Korean Drama: The Uncanny Counters

Assalamualaikum and hi peeps! Today is the last day in February. Like seriously? On this day, nak cerita tentang drama Korea "The Uncanny Counters". Recently in Korea sedang hangat tentang hero drama ini iaitu Jo Byung Kyu. Dia terpalit dengan isu membuli rakan sekolah semasa di alam persekolahan. Boleh google tentang isu ini.

Korean Drama: The Uncanny Counters
Nah itu dia heronya. Article itu diambil dari allkpop.com. Apa apa pun semoga isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Okey now proceed to the drama. Before that, drama ni mempunyai 16 number of episode and 16 episode ni standard or normal episode for korean drama. Selain daripada Jo Byung Jyu, ada juga pelakon utama yang lain iaitu Kim Se Jeong, Yoo Jung Sang dan Yeom Hye Ran. 

Korean Drama: The Uncanny Counters
Drama ini berkisahkan tentang empat orang pemburu roh jahat (Counters) yang berkeliaran merasuki tubuh manusia yang jahat atau manusia yang mempunyai keinginan untuk membunuh manusia lain. 

Counters ini dipilih oleh spirit yang berada di Yung iaitu tempat di antara akhirat dan dunia sekarang. Spirit ini akan memasuki tubuh manusia yang berada dalam keadaan koma so bila spirit dah menguasai tubuh seseorang itu, secara automatik mereka yang koma itu akan sedar dan hidup seperti orang normal. 

Tapi in this case, mereka diberikan kuasa yang boleh melawan roh kuasa jahat. One day, salah seorang Counters telah dibunuh oleh roh kuasa jahat stage 3. Spirit yang berada dalam badan Counters yang mati itu akan keluar dan berlegar-legar untuk mencari tuan badan yang baru. 

Tapi entah macam mana, spirit itu berjaya memasuki tubuh Jo Byung Kyu sedangkan Byung Kyu ketika itu tidak koma. After that, Byung Kyu secara officialnya menjadi salah seorang Counters yang akan mengejar dan melawan roh kuasa jahat yang berada di Jungjin. Jadi, nak tahu lebih lanjut, boleh tonton di netflix. Selamat menonton!

10 comments

  1. Ramai yang review drama ni. Saya tak berkesempatan tengok lagi. Baru tahu ada isu tentang Jo Byung Kyu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya, not bad drama ni. Boleh diterima hehe.

      Delete
  2. Akak tak berpeluang tengok lagi 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe kak, nanti ada masa free akak marathon hehe :D

      Delete
  3. Macam best. Lama dah Tak layan drama Korea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. For me, not bad. Walaupun ada jugak lah part boring sikit hehe

      Delete
  4. Suka layan drama ini.. Nampak perkembangan watak hero dan juga rakan-rakannya.. Harap ada second seasons..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul, nampak perkembangan hero dengan kawan kawannya. Tapi dengar desas desus kalau ada season 2 nanti mungkin hero ditukar kepada orang lain sebab isu membuli :(

      Delete
  5. dah tengok. best juga :)

    artis korea sekarang tak habis dengan isu buli, tak tahulah betul ke tidak tapi kalau tak betul memang kesian sebab tak pasal karier diorang jatuh dengan isu macam ni.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)