Friday, 8 October 2021

Minggu Pertama Went Well!

Salam hujung minggu teman temanku di alam maya! Kalau dulu duduk di Terengganu, Jumaat dan Sabtu dah weekend. Sekarang duduk Putrajaya, Sabtu dan Ahad lah weekendnya. Hari Jumaat hari yang paling ditunggu-tunggu sebab hari terakhir bekerja sebelum cuti hujung minggu 😆 Dulu tak kerja, hari hari cuti! Sekarang, duk menghitung hari bila nak weekend HAHAHA.

 
Alhamdulillah dah lima hari bekerja, semuanya masih berjalan dengan lancar. Kerja aku santai santai sahaja. Sebetulnya, aku masuk kerja ni under program MySTEP. Tahu tak MySTEP itu apa benda? Sedikit info, MySTEP ini adalah program yang diumumkan oleh Menteri Kewangan yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam ataupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Program dalam Belanjawan 2021.

Senang cerita, aku join program MySTEP dengan kontrak 3 bulan sampai 31 Disember 2021. Kalau belanjawan 2022 akan datang masih ada peruntukan untuk program MySTEP ini, kemungkinan kontrak aku akan disambung. Kalau tak ada peruntukan untuk Belanjawan 2022, mungkin habis sampai 31 Disember 2021 ini sahaja.

Kenapa kerja kalau kontrak 3 bulan je? Berbalik kepada entri sebelum ini, aku terima sebab nak cari pengalaman walaupun gaji tak berapa tinggi huhuhu. Malas nak mention berapa gaji yang dapat, kalau korang google, mungkin nanti korang akan jumpa berapa gaji yang dibayar bagi pekerja bawah program MySTEP ini.

Sunday, 3 October 2021

Top Komentator Bulan September 2021

 
Bertemu lagi dalam entri mencari siapakah Top Komentator di blog Atiqah Najihah bagi bulan September 2021. Tapi sebelum aku umumkan siapakah yang terpilih, aku nak minta maaf sebab bulan lepas (bulan September) aku tak banyak blogwalking ke blog korang. Tapi korang tetap singgah dan komen blog aku tanpa jemu.
 
In shaa Allah bulan Oktober ni aku usahakan juga untuk blogwalking ke blog korang walaupun aku dah start bekerja pada hari Isnin depan. Aku akan usahakan juga walaupun akan mengambil masa sedikit sebagai tanda menghargai usaha korang singgah dan komen di entri blog aku. 
 
Okey tanpa membuang masa, jom kita tengok siapakah 10 top komentator pada bulan lepas.

 
Kalau tak silap aku, banyak muka muka baru dalam top komentator bulan lepas iaitu Nadia, Kak Ezy, Ika.S dan juga Kak Nohas. Yang masih maintain berada dalam carta iaitu Kak Fiza, Kak Sal, Kak NA, Rabia, Bola Katok dan juga Kak Amie, keep it up! Hehehe.
 
Terima kasih yang tak terhingga sebab sudi singgah, baca dan komen di entri-entri aku tanpa jemu. Yang tak tersenarai pun aku ucapkan tahniah juga!

Okey jom kita tengok siapakah pemenang bertuah yang terpilih kali ini! Drum roll! Ala bayang sendiri lah ek drum roll macam nak umumkan siapakah pemenang nombor satu dalam rancangan Akademi Fantasia hehehe.

Saturday, 2 October 2021

Bulan Oktober Bulan Permulaan Hidup Baharu


Bukan niat diriku untuk menyepi, apatah lagi menghilangkan diri, cuma sedikit busy membuat persiapan diri untuk hidup sendiri. 
 
Sesuai dengan tajuk entri kali ini, bulan Oktober ialah bulan pertama bagi aku untuk memulakan hidup sendiri di tempat baru iaitu di Putrajaya. Alhamdulillah, hari Isnin lepas aku ada dapat tawaran bekerja dan aku bersetuju untuk terima tawaran kerja tu walaupun lari bidang dari apa yang aku belajar dari diploma sampai degree hehehe.
 
Tak apalah, kita cuba dulu. Cari pengalaman. Tanya family, family pun okey sahaja. Family pun suruh pergi je. Yang penting, pengalaman. Memang rushing jugalah sebab last minit dapat tawaran dan kena lapor diri hari Jumaat (01/10/2021) tapi aku minta tangguh. Jadi, hari Isnin depan yakni 04 Oktober 2021, aku akan laporkan diri buat pertama kalinya.
 
Aku bertolak dari Terengganu ke Putrajaya pada hari Jumaat semalam. Sampai Putrajaya, terus masuk bilik sewa. Abang kedua aku memang tinggalkan aku seorang diri dekat bilik sewa ni 😂 Abang, kakak ipar dengan anak saudara menginap di hotel. Tapi, tak ada masalah pun. Boleh lah aku sesuaikan diri dulu kan? Hehehe.
 
Jujur aku cakap, berat hati nak pergi awal awal sebab dah terbiasa duduk dengan kakak ketiga. Kakak ketiga aku pun macam tak bagi aku pergi, suruh aku duduk je di Terengganu. Cari kerja di Terengganu je. Tak payah lah pergi Putrajaya, katanya. Masa menaip ni pun rasa sayu sekejap mengenangkan kakak ketiga aku. Rindu. 
 
Ini kalau dia baca, memang kaw kaw kena ejek HAHAHA. Kakak kedua aku cakap, "Pergi lah dik, cari pengalaman. Jangan fikirlah si kakak ketiga tu, nanti kahwin, mu tetap kena tinggalkan dia juga.
 
Nervous. Takut. Dan macam macam lagi. Harap harap aku dapatlah bekerja dengan baik. Dapat buat kerja dengan baik. Moga moga semuanya akan baik baik sahaja. Doakan saya teman teman! Dan nanti aku blogwalking ya blog semua orang, mungkin akan ambil masa sedikit tapi aku akan usahakan juga ;)