Showing posts with label Kentucky Fried Chicken (KFC). Show all posts
Showing posts with label Kentucky Fried Chicken (KFC). Show all posts

Friday, 6 August 2021

Makan Petang Bersama Cheezy Popcorn Bowl dan Banana Ball dari KFC


Buka tutup buka tutup aplikasi foodpanda. Terasa nak makan kepci tapi tak tahu nak makan apa. Bukan kisah hari ini, tapi kisah beberapa hari yang lepas. Beli cheezy popcorn bowl dengan banana ball. 


Pernah makan banana ball sebiji je, memang ingat ingat lupa rasa dia macam mana, sebab tu aku beli banana ball. Nampak dari illustration gambar macam menarik! Tapi biasalah, gambar tak pernah tak gempak hihihi.



Abaikan request aku tu hehehe. Jumlah semua sekali ialah RM14.48. Ini kalau beli satu jenis lauk dah kenyang dah ni dengan nasi. Extra air teh peng. Tapi tak apalah, sekali sekala. Aku pun tak ada selera nak makan nasi sebab ulser dekat bibir. 


Terseksa nak makan oi. Dan rasa nak makan makanan mengarut. Mengarut bukan la makanan haram ye, mengarut macam makan kepci ke McD ke burger tepi jalan ke. Yang pasti bukan nasi. Tapi tetap makan nasi juga walaupun sikit. Sebab takut perut masuk angin. 


Cheezy Popcorn Bowl


Okey kembali kepada cheezy popcorn bowl, memang tak dapat dinafikan lagi, memang sedap! Makan time panas panas lagi double sedap! Aku lagi suka fries kepci. Sebab fries kepci memang lagi sedap dari fries McD ðŸ˜‚ Siapa setuju dengan aku? Angkat tangan sikit, kita geng! Hehehe. Ayam popcorn pun sedap! Tapi sikit sangat. Adalah dalam tiga atau empat ketul. Selebihnya fries.


Banana Ball


Banana ball? Bagi aku biasa biasa je. Sekali beli je. Lepas ni tak beli dah kot ðŸ˜‚ Baik aku beli cheezy popcorn bowl. Murah pun murah. Banana ball ni aku ambil yang lima ketul. Dia ada dua pilihan iaitu tiga atau lima ketul. Aku fikir pisang kan, dan makanan yang berunsurkan pisang memang favorite aku, jadi aku ambil lima ketul.


Dan lagi sekali, macam aku cakap, banana ball ni biasa biasa aje. Dia macam tak capai expectations aku. Entah. Macam ada kuranglah sikit. Inti pisang dekat dalam macam sikit je. Tapi overall okey je. Bukan aku cakap tak sedap langsung. Sedap tu sedap. Tapi biasa biasa je. Tapi kalau makan panas panas memang sedap.


Untuk beli kali kedua ke ketiga ke, tak akan beli dah kot. Tapi kalau cheezy popcorn bowl, memang antara menu sampingan wajib beli kalau beli makanan di kepci. Ini sekadar pendapat dari aku. Lain orang, lain citarasanya. Nak tahu, boleh cuba sendiri. Adios!

Nota jemari: Bilalah boleh blogwalking ni :/

Sunday, 16 May 2021

Kembali Bersiaran

Kembali bersiaran lagi kita dalam sesi "Penat bekerja tak akan pernah habis" hahaha. Penat betul sampai tak sempat nak blogwalking. Memang balik kerja, terus basuh baju, mandi, solat, makan dan tidur. 

Itulah rutin harian aku sejak bekerja ini. Kadang kadang teringin nak blogwalking tapi bila dah mendarat atas katil, terus belayar ke alam mimpi HAHAHAHA. Kadang kadang tak belayar ke alam mimpi pun, tapi dah best mendarat dah jadi malas nak bangun on laptop pula hehehe. 

