Saturday, 11 December 2021

Tealive ft Famous Coco Lava

Sebagai seorang peminat biskut Famous Amos dan Tealive, semestinya akan mencuba air keluaran baru Famous Amos dan Tealive. Collaboration. Biskut Famous Amos sedap sangat bagi aku walaupun agak mahal. Jarang jarang sekali membeli. 



Antara menu air baru yang dikeluarkan oleh Tealive hasil kerjasama dengan Famous Amos iaitu Famous Coco Lava, Famous Coco Smoothie, Famous Coco Toffee dan Famous Vanilla Smoothie

Semalam aku beli Famous Coco Lava di Shopee Food. Berbaloi ye beli dekat Shopee Food sebab banyak vouchers! Boleh reedem coins lagi! Kalau duduk di Terengganu, aku pencinta setia foodpanda tapi bila duduk di Putrajaya, aku dah tak pandang foodpanda. Bukanlah tak pandang langsung, tapi tak pernah lagilah membeli makanan di foodpanda since duduk Putrajaya bulan Oktober tempoh hari. 

Aku guna foodpanda bila nak membeli di pandamart. Makanan semua aku beli dekat kawasan rumah aku. Alhamdulillah sebab dikelilingi kemudahan yang banyak untuk membeli makanan. Cumanya tak tahu nak makan apa :')

Memang jauhlah beza antara air yang aku dapat dengan illustration dalam poster. 

Okey kembali kepada air, jujur aku cakap Famous Coco Lava ni biasa biasa sahaja. Bukan tak sedap langsung atau sedap sangat, tapi pertengahan. Not bad. Repeat? Mungkin tidak. Repeat perisa lain? Mungkin ya. 

Aku tak tahulah aku sorang je ke yang rasa macam ni, tapi air tu kadang-kadang rasa pahit, kadang okey. Biskut pun okey je. Awal-awal tersedak sebab biskut tersedut dengan laju. Even biskut tu dah dihancurkan macam serbuk tapi aku tetap tersedak kah! Haritu try yang Onde Onde pun tersedak jugak. Apa je yang aku tak tersedak 😂

Tengok dekat TikTok ramai yang cakap Famous Vanilla Smoothie tu sedap tapi terlampau manis. Mungkin boleh order next time. Tapi kena request nak slight sugar or half sugar only sebab takut diabetes memanggil manggil hahaha. 

Ada sesiapa yang dah pernah cuba? Sedap ke tidak?

Thursday, 9 December 2021

Morning Walk di Taman Wetland Putrajaya

Cerita dah basi which is hari Ahad lepas yakni Ahad dua minggu lepas, aku sempat menghabiskan waktu pagi dengan berjalan-jalan di Taman Wetland Putrajaya. Memang dah plan nak pergi Taman Wetland sebab nampak banyak good review daripada orang ramai. Yang penting nak masuk Taman Wetland tu tak ada dikenakan fee. Masuk percuma


credit: google.com

Sedikit info tentang Taman Wetland Putrajaya:


"Taman Wetland Putrajaya terletak di Presint 13 dengan keluasan 335.75 ekar. Taman Wetland dibangunkan selaras dengan matlamat untuk mengekalkan kehijauan serta mewujudkan Green Lung di dalam pembanguunan Putrajaya.''


Selanjutnya boleh baca disini: https://www.ppj.gov.my/second-menu/taman-wetland


Dalam google tulis Taman Wetland dibuka pada pukul 9 pagi hingga 5 petang. Tapi masa aku sampai dalam pukul 8.45 pagi, dah ramai orang. Disarankan untuk datang awal pagi sebab cuaca tak berapa panas. Tapi dalam pukul 10 lebih dah mula panas. 


