Showing posts with label MYSTEP. Show all posts
Showing posts with label MYSTEP. Show all posts

Monday, 1 August 2022

Hello August!


 Day 1: May it be a BETTER month

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan lapan. Berbaki empat bulan lagi sebelum tahun 2022 melabuhkan tirainya. Tak minta banyak, hanya berharap bulan Ogos dan bulan-bulan yang akan datang ini aku diberikan kembali semangat aku yang hilang since bulan June tempoh hari, diberikan kesihatan tubuh badan (since tengah bulan June aku selsema dan batuk), dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan dipermudah segala urusan nak nak urusan mencari kerja baru.

Misi mencari kerja giat dijalankan memandangkan contract dah nak habis iaitu bulan Disember ini. Memang ada empat bulan lagi tapi takkan nak cari last minit dak? Kalau banyak cable tak apalah jugak. Ini cable telefon je yang ada HAHAHA. Mystep ni tak tahu ada ke tidak tahun depan sebab semuanya bergantung kepada bajet tahunan negara (pendapat aku). And bagi aku, mystep ni sekadar mencari pengalaman bolehlah, tapi untuk kekal selamanya mungkin tidak. Jadi, doakan aku diberikan kemudahan dan kesenangan mencari kerja baru ye teman teman :)

Oh iya, bulan Ogos ni tak banyak public holiday pun kecuali 31 Ogos yang jatuh hari Rabu. Jadi, bertabahlah kita semua. Tapi sekarang pun sekejap je masa berlalu kan? Jadi tak terasa mana kalau cuti ke tak cuti (ini bagi diri akulah hehehe).

Apa-apapun, aku doakan korang semua diberikan kesihatan yang baik-baik selalu (sekarang ghisauuu banyak betul virus), dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan dipermudah segala urusan. 

Nota kaki: Jangan lupa terus berdoa. Jangan putus harapan dengan Allah kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Allah tak akan uji hambaNya kalau Allah tahu hambaNya tidak mampu menghadapi ujian tersebut. Sentiasa bersangka baik dengan Allah 💖

Tuesday, 8 March 2022

Gaji MySTEP Masuk Lambat?

Semalam sebelum tidur, aku log in blog melalui telefon macam selalu aku buat. Dah log in blog, memang akan buka google search console sekali sebab nak tengok perkembangan blog walaupun tak berapa nak berkembang HAHAHA. Tengah tengah belek google search console tu, nampak ada orang search ke apa eh nak panggil kalau macam ni?


Gaji MySTEP masuk lambat? Ya, benar sekali. Memang masuk lambat. Setiap 10 hari bulan baru masuk. Orang lain siap nak habis gaji pulak dah, tapi personnel MySTEP baru nak dapat gaji 😂 

Kalau ada yang bertanya kenapa masuk lambat? Aku sendiri tak ada jawapannya. Walaupun aku MySTEP di sektor kerajaan, tapi gaji kami semua tak masuk tarikh yang sama dengan pekerja kerajaan yang lain iaitu setiap 25 hari bulan. Ada jugak tanya personnel MySTEP yang dah lama bekerja, mereka pun tak ada jawapan untuk soalan itu.

Dan kami, setiap bulan wajib sediakan satu borang yang kami panggil 'Borang Output Bulanan'. Borang output bulanan ni kiranya macam log book di tempat kerja. Ala macam kita intern dulu-dulu kan, kita kena cerita dalam log book kita apa yang kita buat pada setiap hari. Haa lebih kurang macam tulah.