Hari ini sempat on blogwalking itupun sebab hari ini kerja shift petang, pukul 4 petang sampai 10 malam. Shift untuk esok tak tahu lagi sebab tak keluar jadualnnya lagi. Harap harap dapat shift pagi, pukul 8 pagi. Best! Tenang betul. Customers tak ramai hohoho. Lagi satu, boleh balik pukul 5 petang. Malam boleh berehat hehehe.  

Masih berbaki 5 hari lagi bekerja sebagai contract staff KFC hehehe. Harap harap lah tak bersambung sebab dengar cerita seorang staff, mulanya dia pun start as contract staff juga, tapi lama lama dah jadi pekerja tetap dah. Ohhhhh, saya tidak mahu itu 😂

Bukan tak seronok, tapi itulah. Tak tahu nak terangkan macam mana. Dulu dah pernah kerja McD, dan sekarang KFC. Macam teringin pula nak cuba kerja di bidang yang bukan food & beverages hehehe. Tahu tak boleh memilih pekerjaan, nak nak zaman sekarang, susah nak cari kerja tapi macam mana nak cakap ya hahaha. 

Alhamdulillah, aku dah makin bertambah pro kendalikan cashier. Dah boleh ingat menu makanan yang dijual di KFC hehehe. Cumanya kadang kadang masih tertukar burgernya. Nampak burger macam sama tapi tidak rupanya. 

Masih struggle untuk pasang balik bekas minuman air milo, orange juice dan mangga lepas siap dibasuh HAHAHAHA. Buka pandai, tapi bila nak pasang balik dah lupa macam mana caranya aku buka. Terpaksalah minta bantuan orang lain. 

Aku kalau dah pandai, tak adanya saja saja minta perhatian orang suruh tolong pasangkan. Tapi masalahnya masih tak berapa nak ingat. Kalau tersalah pasang nanti kan, rosak pula mesin airnya. Jadi nak tak nak terpaksa minta tolong orang. Dapat yang sudi tolong, Alhamdulillah. Dapat yang terbalik biji matanya bila diminta pertolongan, terima sahajalah hahaha. 

Biasalah. Tak semua orang sudi menolong. Tidak begitu teman teman? Hehehe. Bayi yang lahir tak ada yang pandai terus berjalan kan? Begitu juga dengan aku yang baru masuk bekerja tak sampai seminggu.

Makanan? Hmmmmmm baru seminggu bekerja dah jemu ya Allah hahaha. Aku tak tahulah yang kerja dah bertahun tahun itu macam mana. Aku tak tahu kenapa, belakangan ini selera makan tak ada mana. Makan nasi tak pernah habis. Selalulah kena bebel dengan staff KFC yang rehat sekali dengan aku.

Even nasi minyak yang pihak KFC sediakan (catering) sempena Hari Raya Aidilfitri pun tak mampu dihabiskan. Makan tak sampai lima atau enam suap, terus rasa kenyang.

Satu suap itupun bukannya banyak sangat aku suap ke dalam mulut, memang sikit saja. Memang betul betul tak ada selera. Berat badan confirm turun! Punyalah susah nak naikkan satu kilogram, tapi nak turun satu kilogram itu senang betul! 

Masih banyak benda untuk diceritakan tapi takut jadi sesi luahan hati hahaha. Sampai ketemu di lain hari. 

Wednesday, 12 May 2021

Hari Kedua Bekerja dah Off Day

Hari Kedua dah Off Day | Ya teman teman, hari kedua bekerja dah off day. Off day bukan sebab aku yang minta tapi memang manager yang tetapkan. 10 Mei aku masuk shift petang iaitu pukul 5 petang sampai 2 pagi. Lama tak bekerja, badan asyik relax, tak ada buat kerja berat, jadi bila start kerja semalam, badan macam work shock juga hahaha.


Tak adalah berat sangat kerjanya, sebab aku ditugaskan duduk di bahagian cashier. Fuhhh first day dah kena ambil order customers! Mencabar juga sebab aku tak berapa fasih lagi dengan monitor cashier KFC tu. Menu KFC pun aku ingat ingat lupa 😂


Takut okey jaga bahagian cashier. Kalau duit dalam drawer tak cukup, memang kena potong gajilah jawabnya. Kalau bawah RM 10.00, boleh diterima lagilah. Dah kalau tak cukup sampai mencecah RM 100.00, mahu tak menangis teman teman?


