Review Mangold Milkshake with Jelly & Sago from Tealive

Berkesempatan untuk mencuba menu baru keluaran Tealive iaitu Mangold Milkshake with Jelly & Sago! Tealive mengeluarkan satu siri minuman yang berasaskan buah mangga iaitu Mangold Series with Jelly and Sago.

Sebelum ni dah pernah mencuba Tealive ft Famous Amous. Jadi menu tu dah tak ada dan digantikan dengan Mangold Series pulak. Bosan ya tiap kali beli Tealive mesti beli Signature Brown Sugar! Punyalah fikir nak mencuba air lain tapi bila sampai depan kaunter, automatik mulut order Signature Brown Sugar.

Untuk Mangold Series with Jelly and Sago ni, Tealive memperkenalkan 4 jenis minuman yang berasaskan buah mangga iaitu Mangold Tea, Mangold Collagen Milkshake, Mangold Organic Oat Milk dan Mangold Milkshake

Review Mangold Milkshake with Jelly & Sago from Tealive
Harga:
  1. Mangold Tea: RM 8.80 (R) & RM 9.90 (L)
  2. Mangold Collagen Milkshake: RM 12.90 (L)
  3. Mangold Organic Oat Milk: RM 11.80 (R) & RM 12.90 (L)
  4. Mangold Milkshake: RM 10.90 (L)
Selepas fikir beberapa minit, akhir sekali aku pilih Mangold Milkshake. Mangold Milkshake gabungan pati mangga, susu, jelly dan juga sago. Aku beli di Shopee Food dengan harga RM 9.90. Jimat RM 1.00!

Review Mangold Milkshake with Jelly & Sago from Tealive
Dah nama air minuman berasaskan buah mangga, mestilah rasa mangga! Biasa makan boba kan? Tapi kali ini makan jelly dan sago sebagai pengganti boba. Sedap! Bagi aku, gabungan jelly, sago dengan mangga milkshake ni memang sedap! Memang masuk lah kiranya. Lembut je jelly dengan sago tu. Jelly dengan sago pun banyak. Air pun tak manis dan tak masam. Memang nice. Dan memang tak menyesal beli.

Next time boleh try menu Mangold Series yang lain pulak. Rasa nak try Mangold Tea pulak. Jadi korang yang nak rasa, boleh pergi beli sekarang sementara masih ada!

12 comments

  1. Lama nyaaa x singgah sini hehehe...
    Wow ada ternampak gak menu air baru ni, tp belum try lagi.. ada satu lagi yg stroberi kan...

    ReplyDelete
  2. mesti sedap ni, lagila bila ada mangga tuh

    ReplyDelete
  3. lama dah tak minum tealive. selalu order choc hazelnut je. takut nak rasa air lain sebab nanti tak sedap membazir je duit huhu

    ReplyDelete
  4. Ramai yang cakap sedap. Hari pertama keluar hari tu nak beli tapi dah terbeli teh ais dah. Sampai sekarang tak beli lagi. Nak order kat shopee food asyik out of stock je..

    ReplyDelete
  5. ada tgk menu baru ni..tk try lg...nmpk menarik tu

    ReplyDelete
  6. lamanya tak minum Tealive. orait nanti nak cuba. Akak tertarik nak cuba yang dengan oat milk tu. haha

    ReplyDelete
  7. Saya selalunya beli signature brown sugar pearl milk tea je sebab yang tu confirm sedap. Tak nak ambil risiko untuk yang lain.

    ReplyDelete
  8. Haritu rasa kawan punya. Sedap! Tapi saya tetap akan suka nak order coffee je kat tealive ni haha

    ReplyDelete
  9. Haritu ada singgah tealive jugak nampak banner promo mangold ni tapi itulah macam Atiqah jugak. Beli yang lain sudahnya. Hehe..next time lah cuba mangold ni.

    ReplyDelete
  10. Baru nampak iklan di stesen minyak Petronas semalam. Kalau tidak terlalu manis bagus juga.

    ReplyDelete
  11. Baca entri Atiqah ni terus terasa nak beli. Hari tu lalu depan kedai pandang promo ni sebelah mata je.

    ReplyDelete
  12. Nayamannya ...sluurrppp sluurrppp mango melintasi tekak.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)