Tak ingat jumpa gambar ni dimana, tapi bila tengok gambar ni teringat zaman belajar dahulu kala. Bukan main ya dahulu kala, padahal baru habis belajar bulan Januari tempoh hari kikiki. Tapi, jujur aku cakap memang rindu suasana belajar di universiti before covid datang melanda satu dunia.
Tak sangka ya dalam sekelip mata, Covid-19 mengubah segala-galanya. Aku bernasib baik sebab hanya satu semester sahaja kena online distance learning (ODL) iaitu semester 6. Satu-satunya semester tak ada peperiksaan akhir sebab benda berlaku sangat mengejut. Tiba tiba terpaksa belajar secara online. Keadaan mungkin kelam kabut sikit memandangkan pihak universiti cuba cari jalan penyelesaian. Kesudahannya untuk semester tu memang tak ada peperiksaan akhir. Tapi assignment berlambak!
Kalau semester before covid, memang wajib ada peperiksaan akhir. Agak agak, aku dalam kategori apa? Tawakal? Last minit? Atau gifted? Jeng jeng jeng. Sudah pasti aku dalam golongan last minit HAHAHA. Seminggu sebelum peperiksaan bermula, baru kalut jawab soalan soalan past semester. Baru kalut buat nota, cari slides lecturers yang missing dan sebagainya.
Kalau UiTM, seminggu sebelum final exam, dia ada satu minggu yang dinamakan 'Study Week'. Masa study week itulah kalut buat semua. Pulunlah jawab semua soalan soalan past semester untuk semua subjek yang ada final paper. Letih tu memang letihlah, tapi berbaloi. Boleh tahu jenis soalan apa yang biasa ditanya dalam peperiksaan, boleh agak soalan apa yang bakal ditanya dan sebagainya. Tapi kadang-kadang, nasib tak menyebelahi diri kami (baca: aku dan classmates) juga bilamana kita target soalan tu akan keluar, tapi dia tak keluar 😂
Social Icons