Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada semua Muslimin dan Muslimat yang merayakan pada hari ini.
Andai langkah membekas lara,Ada kata menusuk sukma,Ada tingkah menoreh luka,Maka maafkanlah kesilapan saya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada semua Muslimin dan Muslimat yang merayakan pada hari ini.
Andai langkah membekas lara,Ada kata menusuk sukma,Ada tingkah menoreh luka,Maka maafkanlah kesilapan saya.
Hari Kedua dah Off Day | Ya teman teman, hari kedua bekerja dah off day. Off day bukan sebab aku yang minta tapi memang manager yang tetapkan. 10 Mei aku masuk shift petang iaitu pukul 5 petang sampai 2 pagi. Lama tak bekerja, badan asyik relax, tak ada buat kerja berat, jadi bila start kerja semalam, badan macam work shock juga hahaha.
Tak adalah berat sangat kerjanya, sebab aku ditugaskan duduk di bahagian cashier. Fuhhh first day dah kena ambil order customers! Mencabar juga sebab aku tak berapa fasih lagi dengan monitor cashier KFC tu. Menu KFC pun aku ingat ingat lupa 😂
Takut okey jaga bahagian cashier. Kalau duit dalam drawer tak cukup, memang kena potong gajilah jawabnya. Kalau bawah RM 10.00, boleh diterima lagilah. Dah kalau tak cukup sampai mencecah RM 100.00, mahu tak menangis teman teman?
Mula mula masuk blank sekejap sebab tak tahu nak buat apa, lepas itu manager ajar macam mana nak ambil order, eh lepas itu dibiarkan aku seorang diri uruskan cashier. Nervous. Nak ucap "Hai selamat datang, makan sini ke bungkus?" pun terketar-ketar! HAHAHA.
Suara dah macam perempuan melayu terakhir begitu. Tapi bila dah lama lama eh dah hilang suara ayu, suara letih dah keluar. Dia letih sebab tak boleh duduk, kena berdiri selalu. Lenguh pinggang yang utama, lenguh kaki itu biasalah.
Bila balik kerja dan dapat baring atas katil, ya Allah nikmatnya! Balik kerja terus mandi dan solat isyak. Terus sapu minyak angin biar berangin satu badan! Lagi lena nak tidur. Memang lena sungguhlah sampai terbabas sahur aku :')
Menyesal lah tak sahur masa pukul 3 pagi sebelum tidur tu, tapi apa boleh buat. Terlajak tidur, sampaikan alarm telefon berbunyi pun tak sedar. Sampaikan kakak aku pun terbabas bangun pukul 7 pagi, cepat-cepat pergi mandi dan siapkan diri untuk masuk kerja. Itupun housemate merangkap kawan kakak aku yang kejutkan kami berdua.
Dia dah pelik tengok bilik kami sunyi sepi saja, mujurlah dia tergerak hati pergi kejutkan kami. Kalau tidak, memang lambatlah kakak aku masuk kerja HAHAHA. Puasa 29 Ramadhan, tahap kelaparan sampai terketar ketar satu badan. Puasa 28 Ramadhan, berbuka makanan yang diberikan oleh KFC iaitu nasi kolonel (nasi ayam), ayam goreng satu ketul, air pepsi dan coleslaw.
Bukan selera aku makan nasi tak ada lauk, memang makan nasi kolonel dengan ayam goreng semata mata. Tekak aku memang tak boleh nak telan kalau tak ada kuah. Makan nasi kolonel dalam tiga atau empat suap sahaja. Terus aku ratah ayam goreng seketul. Balik kerja, tidur dan terlajak sahur. Kesudahannya, satu badan terketar ketar.
Memang tak pernah lah terketar ketar satu badan, memang dah cakap dekat kakak, rasa nak berbuka. Memang tak larat, nak muntah pun ada, pening kepala dan macam macam. Tapi Alhamdullilah, berjaya juga tahan diri daripada berbuka waktu tengah hari.
Eh eh bila dah berbuka 29 Ramadhan, foodpanda rider hantar lambat pula makanan. Kita punyalah order awal awal, pukul 8 lebih baru dapat makanan. Rider ada cakap, dia berbuka sekejap tapi tak expect lah sampai 8 lebih baru dia hantarkan makanan aku. Apa boleh buat, benda sudah berlaku.
