Spirited Away

Spirited Away
 
Sinopsis:

Spirited Away mengisahkan seorang gadis berumur 10 tahun yang bernama Chihiro Ogino telah tersesat dan memasuki dunia Kami (cerita hantu rakyat Jepun) ketika berpindah ke kawasan kejiranan baru. Setelah ibu bapanya berubah menjadi babi kerana disihir oleh penyihir yang bernama Yubaba, Chihiro mula bekerja di rumah mandi Yubaba untuk mencari jalan membebaskan dirinya dan juga kedua-dua ibu bapanya dan kembali ke dunia manusia.

!SpoilerAlert!

My Review:

Pergi rumah kakak kedua di Marang tak bawa laptop sebab kakak ketiga nak guna laptop untuk siapkan kerja. Kakak ketiga tak ikut pergi Marang sebab kena kerja. Jadi, sebagai adik yang baik, aku mengalah. Tinggalkan laptop di rumah sewa untuk kakak ketiga aku gunakan.
 
Beginilah kisah hidupku selagi tak kerja, memang selalu ulang alik lah ke Marang. Nasib baiklah jarak dari rumah sewa aku di bandar Kuala Terengganu ni tak jauh mana pun dengan Marang. Dalam 15-20 minit dah sampai. 
 
Waktu malam bila Muhammad Arfan dah tidur, aku pun bosan. Nak buka blog tak boleh sebab tak ada laptop. Jenguk gitu gitu je melalui telefon. Maka misi mencari drama atau movie pun bermula. Terjumpa movie anime yang dah lama ditayangkan iaitu Spirited Away. Tahun 2001 ditayangkan. Dah 20 tahun anime ni ditayangkan tapi masih kekal sebagai top best anime of all time
 
Dan memang betul, memang best! Tak rugi tengok. Me be like "Kenapa aku tak tahu pun kewujudan movie anime yang best ni?" Macam mana nak tahu, asyik korea korea korea. Hehehehe.

Saturday, 18 September 2021

Anime: Kimi no Na wa (Your Name)

 
Sinopsis:
 
Seorang gadis yang tinggal di luar bandar mula terbangun di dalam tubuh badan seorang budak lelaki yang tinggal di bandar Tokyo yang menjalani kehidupan menarik seperti gadis tersebut idamkan.
 
!SpoilerAlert!
 
My Review:
 
Kali ini nak review anime. Aku jarang tengok anime tapi kadang kadang layan juga macam Attack on Titan, Itazura na Kiss dan Maid Sama! Yang tiga tajuk aku sebut ni semuanya drama. Tapi drama anime pendek je, dalam setengah jam je untuk satu episod.

Tapi Kimi no Na wa atau senang disebut Your Name ni ialah movie. Setelah sekian lama duduk dalam my list netflix, akhirnya aku tengok juga lepas baca review orang lain di Twitter.
 
Your Name ni mengisahkan kehidupan seorang gadis (Mitsuha Miyamizu) yang tinggal di luar bandar iaitu di Itomori, Jepun. Dia bosan tinggal dalam bandar Itomori dan selalu berhasrat untuk menjadi seorang lelaki yang tinggal di bandar Tokyo jika dilahirkan dalam kehidupan yang seterusnya. 

Dijadikan cerita, suatu pagi lepas Mitsuha bangun dari tidur, dia tiba tiba berada dalam badan seorang budak lelaki yang bernama Taki Tachibana. Kiranya mereka bertukar badan. Mitsuha dalam badan Taki dan Taki dalam badan Mitsuha. Mereka berdua boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan tinggalkan notes apa yang terjadi dan tulis do's dan dont's masa mereka bertukar badan.