Showing posts with label Drama. Show all posts
Showing posts with label Drama. Show all posts

Friday, 9 April 2021

Korean Drama: Hi Bye Mama


Korean Drama Hi Bye Mama | Sebuah drama yang bergenre komedi, kekeluargaan, fantasi, romantik dan kuasa supernatural dan ditayangkan pada 22 Februari hingga 19 April 2020 di siaran tvN. Drama yang dibintangi oleh Kim Tae Hee, Lee Kyu Hyung, Seo Woo Jin dan Go Go Byeol.

Info drama:
  • Tajuk: Hi Bye Mama
  • Pengarah: Yoo Je Won
  • Penulis: Kwon Hye Joo
  • Network: tvN
  • Episode: 16
  • Tarikh tayangan: 22 Februari hingga 19 April 2020
  • Negara: Korea Selatan

Sinopsis:
Cha Yu Ri (Kim Tae Hee) telah menjadi hantu setelah dia meninggal dunia 5 tahun yang lepas. Dia meninggalkan suaminya Jo Kang Hwa (Lee Kyu Hyung) dan anak mereka iaitu Jo Seo Woo (Seo Woo Jin). Untuk menjadi manusia semula, Yu Ri menjalankan projek reinkarnasi selama 49 hari. 
Kang Hwa merupakan seorang doktor pakar bedah. Dia merupakan seorang yang penyayang tetapi personalitinya berubah setelah kematian isterinya yang tersayang. Setelah 5 tahun, Yu Ri tiba tiba muncul di hadapan.
Barisan pelakon utama

Kim Tae Hee sebagai Cha Yu Ri

Lee Kyu Hyung sebagai Jo Kang Hwa

Go Bo Gyeol sebagai Oh Min Jung

Seo Woo Jin sebagai Jo Seo Woo 

Another drama yang best! Recommended! Drama air mata. Jangan lupa sediakan tisu okey. Setiap episode tak ada yang tak sedih. Aku tengok waktu malam before tidur, lepas tu ada scene sedih, memang menangis lah. Pergi kelas esok pagi, mata bengkak HAHAHA. 

Kronologi cerita:
Yu Ri meninggal semasa sedang sarat mengandung akibat dilanggar kereta. 
Yu Ri berkorban demi anak dalam kandungannya, dia suruh doktor selamatkan anaknya. 
Sepanjang 5 tahun dia menjadi hantu, dia sentiasa ada disamping anaknya sampai anaknya boleh tengok hantu. 
Suaminya lepas kematian Yu Ri, dah tak boleh nak lakukan pembedahan sebab tangan terketar, kesan daripada kematian isterinya. 
Kang Hwa kahwin dengan Min Jung sebab Min Jung ikhlas nak jagakan Seo Woo.Kemunculan Yu Ri selepas 5 tahun mati telah menimbulkan ketidakpercayaan dalam kalangan keluarga dan kawan kawan.
Yelah, dah mati kot, tiba tiba hidup kembali. Kalau dalam Islam, memang tak adalah macam ni hehehe. Jadi, kalau nak tahu selanjutnya, boleh tengok di kissasian.li ataupun Netflix. Ending dia sedih, aku tengok masa makan nasi pun boleh berjurai air mata 😂 

Untuk pengetahuan, Seo Woo sebenarnya lelaki tapi dalam drama ni, Seo Woo dijadikan sebagai watak perempuan. Comel je dia jadi lelaki ke perempuan ke, semua comel hehehe. Lagi satu, Soo Ae yang berlakon dalam Oh My Ghost pun datang as cameo dalam Hi Bye Mama ni. 

Ramai tak setuju dengan ending drama ni, tapi bagi aku, ending dia boleh diterima. Orang dah meninggal, biarlah dia pergi dengan tenang. Yang masih bernyawa, hidup mesti diteruskan. Idok begitu temen temen hihihi.