Okay kembali kepada pekerjaan, sepanjang jadi cashier, perkataan maaf tak henti henti aku sebut. Minta maaf dekat customers sebab tak jumpa cari menu 😆 Dah tak terbiasa lagi dengan monitor menu, memang tak jumpa carilah menunya.
Mujurlah customers memahami situasi aku iaitu pekerja baru. Customers siap cakap "Tak apa adik, perlahan lahan, nanti salah tekan menu kena marah dengan manager pula kan."
Kadang kadang, ada juga tanya pekerja KFC yang lama, dekat mana menu tu terletak. Nasib baiklah pekerja lama tak lokek ilmu nak ajar, walaupun ada yang macam tegas dan berlagak sikit, ala biasalah kan, ala ala senior. Kita junior kenalah bersabar. Tegas semasa bekerja itu biasa. Lepas habis waktu bekerja, okey saja dia bercakap dengan aku.
Jadi semalam 11 Mei aku dah off day. Tak ada off day sampai tarikh aku habis bekerja iaitu 20 Mei sebab memang sekali sahaja off day nya. Sekarang dah satu negara terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi dah tak boleh dine in dah. Boleh takeaway sahaja.
Masih berbaki 9 hari sebagai contract staff raya for KFC 💦
Nota jemari 1: Esok shift petang iaitu pukul 3 petang dan balik pukul 12 tengah malam.
Nota jemari 2: Arahan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu arahkan semua perniagaan tutup pada pukul 12 tengah malam pada malam hari raya, dan buka semula pada jam 1 tengah hari bagi raya pertama.
Zakat Fitrah | Ya zakat yang wajib di bayar di bulan Ramadhan al Mubarak. Alhamdulillah sudah selesai bayar zakat fitrah pagi tadi. Walaupun aku masih belum bekerja, tapi duit elaun yang abang kedua aku bagi setiap bulan, aku gunakan sedikit untuk membayar zakat fitrah bagi diri aku.
First time aku bayar zakat fitrah untuk diri sendiri tahun ini. Kebiasaannya abang kedua ataupun ayah aku akan bayarkan. Tapi tahun ini, aku cuba bayar sendiri. Tak mahal pun, dalam RM 7.00 sahaja.
Cara nak bayar pun senang dan mudah. Seperti sebutan ABC dan Alif Ba Ta hehehe. Aku bayar online sahaja melalui e-zakat Online MAIDAM. Senang betul proses pembayarannya, cuma isi maklumat diri dan bayar melalui bank pilihan kita. Tak sampai lima (5) minit sudahpun selesai.
Dugaan Kecil | Salam Ramadhan al Mubarak dan Salam 5 Ramadhan. Betul betul tak ada idea nak update sebab puasa kan, tak ada pergi mana mana kecuali bazaar.
Sepanjang lima hari berpuasa, tiga kali aku pergi bazaar. Hari Ahad, Jumaat dan Sabtu. Hari lain semuanya foodpanda hehehe. Biasa aku berbuka makan sejenis lauk sahaja, memang dari kecil lagi makan sejenis lauk pun dah memadai. Contoh, ayam masak merah pun dah cukup. Tak ada sayur pun tak apa.
Semalam berbuka beli sayur pucuk paku dengan ayam goreng RM 1.00 sebanyak empat ketul. Sahur makan roti gardenia sekeping sapu dengan kaya. Puasa hari ini betul betul letih dan kurang berdaya daripada hari sebelum sebelum ini. Letih dan kurang berdaya sebab apa? Sebab ulang alik ke tandas! Almost 20 kali aku pergi tandas since sahur.
Since sahur kawan kawan :') Sampai sekarang aku tengah taip pukul 7.07 petang, sampai sekarang perut masih sakit. Kalau tandas boleh bercakap, mesti dia akan cakap "asyik muka kau saja yang masuk tandas." 😂
Tak tahulah silap makan ke atau sebab apa. Nak cakap silap makan, apa yang aku makan, kakak aku pun makan. Sama saja makanan kami berdua. Tapi yang membezakan sahur pagi tadi. Kakak aku tak sahur makan roti, sahur makan makanan lain.
