Wednesday, 1 September 2021

Top Komentator Bulan Ogos 2021


Bertemu lagi dalam entri mencari seorang pemenang dalam kalangan Top Commentator di blog Atiqah Najihah bagi bulan Ogos 2021. Alhamdulillah, dari bulan Jun 2021 dan sampai Ogos 2021, aku masih konsisten dalam mencari seorang pemenang dalam usaha menghargai penat lelah korang semua yang sudi singgah, baca dan tinggalkan komen di blog aku. Eleh baru tiga bulan, cara cakap macam konsisten dah selama 3 tahun kikiki 😜

Walaupun hanya hadiah kecil yang mampu aku bagi, aku harap korang semua gembira dengan pemberian aku. Aku rasa semua dah boleh agak kan hadiah apa yang selalu aku bagi hehehe. Tak lain dan tak bukan mestilah hadiah berupa sebotol chocojar yang terdiri daripada pelbagai jenama.

Okey tak nak cakap panjang, meh kita tengok senarai Top Commentator bagi bulan Ogos di blog Atiqah Najihah. 


Top Commentator Ogos 2021

Sesiapa yang perasan, widget top commentator ni aku dah tak letak di sidebar main page macam sebelum ni sebab utamanya tak nak memberatkan main page blog aku. Jadi aku letak dalam page lain. Malas nak serabutkan banyak benda dalam main page pun iye juga. Cukuplah serabut dengan iklan AdSense hehehe.

Aku cuba sehabis mungkin untuk minimise main page blog sebab takut orang serabut bila singgah ke blog aku. Eh jap, macam menyimpang jauh dah dari tajuk asal entri ni kikiki. Sekali sekala, kira tak apalah kan? Kuikuikui.

Sunday, 29 August 2021

Tawakal? Last Minit? Gifted? Pilih Satu!


Tak ingat jumpa gambar ni dimana, tapi bila tengok gambar ni teringat zaman belajar dahulu kala. Bukan main ya dahulu kala, padahal baru habis belajar bulan Januari tempoh hari kikiki. Tapi, jujur aku cakap memang rindu suasana belajar di universiti before covid datang melanda satu dunia.

Tak sangka ya dalam sekelip mata, Covid-19 mengubah segala-galanya. Aku bernasib baik sebab hanya satu semester sahaja kena online distance learning (ODL) iaitu semester 6. Satu-satunya semester tak ada peperiksaan akhir sebab benda berlaku sangat mengejut. Tiba tiba terpaksa belajar secara online. Keadaan mungkin kelam kabut sikit memandangkan pihak universiti cuba cari jalan penyelesaian. Kesudahannya untuk semester tu memang tak ada peperiksaan akhir. Tapi assignment berlambak! 

Kalau semester before covid, memang wajib ada peperiksaan akhir. Agak agak, aku dalam kategori apa? Tawakal? Last minit? Atau gifted? Jeng jeng jeng. Sudah pasti aku dalam golongan last minit HAHAHA. Seminggu sebelum peperiksaan bermula, baru kalut jawab soalan soalan past semester. Baru kalut buat nota, cari slides lecturers yang missing dan sebagainya. 

Kalau UiTM, seminggu sebelum final exam, dia ada satu minggu yang dinamakan 'Study Week'. Masa study week itulah kalut buat semua. Pulunlah jawab semua soalan soalan past semester untuk semua subjek yang ada final paper. Letih tu memang letihlah, tapi berbaloi. Boleh tahu jenis soalan apa yang biasa ditanya dalam peperiksaan, boleh agak soalan apa yang bakal ditanya dan sebagainya. Tapi kadang-kadang, nasib tak menyebelahi diri kami (baca: aku dan classmates) juga bilamana kita target soalan tu akan keluar, tapi dia tak keluar 😂

Kuiz Sempena Hari Kemerdekaan Negara ke - 64

Dekat dekat nak merdeka ni, macam macam jenis kuiz muncul. Jadi bila dah ada kuiznya, kita pun dengan senang hati cuba menjawab. Nak tengok sejauh manakah tahap pengetahuan kita tentang kemerdekaan negara. Tapi serious talk, memang banyak benda dah aku lupa.

Sebelum sebelum ni bukan main lagi ya seketul atiqah najihah cakap suka sejarah, suka sejarah. Nah sekali bila jawab kuiz pasal kemerdekaan negara, hancur. Dah lupa semuanya. Apa benda yang ingat pun tak tahulah. Dulu masa sekolah, pantang ditanya oleh cikgu yang mengajar subjek Sejarah, memang laju je mulut menjawab dengan betul. 

Tapi tadi masa jawab kuiz, terkerut kerut dahi memikirkan jawapan apa yang betul HAHAHA. Dan hasilnya bolehlah tengok gambar dibawah hehehe.


Aku berjaya menjawab 14 soalan dengan betul dan salah 11 soalan. Yang betul itupun soalan-soalan senang, memang semua orang tahu jawapannya. Contoh soalannya, siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia, berapakah jalur putih dan merah dalam bendera Jalur Gemilang, tahun bilakah Malaysia merdeka, berapa lamakah Malaysia sudah merdeka dan sebagainya.

Memang senang. Kalau soalan begitu pun boleh salah, boleh dah slow slow tukar kewarganegaraan. Okeyy kita gurau hehehe.


Confident level seketul atiqah najihah tinggi sungguh ya bila aku jawab lima bilah keris dalam jata negara itu mewakili lima prinsip Rukun Negara. Mentang-mentang Rukun Negara ada lima, ingat lima bilah keris itu mewakili Rukun Negara lah? Salah ya teman teman. Lima bilah keris itu sebetulnya mewakili Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.