Masa ni Yu Ri dah nak pergi ke alam seterusnya

Antara yang sudah mati tapi masih berkeliaran di dunia

Soo Ae dalam Oh My Ghost as a cameo dalam Hi Bye Mama


Thursday, 8 April 2021

Korean Drama: Oh My Ghost


Korean Drama Oh My Ghost | Sebuah drama yang bergenre komedi, fantasi, romantik dan kuasa supernatural dan ditayangkan pada 03 Julai 2015 sehingga 22 Ogos 2015 di siaran tvN. Drama yang dibintangi oleh Cho Jung Seok, Park Bo Young, Kim Seul Gi dan ramai lagi. 

Info drama:
  • Tajuk: Oh My Ghost
  • Pengarah: Yoo Je Won
  • Penulis: Yang Hee Seung
  • Network: tvN
  • Episode: 16 
  • Tarikh tayangan: 03 Julai - 22 Ogos 2015
  • Negara: Korea Selatan

Sinopsis:

Na Bong Sun (Park Bo Young) merupakan seorang pembantu kafe. Bong Sun seorang yang pendiam, pemalu dan rendah diri sejak kecil lagi serta tidak mempunyai kawan. Dia mudah dirasuk hantu kerana neneknya seorang tukang bomoh/dukun. Suatu hari, dia dirasuk oleh hantu iaitu Shin Soo Ae (Kim Seul Gi) 
Kang Sun Woo (Cho Jung Seok) ialah seorang chef yang berjaya dan membuka restorannya sendiri. Na Bong Sun mempunyai perasaan cinta terhadap Sun Woo iaitu bosnya sendiri. Walaupun Sun Woo seorang yang tampan dan berkarisma, dia masih belum dapat melupakan bekas kekasihnya. Na Bong Sun mula mendapat perhatian daripada Sun Woo setelah Bong Sun dirasuk oleh Soo Ae.
Barisan pelakon utama:

Park Bo Young sebagai Na Bong Sun

Kim Seul Gi sebagai Shin Soo Ae


Cho Jung Seok sebagai Kang Sun Woo

Bagi aku, drama ni best. Recommended! Aku sendiri dah berapa kali repeat tengok. Plot drama ni tak berat bagi aku. Santai santai saja. Walaupun ada unsur hantu but do not worry. Tak seram pun! Hantunya tak adalah muka buruk pun. Muka manusia macam tu jugak rupanya hehehe. Soo Ae fikir dia masih berkeliaran di dunia sebab mati ketika masih anak dara tapi tu bukan sebabnya. Sebabnya korang kena tengok sendiri 😛

Bila Soo Ae rasuk badan Bong Sun, Bong Sun dah tak jadi diri dia sendiri. Dia jadi diri Soo Ae. Bertukar menjadi seorang yang periang, mudah berkawan, bergaul. Semua orang macam terkejutlah dengan perubahan diri Bong Sun termasuk Sun Woo. Tapi kalau ada kiss scene, si Soo Ae ni automatik akan keluar dari badan Bong Sun. Soo Ae mati pun ada kaitan dengan adik/abang ipar Sun Woo. 


Lagi satu yang aku minat dalam drama ni ialah Kang Ki Young. Dia ni merupakan salah seorang penghibur dalam sesebuah drama. Kalau ada dia berlakon, mesti best. Contoh drama lain yang ada dia berlakon, What is Wrong with Secretary Kim. Drama tu pun best!

Bekas kekasih Sun Woo

Bong Sun yang lemah *masa ni belum dirasuk oleh Soo Ae*

Soo Ae dikejar oleh penghalau hantu


Bong Sun lepas dirasuk berubah menjadi seorang yang gatal 😂

Wednesday, 24 March 2021

Korean Drama: Kingdom Series I & Series II


Kingdom | Ada yang dah tengok ke Season 1 dan Season 2 Kingdom ni? Aku baru je habis tengok kedua dua seasons. Akan datang special episode of this series yang diberi tajuk "Kingdom: Ashin of the North" yang dijangka keluar tahun ni jugak. Special episode ni akan fokus kepada karakter sokongan Ashin yang dilakonkan oleh Jun Ji Hyun

Jun Ji Hyun yang jadi mermaid dalam Legend of the Blue Sea dan kekasih alien dalam My Love from Another Star. Confirm best! Suka kalau Jun Ji Hyun tu berlakon sebab dia crack gila. Kepala masuk air betul hahaha.

