Happy Belated Birthday!

Aci lah kan post lambat sehari? Memandangkan semalam mood tak berapa okey, memang tertangguh nak publish entri ni. Mood swing tak tahulah pasal apa. Pagi tu bangun subuh elok je, lepas tu sambung main telefon sebab memang tak plan nak keluar pergi mana-mana pun semalam sebab hari Sabtu dah keluar. Dengan tiba-tiba rasa nak sebak campur nak nangis. Tahu tahu basah bantal kikiki.

Hari Isnin yakni hari ni kami 'Bekerja dari Rumah'. Seminggu sekali akan work from home. Walaupun work from home, tak boleh tidur lena sesuka hati. Kena sambung kerja yang terbengkalai hari Jumaat lepas tu 😂 Banyak lagi data tak siap check. Ada dekat 500 lebih data lagi yang kena check. Mahu juling biji mata duk tilik data satu demi satu. 

Kenapa duduk rumah rasa laju sungguh masa berjalan? Kalau duduk dekat pejabat, puas duk tengok jam. Sudahlah sejuk, pakai sweater pun tak menjadi. Tangan bila dah start sejuk, memang badan automatik menggigil, memang lagi lambat kerja siap sebab nak menaip jadi lambat. Tapi kalau lepas lunch hour, waktu berjalan macam biasa. Tahu tahu dah balik! Cepat cepat kemas meja, shutdown komputer dan clock out. Tak payah rajin nak buat OT, kami under program MySTEP tak layak untuk claim OT hehehe.

Happy Belated Birthday!
Apa-apapun, Happy Belated Birthday to me! Masih jauh perjalanan hidup yang perlu dilalui dan ditempuhi, moga moga yang baik baik sahaja akan berlaku. Special thanks kepada arwah mak yang bersusah payah mengandung dan melahirkan diriku walaupun umur dah mencecah 42 tahun masa tu. I miss you! 💗


25 comments

  1. Happy belated birthday Atoqah. Senyum-senyum selalu.

    ReplyDelete
  2. Banyak gak sampai 500 nak kena cek. Hu2. Apa-apa pun, happy belated birthday tau Tiqah!!😁

    ReplyDelete
  3. 500 data mmg juling bijik mata.. haha

    happy birthday atikah! semoga terus sukses.. =)

    ReplyDelete
  4. Oh kerja dari rumah. Hehe akak sudah ucap semalam. Ya akak pun harijadi macam perasaan bercampur-baur. Kejap ok kejap tidak.

    ReplyDelete
  5. Hepi belated besday tiqah.. Semoga sentiasa sihat dan hepi selalu

    ReplyDelete
  6. Happy belated birthday! Semoga murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Wah birthday sama dengan Naruto xD

    ReplyDelete
  7. Akak ucapkan selamat hari lahir cik adik manis...semoga usiamu diberkati Allah...jd anak yg solehah.

    ReplyDelete
  8. Happy birthday adik
    Kak dah publish entry wish birthday adik di blog kak tau
    Nanti baca and komen ya

    ReplyDelete
  9. Happy befday AN syggg <3
    alaaa..ayat cam sedih jer..happy2 tau!

    ReplyDelete
  10. happy birthdayyy
    semoga sukses dlm kehidupan dunia dan. akhirat
    aaminn

    ReplyDelete
  11. Happy belated birthday, Atiqah. Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  12. Happy belated birthday Atiqah!

    ReplyDelete
  13. Happy belated birthday, Atiqah..

    ReplyDelete
  14. happy belated birthday, semoga happy, sihat dan kaya!

    ReplyDelete
  15. Happy birthday AN.. belum belated lagi.. Masih di minggu yg sama. Semoga Allah tempatkan arwah mak dikalangan yg beriman

    ReplyDelete
  16. Kesian AN. Tak dapat sambut bersama adik-beradik lain kali ni. Selamat hari jadi. 👏

    ReplyDelete
  17. Nak ucapkan happy birthday sekali lagi. Semoga yang baik baik je untuk Atiqah dan Allah permudahkan segala urusan Atiqah. Aamiinnn...

    ReplyDelete
  18. Selamat hari lahir Atiqah.. Didoakan agar awak sekeluarga dilindungi, dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.. Didoakan jugak agar semua impian awak akan dimakbulkan, Insha Allah, didoakan agar awak diberi kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah...

    ReplyDelete
  19. Hepi belated birthday Atiqah. Mood swing maybe sebab rindu family. Biasalah tu, di tempat baru pulak. Kalau akak turun putrajaya weekend kita g jalan-jalan ye. May all your dreams come true ya.

    ReplyDelete
  20. Happy belated birthday! Semoga diberi semangat yang cekal dan kuat. May Allah bless you :)

    ReplyDelete
  21. hai geng oktober! saya 7/10 baru ni, haha umur kita sebaya xD

    ReplyDelete
  22. Happy Belated Birthday! Moga dipermudahkan urusan selalu.

    ReplyDelete
  23. Happy Belated Birthday Atiqah! ^^

    ReplyDelete
  24. Selamat hari lahir tiqah.. semoga panjang umur dan sentiasa dalam rahmat dan lindungan allah. Sama la mak lahirkan kak nina masa umur 43 tahun

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)