Dua minggu lepas ada terima satu email dari Kak Shida yang menanyakan alamat terkini untuk pos hadiah sempena menjadi salah seorang top komentator di blog Kak Shida. Aku tak tahu bila sampai sebab semalam aku baru balik ke rumah sewa lepas bertapa selama dua minggu di rumah lain. And yes, baru dapat laptop. Jadi sekarang dalam proses blogwalking. Hehehehe.
Nanti cucuk second dose aku akan bawa laptop sebab takut kena bertapa lagi lama di rumah lain. Tak nak pisang berbuah dua kali, aku mesti bawa laptop hahaha. Jenuh ya nak blogwalking kalau dah lama tak blogwalking. Bukan seorang dua, tapi berpuluh puluh blogger. Tapi tak apa, aku akan cuba untuk blogwalking setiap blog, in shaa Allah.
Okey kembali kepada hadiah yang diberikan oleh Kak Shida, aku dapat sekeping mask berwarna hitam keluaran Jovian Mandagie. Mask premium dan exclusive sebab tengoklah siapa pemilik brandnya siapa. Siapa je tak kenal Jovian Mandagie ni? Pereka fesyen yang terkenal dan merupakan menantu kepada Ismail Sabri. Dalam sampul surat kiriman Kak Shida, ada sekeping disposable 3ply monogram mask berwarna hitam dari Jovian dan juga extender yang mempunyai warna seperti bendera Palestin. Cantik!
Kak Shida macam tahu tahu je saya tengah survey mask Jovian ni. Alhamdulillah rezeki dapat sekeping, jadi dapatlah kita test mask keluaran Jovian ni. Best ke tidak, selesa ke tidak dan sebagainya sebelum beli satu kotak. Dah lama add to cart mask Jovian yang warna putih tapi tak beli beli sebab masih berlambak mask yang sediaada HAHAHA. Mask banyak banyak nak buat apa? Bukan pergi mana mana pun! Jadi, sila habiskan dulu mask yang sediaada ya najihah (cakap dengan diri sendiri hehehe).
Apa-apapun terima kasih ya Kak Shida untuk hadiah ini. Saya suka dan saya hargai! Bagi sesiapa yang belum kenal dengan Kak Shida, bolehlah terjah blog Kak Shida sekarang. Jangan segan silu nak terjah ya, sangat dialu-alukan!
Social Icons