Info:
  • Genre: Historical period, political drama, horror & thriller
  • Created by: Netflix
  • Based on: Adapted from webcomic series which is The Kingdom of the Gods
  • Starring by: Ju Ji Hoon, Ryu Seung Ryung, Bae Doo Na, Kim Sang Ho, Kim Sung Kyu, Kim Hye Jun
  • No of season: 2 season
  • No of episode: 12 episodes for 2 seasons

Sinopsis Season 1:
Permulaan cerita, raja meninggal disebabkan oleh penyakit cacar. Pada masa yang sama, permaisuri raja mengandung anak sulung. Ayah Permaisuri menyembunyikan kematian raja sehingga anaknya melahirkan anak sulung raja tersebut. Anak sulung permaisuri dikira lebih layak untuk menjadi pengganti raja berbanding putera mahkota sekarang yang ibunya dahulu hanyalah gundik raja. 
Raja diinokulasi dengan tanaman kebangkitan yang boleh bertukar menjadi zombi pada waktu malam. Raja diikat dengan rantai besi untuk mengelakkan raja memakan manusia yang ada disekelilingnya semasa bertukar menjadi zombi. 
Keadaan bertukar menjadi huru hara apabila ramai rakyat yang bertukar menjadi zombi apabila memakan daging manusia yang pernah digigit oleh raja semasa merawat raja. Rakyat tersebut memakan daging manusia kerana mereka kelaparan dan menyangka daging tu daging rusa.

Sinopsis Season 2:
Permaisuri raja telah mengumpulkan banyak wanita hamil di kediaman peribadinya. Wanita hamil akan dibunuh jika melahirkan anak perempuan. Sekarang, zombi bukan hanya bertukar pada waktu malam tapi cuaca yang sejuk pun mempengaruhi pertukaran zombi
Tujuh tahun kemudian, anak yang dilahirkan oleh permaisuri raja diangkat menjadi raja. Bekas putera mahkota dan beberapa orang pembantunya tiba di sebuah kampung yang kosong semasa menyiasat. Semasa di kampung itu, ada kelihatan seorang perempuan misteri bernama Ashin muncul di dalam sebuah rumah.

My thoughts:

Series ni best and worth to watch. Recommended. Rating pun tinggi. Bila terlampau gilakan kuasa, sampai sanggup sembunyikan kematian raja negara dia sendiri. Permaisuri raja pun sanggup menipu kehamilannya semata mata kuasa. Kuasa ni boleh buat orang baik pun jadi jahat kan tapi bukan semualah, hanya sesetengah manusia hehehe. 

Bagi aku, dalam series ni memang sebabkan kuasalah semua benda ni berlaku. Perebutan kuasa. Semua puak nak kuasa sampai sanggup jadikan raja tu zombi. Rakyat yang tak bersalah pun turut jadi mangsa keadaan. Ada anak hilang mak, ada isteri hilang suami dan sebaliknya. 

Tak reti sangat nak review drama tapi bagus aku berbaloi lah tengok. Pendek je episodenya, bukan macam drama Indonesia hehehe. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tonton di netflix. 

Wednesday, 10 March 2021

Korean Drama: Vincenzo


Assalamualaikum. Ada yang layan ke drama korea Vincenzo ini? Aku baru lagi tengok, baru episod 1. Drama still on-going dan sekarang dah ada 6 episod. So far so good sebab ada Song Joong Ki! 