Boleh pilih nak morning walk ke nak sewa basikal ke sewa tramp ke, itu semua bergantung kepada diri sendiri. Tapi bila dah sewa kan, mestilah ada harganya kan? Jangan risau, harga sewaan tak begitu mahal. Tapi ada sedikit perbezaan harga bagi weekdays dan weekend. Weekend mahal sikit tapi tak mahal sangat. Tak jauh mana pun harganya. Yang penting, nak bawa basikal sendiri pun boleh. Tak ada masalah. 


Nak tahu pasal harga sewa di Taman Wetland, boleh baca disini: https://www.ppj.gov.my/second-page/kadar-perkhidmatan-1


Aku tak sewa apa-apa sebab memang nak berjalan-jalan sahaja. Tapi next time kalau pergi lagi, boleh dipertimbangkan juga untuk sewa basikal sebab bila dah berjalan selama 3 jam 4 jam tu agak semput sis 😂  



Kawasan Taman Wetland ni besar gila. Aku rasa aku pergi tempoh hari tak sampai 50% kawasan taman yang aku jelajah. Jadi jawabnya next time kena pergi lagilah. Suasana yang tenang, udara yang segar. Itu first impressions aku bila sampai di taman. Penuh kehijauan.


Sadly, Look Out Tower tak dapat naik sebab under maintenance. Baru nak tengok keseluruhan taman ni. Tapi nak buat macam mana kan? Tak tahulah bila boleh naik sebab tak ada sebarang kerja-kerja pembaikan pun dijalankan. 

 

credit: google.com

Tapi tak mengapa, kita teruskan berjalan ke tempat seterusnya. Next location ialah tengok swan. Aku pun keliru kejap dengan angsa dan flamingo. Itik pun. Dekat sini boleh tengok ada pelbagai jenis swan yang sedang berehat. Pukul 11 pagi boleh tengok swan makan. Memang lagi ramai swan yang ada waktu makan. Time kami sampai tu dalam pukul 9 lebih. 



Antara swan swan yang ada di Taman Wetland.


Ini mereka. Duk sekelompok kat situ. Ada lagi yang lain-lain cumanya yang lain-lain tengah tidur. Yang dalam gambar atas ni je yang tak tidur, sibuk menjilat badan. Nak tunggu sampai waktu makan macam lambat sangat kan, so kami tak tunggu. Maybe lain kali lah tengok swan swan ni semua makan. 

Sebetulnya, tak banyak gambar aku ambil sebab nak menghayati keindahan taman. Ahhh gituu, padahal mengah sebab banyak berjalan 😂 Gambar banyak dalam kamera, tak transfer lagi so upload mana yang ada dalam telefon je.



Dekat sini macam air kotor sikit, itu yang putih tu binatang yang hidup ye, bukan replika ke patung ke hehehe.


Kita akhiri sesi entri morning walk di Taman Wetland dengan sekeping gambar tuan tanah. Tak pakai mask kejap demi dua tiga empat lima keping gambar. Masa ni pukul 9 lebih pun dah rasa panas. 

Kalau nak isi masa lapang dengan keluarga waktu hujung minggu, bolehlah pertimbangkan Taman Wetland sebagai salah satu tempat untuk family bonding. Boleh picnic. Kami jealous tengok orang Cina and Melayu dengan keluarga masing-masing duk berpicnic. Keluarga kami jauh. Last picnic masa tahun 2009. Last picnic dengan arwah mak sebelum meninggal. Since 2009 sampai lah Disember 2021 memang tak ada picnic dah. Sibuk dengan kehidupan masing masing. But never mind, as long as semua sihat, itu pun dah memadai. Alhamdulillah.

Sunday, 21 November 2021

Menabung di MAE

Menabung dalam MAE ni tak pernah aku fikirkan sebab dalam kepala asyik teringat akaun ASB dan Tabung Haji. Tapi bila fikir-fikirkan balik, kalau simpan dalam ASB, agak susah nak keluarkan duit (bagi kes emergency) sebab tak boleh nak transfer secara online. Kiranya kena pergi bank dan isi borang untuk keluarkan duit. Ini based on pengalaman aku masa tahun 2019. Tahun 2021 tak tahu lah macam mana.