Mula mula masuk blank sekejap sebab tak tahu nak buat apa, lepas itu manager ajar macam mana nak ambil order, eh lepas itu dibiarkan aku seorang diri uruskan cashier. Nervous. Nak ucap "Hai selamat datang, makan sini ke bungkus?" pun terketar-ketar! HAHAHA.


Suara dah macam perempuan melayu terakhir begitu. Tapi bila dah lama lama eh dah hilang suara ayu, suara letih dah keluar. Dia letih sebab tak boleh duduk, kena berdiri selalu. Lenguh pinggang yang utama, lenguh kaki itu biasalah. 


Bila balik kerja dan dapat baring atas katil, ya Allah nikmatnya! Balik kerja terus mandi dan solat isyak. Terus sapu minyak angin biar berangin satu badan! Lagi lena nak tidur. Memang lena sungguhlah sampai terbabas sahur aku :')


Menyesal lah tak sahur masa pukul 3 pagi sebelum tidur tu, tapi apa boleh buat. Terlajak tidur, sampaikan alarm telefon berbunyi pun tak sedar. Sampaikan kakak aku pun terbabas bangun pukul 7 pagi, cepat-cepat pergi mandi dan siapkan diri untuk masuk kerja. Itupun housemate merangkap kawan kakak aku yang kejutkan kami berdua. 


Dia dah pelik tengok bilik kami sunyi sepi saja, mujurlah dia tergerak hati pergi kejutkan kami. Kalau tidak, memang lambatlah kakak aku masuk kerja HAHAHA. Puasa 29 Ramadhan, tahap kelaparan sampai terketar ketar satu badan. Puasa 28 Ramadhan, berbuka makanan yang diberikan oleh KFC iaitu nasi kolonel (nasi ayam), ayam goreng satu ketul, air pepsi dan coleslaw. 


Bukan selera aku makan nasi tak ada lauk, memang makan nasi kolonel dengan ayam goreng semata mata. Tekak aku memang tak boleh nak telan kalau tak ada kuah. Makan nasi kolonel dalam tiga atau empat suap sahaja. Terus aku ratah ayam goreng seketul. Balik kerja, tidur dan terlajak sahur. Kesudahannya, satu badan terketar ketar. 


Memang tak pernah lah terketar ketar satu badan, memang dah cakap dekat kakak, rasa nak berbuka. Memang tak larat, nak muntah pun ada, pening kepala dan macam macam. Tapi Alhamdullilah, berjaya juga tahan diri daripada berbuka waktu tengah hari. 


Eh eh bila dah berbuka 29 Ramadhan, foodpanda rider hantar lambat pula makanan. Kita punyalah order awal awal, pukul 8 lebih baru dapat makanan. Rider ada cakap, dia berbuka sekejap tapi tak expect lah sampai 8 lebih baru dia hantarkan makanan aku. Apa boleh buat, benda sudah berlaku.


Okay kembali kepada pekerjaan, sepanjang jadi cashier, perkataan maaf tak henti henti aku sebut. Minta maaf dekat customers sebab tak jumpa cari menu 😆 Dah tak terbiasa lagi dengan monitor menu, memang tak jumpa carilah menunya. 


Mujurlah customers memahami situasi aku iaitu pekerja baru. Customers siap cakap "Tak apa adik, perlahan lahan, nanti salah tekan menu kena marah dengan manager pula kan."  


Kadang kadang, ada juga tanya pekerja KFC yang lama, dekat mana menu tu terletak. Nasib baiklah pekerja lama tak lokek ilmu nak ajar, walaupun ada yang macam tegas dan berlagak sikit, ala biasalah kan, ala ala senior. Kita junior kenalah bersabar. Tegas semasa bekerja itu biasa. Lepas habis waktu bekerja, okey saja dia bercakap dengan aku. 