Tadi pergi bazaar pun dah terasa letih dan tak bermaya. Pergi bazaar pun tak senang sebab perut asyik memulas. Kakak suruh berbuka sebab suruh makan ubat since sahur aku dah membuang, air pun minum sikit masa sahur, memang banyak hilang air lah dalam badan. Tapi sayang! Sayang nak tinggal hehehe.
Ini nak makan pun tak tahulah ada selera ke tidak, rasa takut nak makan pun ada, sebab takut terbeli makanan yang dah lama, mana kita tahu kan? Tapi still membeli jugak di bazaar HAHAHA. Sebelum ini ada saja hari sakit perut tapi tak adalah melarat sampai ke petang pun, biasa lepas makan pil chi kit teck aun dah lega tapi since puasa tak boleh nak makan lagi, tunggu lepas berbukalah baru kita makan. Moga moga tak sakit dah lepas ini. Aamiin.
Kenangan Tarawih 2019 | Bila datangnya bulan Ramadhan al Mubarak ini, pasti tiba sekali dengan solat tarawih. Solat yang ditunggu tunggu sebab hanya ada semasa bulan Ramadhan sahaja.
Hari ini rasa nak berkongsi cerita kenangan tarawih masa tahun 2019. Tahun 2020 tak ada kenangan sebab Corona virus jadi tarawih tak dapat dilakukan di masjid, dan bazaar Ramadhan pun dibatalkan. Puasa tahun 2019, aku berpuasa di Seri Iskandar sebab masih belajar dan masa itu tengah semester 5 kalau tak silap aku hihihi.
Pagi petang pergi kelas macam biasa. Kalau tak ada kelas, buat assignment atau kalau tak ada assignment lagi, buat hal sendiri dalam bilik masing masing. Oh ya, aku as degree student tak duduk kolej dah, jadi kena sewa rumah yang berdekatan dengan UiTM.
Duduk satu rumah dalam lima orang. Empat orang classmates aku dan lagi seorang kawan kepada classmates aku tapi course yang berbeza iaitu course Estate Management (Pengurusan Hartanah).
Biasanya juadah berbuka ini kebanyakan harinya membelilah di bazaar. Kalau hari cuti atau hari tak ada kelas sampai petang barulah akan memasak. Lepas solat Maghrib, siap siap nak pergi solat tarawih di Masjid As Siddiq.
Masjid inipun berhampiran dengan rumah sewa juga. Jalan kaki dalam lima minit dah sampai ke masjidnya.
Kami berlima tak buat banyak pun tarawihnya, buat lapan rakaat dan witir tiga rakaat hihihi. Buat 8 rakaat terus balik rumah sebab imam masjid tu terus sambung tarawih. Balik rumah, kami berlima terus solat witir. Bergilir gilir jadi imam antara kami berlima.
Apa kenangan yang melucukan bagi kami semua? Kenangan terkejut disebabkan budak budak main mercun! Seorang saja yang terkejut, habis punah barisan makmum dibelakang HAHAHA. Biasalah musim puasa, bunyi mercun itu bunyi wajib lah kan.
Si housemate merangkap classmate aku yang namanya Akashah terkejut sebab bunyi mercun bola. Sangat kuat. Rasa macam budak budak baling dalam kawasan rumah aku saja. Lagipun kami semua solat di ruang tamu.
Aku walaupun melatah dan mudah terkejut, tapi aku still boleh tenangkan diri masa solat tu. Sebab kalau aku terkejut masa solat, biasanya aku terus pejamkan mata.
Kalau zaman sekolah menengah dulu, mungkin aku boleh bersilat kalau terkejut. Tapi sekarang Alhamdulillah melatah aku dah bertambah baik. Kalau terkejut, aku biasanya pejam mata sambil tutup telinga hehehe.
Si Akashah terkejut, dia boleh pergi gelak. Aku dengan si Fatihah pun dah terangkat bahu tahan gelak tapi tak boleh. Tetap tergelak juga. Tinggallah seorang makmum iaitu si Fitrah yang masih kukuh imannya.
Gelak kejap terus masuk saf balik sebab imam dah nak rukuk. Siap solat, sambung gelak. Semua salahkan si Akashah lah sebab dia punca. Kalau dia tak tergelak, aku dengan Fatihah takkan tergelak sekali hehehe.