Gaji kami masuk lambat ye teman teman, dalam 10 haribulan hingga 13 haribulan baru masuk. Nasib baik dapat owner sewa rumah baik hati. Minta pengecualian untuk bayar sewa bilik lewat sikit sebab gaji masuk lambat. Bukan saja-saja kami nak bayar lambat.  

Lepas dah gaji masuk untuk bulan pertama, terus fikir nak menabung di mana? Walaupun gaji tak sampai RM1500 lepas tolak KWSP dan SOCSO, tapi tetap kena menabung untuk masa hadapan ataupun masa emergency. Aku ni kuat berbelanja jugak, jadi nak tak nak kena belajar jimat cermat. 

Fikir punya fikir, ternampaklah dekat aplikasi MAE ni boleh create tabung. Tekan itu tekan ini, tiba tiba dah berjaya create satu tabung. Oh ye, MAE ni e-wallet. Best bila guna MAE ni sebab boleh tahu total expenses kita pada setiap bulan. Senanglah nak tahu berapa total kita berbelanja untuk makanan, shopping dan other expenses. 


Grey: Other expenses
Red: Food & Beverage
Blue: Medical
Yellow: Financial Services
Orange: Shopping

Total spent so far tu tak adalah ribu riban ye. Tapi bagi aku, memang bestlah sebab boleh trace macam ni. Boleh tahu total aku shopping dekat shopee berapa, dekat food & beverage berapa. Tak adalah duk fikir kemana pergi duit duit dalam bank aku empat hari empat malam 😂

Sambung cerita menabung di MAE, aku create satu tabung yang diberi nama Wishlist. Wishlist? Tak tahu lagi nak buat apa dengan duit menabung ni. Kahwin? Jeng jeng jeng. Tapi nampak macam nak tukar telefon sebab Iphone 6s sekarang ni masih berfungsi dengan baik cuma adalah jugak kadang-kadang timbulkan masalah. 


Selama 9 bulan menyimpan untuk dapatkan RM4000. Kalau sesiapa yang gaji besar, mesti gelak aje kan tengok tabung aku ni hahaha. Tapi tak apa. Aku menabung mengikut kemampuan aku. Aku ada flow menabung aku sendiri. Jangan nak ikut orang lain. Betul dak? Ayat sedapkan hati sendiri HAHAHA. Tapi betul lah, kalau aku menabung sampai 700+ 800+ sebulan, memang tak makanlah aku jawabnya. Sewa bilik pun dah RM350 :/

Jadi untuk dapat RM4000 dalam masa 9 bulan, aku kena menabung sebanyak RM444.44 setiap bulan. Auto deduction setiap 19 haribulan pada setiap bulan. Aku pun tak tahu kenapa aku buat RM4000 je. Kenapa tak RM5000 terus. Tapi RM4000 tu kira banyak dah bagi aku yang belum ada komitment kereta, rumah dan sebagainya (buat masa sekarang). Cuma komitment sekarang ialah bayar hutang pinjama masa belajar diploma dan degree iaitu PTPTN aje ler. 

Boleh keluarkan duit ke dari tabung incase nak pakai duit? 

Jawapannya, jangan risau, memang boleh! Kalau tak ada duit atau terdesak nak pakai duit, boleh je keluarkan duit dari tabung tu. Kalau ada duit lebih pun boleh masukkan lebih dalam tabung tersebut. Kiranya kalau aku ada extra duit sebanyak RM300, aku boleh fund tabung tu sebanyak RM300 tapi RM444.44 tu masih ditolak jugak dari akaun aku. Gituuuu. 

Jadi, moh lah kita tunggu sampai bulan Julai tahun 2022. Betul lah, penantian itu satu penyeksaan. Nanti dah cukup, dalam sekelip mata aje dah habis >.<