Jadi semalam 11 Mei aku dah off day. Tak ada off day sampai tarikh aku habis bekerja iaitu 20 Mei sebab memang sekali sahaja off day nya. Sekarang dah satu negara terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi dah tak boleh dine in dah. Boleh takeaway sahaja.


Masih berbaki 9 hari sebagai contract staff raya for KFC 💦


Nota jemari 1: Esok shift petang iaitu pukul 3 petang dan balik pukul 12 tengah malam. 


Nota jemari 2: Arahan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu arahkan semua perniagaan tutup pada pukul 12 tengah malam pada malam hari raya, dan buka semula pada jam 1 tengah hari bagi raya pertama.

Monday, 10 May 2021

Contract Staff Sempena Hari Raya Aidilfitri di KFC

Contract Staff Sempena Hari Raya Aidilfitri di KFC | Apa macam tajuk post entri kali ini? Biar betul aku dah mula bekerja? Hehehe.

Alhamdulillah, aku diterima bekerja sebagai contract staff di Kentucky Fried Chicken atau biasa kita panggil KFC.


Alkisahnya bermula apabila aku ternampak iklan KFC mencari pekerja sempena Hari Raya Aidilfitri bila aku siap membeli di KFC. Belikan snack plate untuk kakak kedua aku sebelum dia bersalin tempoh hari. 

Keluar pintu, nampak iklan ditampal di pintu kaca KFC. Apalagi, terus ambil gambar. Fikir punya fikir, 06 May baru aku whatsapp person in charge untuk pengambilan pekerja ini. 

Aku ambil masa 5 hari untuk berfikir sama ada nak bekerja ataupun tidak 😂 Pengalaman bekerja di McD beberapa tahun yang lepas terimbau kembali HAHAHAHA.


Aku whatsapp person in charge pukul 4.25 petang, dan dalam masa dua saat, person in charge dah reply whatsapp aku. Laju betul! 

Dan hari khamis malam Jumaat, aku telah selamat ditemuduga oleh manager di KFC. Aku pergi lepas berbuka dalam pukul 9 malam macam tu. Temuduga pun biasa biasa sahaja. Lebih kepada briefing skop kerja di KFC nanti.

Ahhhhhhhhhhhh! Nervous! Poyo kan? Hahahaha. Aku dah lama tak bekerja, jadi macam ini lah. Nervous, takut, sakit perut dan macam macam lagi. Padahal ini bukan pekerjaan pertama aku.

Aku akan start bekerja bermula 10 May iaitu pada hari ini sehingga 20 May. 11 hari sahaja hehehe. Jadi nanti aku busy dan tak sempat nak blogwalking setiap blog untuk selama 11 hari. Tapi aku akan usahakan juga untuk buka blog setiap hari walaupun sekejap. Harap harap aku larat lagilah untuk blogwalking hahaha.

Aku dengan pekerjaan yang berunsurkan fast food restaurants memang tak boleh dipisahkan kan? Hahahaha. Dulu McD, dan sekarang KFC. Tak apalah, janji cari rezeki yang halal. Bukannya buat pekerjaan yang haram kan hehehe. 

Lepas ini nak kena cari tshirt putih, kasut hitam dan stoking hitam. Raya pertama dan kedua dibenarkan memakai baju raya tapi ya Allah susahlah nak buat kerja kalau pakai baju kurung. Nak bergerak ke sana ke sini dalam keadaan laju mungkin agak terbatas kan?

Tapi boleh saja kalau nak pakai tshirt putih, tak ada masalah. Tapi bak kata manager masa temuduga tempoh hari, nak terasa suasana hari raya, nak nampak comel masa hari pertama hari raya, elok pakai baju raya hehehe.

Okay kawan kawan bloggersku sekalian, wish me luck! 😛

Nota jemari: Nak kena ingat menu KFC lah lepas ini 😆