Baru selesai baca Kapal Terakhir di Dunia Episode 1. Dah selesai lama dah yang sebetulnya tapi baru nak bagi review hehehe. First of all, entri kali ini panjang ya. Boleh skip kalau tak sanggup nak baca.
Sinopsis
Bokor, sebuah kapal besi gergasi yang asalnya dicipta untuk menghadapi bencana hujan tahi bintang menjadi satu-satunya tempat manusia berlindung. Meski terasing daripada ancaman dunia luar, penghuninya telah dijangkiti pelbagai jenis penyakit dan diasingkan mengikut sektor masing-masing termasuklah Aria dan adiknya.
Namun, kondisi adiknya lebih parah dan memerlukan rawatan segera. Beban Aria semakin terasa apabila bapanya sendiri tidak pernah mempedulikan mereka berdua.
Aria, yang hidupnya hanya demi Bokor dan keluarga, kian teruji apabila bapanya pula didapati telah melanggar peraturan. Dia dilema antara kepentingan keluarga atau keamanan seluruh manusia.
Ketika konflik kian memuncak, Aria tersedar sesuatu tentang kehidupan dalam Bokor - iaitu sentiasa ada harga besar yang harus dibayar demi kesetiaannya.
"Kau perlu pilih siapa yang kau perlu perangi, Aria."
Basically, buku Kapal Terakhir di Dunia (KTDD) Episod 1 mengisahkan kehidupan ribuan manusia di dalam sebuah Bokor (rujuk gambar diatas). Bokor ni memang besar, penulis gambarkan saiz sebuah Bokor ni ibarat sebuah pulau. Saiz Bokor kecil sedikit daripada Eiffel Tower dan tingginya pula hampir sama dengan ketinggian Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Di dalam Bokor, manusia dibahagikan kepada tiga jenis sektor iaitu Sektor Biru, Sektor Kuning dan Sektor Hijau. Mereka semua dibahagikan mengikut jenis penyakit yang mereka hidapi. Mana-mana sektor dilarang sama sekali untuk membanding-bandingkan penyakit antara sektor.
Di Sektor Biru, hanya manusia yang berpenyakit kulit sahaja yang tinggal di situ. Sektor Biru melakukan pekerjaan mengumpul sumber protein utama buat bekalan tenaga manusia di dalam Bokor. Pekerjaan yang mereka lakukan memerlukan mereka untuk keluar ke laut (keluar dari Bokor) dan berhadapan dengan serangan mugor dan jangkitan virus dari dunia luar. Senang kata, Sektor Biru ni pemburu laut.
Manusia yang tinggal di bahagian Sektor Kuning pula bertanggungjawab untuk membaiki kesemua mesin-mesin yang mengalami kerosakan. Mencipta mesin baru pun iye juga. Jadilah pencipta dan penyelenggara mesin.
Social Icons