Kenangan yang terakhir yang tarawih ialah makmum lagi laju daripada imam HAHAHA. Siapa makmumnya? Mestilah si Akashah. Dia dengar imam dah sebut Allahuakhbar dah, jadi dia terus bangun dan duduk antara dua sujud. Aku yang duduk tepi dia ternampak lah dia bangun dan duduk antara dua sujud dan terus sujud semula lepas sedar imam masih sujud.
Tapi Alhamdulillah, masa aku nampak dia bangun dan sujud semula, terus aku pejamkan mata. Tak nak kejadian terkejut bunyi mercun itu berulang kembali. Jadi sampai sekarang lah, asal puasa menjelma saja duduk terbayang bayang dua kejadian yang berlaku masa solat witir itu. Semuanya gara gara si Akashah 😂
Macam mana dengan kalian? Ada kenangan melucukan tak berlaku masa bulan puasa kalian? Mind to share? ;)
Ubat Yang Batalkan Puasa vs Ubat Yang Tidak Batalkan Puasa | Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma in shaa Allah 13 April ni, Dr Ahmad Samhan ada berkongsi tentang ubat ubatan dan beberapa prosedur yang boleh membatalkan puasa dan yang tidak akan membatalkan puasa jika dimakan. Macam biasa, aku nak kongsikan disini just in case masih ada yang keliru termasuklah diri aku hehehe.
Hadiah Top Commentator Bulan March 2021 daripada Blog AnakOmak6 | Alhamdulillah hadiah sempena top commentator bulan March daripada blog AnakOmak6 berjaya mendarat di Marang, Terengganu. Fast delivery from seller and courier. Hari Khamis, Kak Ret whatsapp dan bagitahu hadiah dah diposkan. Hari sabtu (semalam) tengah hari, abang ninjavan selamat delivered.
Alhamdulillah rezeki dapat menang sempena top commentator, walaupun haritu tak ada rezeki nak menang giveaway Kak Ret hehehe. Bak kata orang, rezeki tak pernah salah alamat. Begituuuuuuuu 😂
Alhamdulillah, semalam sudah selesai ganti puasa. Sekarang dah masuk 2 Syaaban, jadi tak lama lagi Ramadhan menjelma. Bulan puasa tahun lepas niat nak ganti puasa masa bulan Syawal.
Eh eh niat tak kesampaian HAHAHA last last bulan Rejab atau bulan Syaaban juga baru habis gantinya. Sesiapa yang belum setel hutang tinggal puasa, boleh dah ganti terus hehehe. Kalau tak sempat, kena bayar fidyah.
Apa itu Fidyah?
Fidyah itu DENDA ke atas seseorang umat Islam yang telah mencapai akal baligh kerana telah melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan hal hal lain yang berkaitan.
Kalau melibatkan hukum puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib semasa bulan Ramadhan atas sebab sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti sehingga masuk bulan Ramadhan pada tahun seterusnya.
Dari segi hukum, hukum fidyah adalah WAJIB. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia dikira satu tanggungan (hutang) kepada Allah s.w.t jika tidak dilaksanakan.
Kiraan fidyah:
Contoh: Aminah telah meninggalkan puasa selama tujuh hari kerana haid pada bulan Ramadhan 1438 H (2017).
Situasi 1: Aminah belum menggantikan puasa sehingga memasuki bulan Ramdhan seterusnya iaitu 1439 H (2018).
Formula kiraan: Bilangan hari tidak berpuasa x Kadar fidyah
7 hari x RM 4.00 = RM 28.00
Situasi 2: Aminah belum menggantikan puasa yang ditinggalkannya pada 1438, 1439 dan sehinggalah 1441 H. Aminah berkemampuan untuk menggandakan bayaran fidyah beliau.
Formula kiraan: Bilangan hari tidak berpuasa x Kadar fidyah x Berapa tahun yang ditinggalkan
7 hari x RM 4.00 x 3 tahun = RM 84.00
**3 tahun bermula dari 1439 hingga 1441 H.
Bayaran Fidyah dan Qada' Puasa bagi golongan ini?
*Rujuk jadual dibawah
Nak tahu selebihnya, boleh rujuk disini: Fidyah dan Bayaran Fidyah. Semoga kita diberikan kesempatan untuk berpuasa pada tahun ini 💜
Social Icons