Minat betul dengan dia since Joong Ki jadi ahli member Running Man dan dalam drama The Innocent Man. Good looking dan merupakan salah seorang bestfriend Lee Kwang Soo. 

  • Jumlah episod: 20 episod
  • Tarikh tayangan: 20 February 2021 - 26 April 2021
  • Waktu siaran: Saturday & Sunday, 9.00 p.m.
  • Network: tvN
  • Negara: South Korea
  • Bahasa: Korean

Sinopsis:

Pada usia 8 tahun, Park Joo-Hyeong (Song Joong Ki) pindah ke Itali setelah diambil sebagai anak angkat. Apabila meningkat dewasa, namanya ditukar menjadi Vincenzo Cassano dan menjadi seorang peguam yang bekerja untuk geng mafia sebagai kongsigliere. 

Vincenzo pulang ke Korea Selatan kerana perang antara kumpulan mafia di Itali. Di Korea Selatan, dia terlibat dengan seorang peguam perempuan iaitu Hong Cha Young (Jeon Yeo Bin). 

Cha Young seorang peguam yang sanggup melakukan apa apa sahaja untuk memenangi kesnya. Dan, Vincenzo Cassano telah jatuh cinta kepadanya.

Sinopsis tamat.

Nak tahu lebih lanjut? Kena tengok sendiri hehehe. Aku pun baru episod 1. Baru sampai scene Vincenzo sampai South Korea kemudian kena rompak dengan pemandu teksi. Banyak sangat drama korea sekarang ini sampai tak tahu nak tengok mana satu HAHAHA. 

Kadang-kadang tunggu dah habis semua episod, baru marathon tengok. Baru syok nak tengok. Tapi jenis tak menyabar macam aku ini, tengok jug masa on-going 😆

      

Antara barisan pelakon utama Vincenzo. Selamat menonton!

Nota Jemari: Boleh tonton di netflix

Sunday, 28 February 2021

Korean Drama: The Uncanny Counters

Assalamualaikum and hi peeps! Today is the last day in February. Like seriously? On this day, nak cerita tentang drama Korea "The Uncanny Counters". Recently in Korea sedang hangat tentang hero drama ini iaitu Jo Byung Kyu. Dia terpalit dengan isu membuli rakan sekolah semasa di alam persekolahan. Boleh google tentang isu ini.



Nah itu dia heronya. Article itu diambil dari allkpop.com. Apa apa pun semoga isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Okey now proceed to the drama. Before that, drama ni mempunyai 16 number of episode and 16 episode ni standard or normal episode for korean drama. Selain daripada Jo Byung Jyu, ada juga pelakon utama yang lain iaitu Kim Se Jeong, Yoo Jung Sang dan Yeom Hye Ran. 


Drama ini berkisahkan tentang empat orang pemburu roh jahat (Counters) yang berkeliaran merasuki tubuh manusia yang jahat atau manusia yang mempunyai keinginan untuk membunuh manusia lain. 

Counters ini dipilih oleh spirit yang berada di Yung iaitu tempat di antara akhirat dan dunia sekarang. Spirit ini akan memasuki tubuh manusia yang berada dalam keadaan koma so bila spirit dah menguasai tubuh seseorang itu, secara automatik mereka yang koma itu akan sedar dan hidup seperti orang normal. 

Tapi in this case, mereka diberikan kuasa yang boleh melawan roh kuasa jahat. One day, salah seorang Counters telah dibunuh oleh roh kuasa jahat stage 3. Spirit yang berada dalam badan Counters yang mati itu akan keluar dan berlegar-legar untuk mencari tuan badan yang baru. 

Tapi entah macam mana, spirit itu berjaya memasuki tubuh Jo Byung Kyu sedangkan Byung Kyu ketika itu tidak koma. 

After that, Byung Kyu secara officialnya menjadi salah seorang Counters yang akan mengejar dan melawan roh kuasa jahat yang berada di Jungjin. 

Jadi, nak tahu lebih lanjut, boleh tonton di netflix. Selamat menonton!