Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Friday, 4 February 2022

Terjumpa Duit Indonesia dan Vietnam yang Lama!

Tak ingat hari apa, tengah tengah mengemas bilik, terjumpa purse lama. Purse yang memang aku tak pakai dah sebab panjang dan tak muat dalam sling bag aku. Terus check dalam purse, mana tahu ada duit tersesat ke HAHAHA. 

Dan memang betul, ada duit yang tersesat! Tapi sayang, duit tu tak boleh digunakan dalam Malaysia ๐Ÿ˜‚ Jumpa duit dari negara Indonesia dan Vietnam. Punyalah lama aku simpan duit tu ya, sampai sekarang masih elok keadaan semua duit yang aku jumpa.

Last time aku pergi Indonesia tahun 2018, pergi Bali. First time pergi Indonesia tahun 2015. Haaa duit Indonesia yang aku jumpa tu yang aku simpan dari tahun 2015. Masa pergi Bali, aku tak pegang duit sebab semuanya kakak aku pegangkan. Dan Vietnam pulak, last time aku pergi pada tahun 2016. Jadi cincai cincai dalam 7 tahun jugak aku peram duit Indonesia dengan Vietnam dalam purse. 

Rindunyaaa nak travel. Rindu nak naik kapal terbang! Teringin jugak nak pergi Korea, Jepun dan negara-negara Eropah yang lain. Bukan main berangan ya! Tapi sekali sekala berangan, tak salah kan ๐Ÿ˜œ Bila boleh pergi tu tak tahu lah. Selain Covid, kekangan kewangan pun masalah utama jugak.

Duit Indonesia

Duit Vietnam


Agak agak bila convert semua duit Indonesia dan Vietnam ke Ringgit Malaysia jadi berapa RM ya? Aku rasa tak banyak pun. Bawah RM5 mungkin? ๐Ÿ˜‚