Thursday, 10 March 2022

Main Teka Teka di Katapat Pada Setiap Hari

Main game Katapat pada setiap pagi ni dah jadi rutin harian dalam hidup aku hahaha. Sambil sambil tunggu bas nak pergi kerja, sempatlah main game Katapat ni. Korang tahu tak game Katapat ni game apa? 


Katapat ni dalam versi Bahasa Melayu. Kalau sesiapa nak main dalam versi English, boleh main Wordle. Sama sahaja. Konsep pun sama. Cuma yang membezakannya ialah Bahasa Melayu dan English. Aku malas nak sakit kepala pagi-pagi, jadi aku mainlah dalam versi Bahasa Melayu. Senang! 


Katapat ni game teka perkataan. Korang fikirlah perkataan apa yang ada 5 huruf dalam Bahasa Melayu. Contoh, tuala, lipas, cicak, askar, badan dan sebagainya as long as ada 5 huruf. 

Game Katapat

Dan gambar di atas tu adalah arahan game Katapat. Kalau huruf yang korang tulis tu bertukar menjadi hijau, maksudnya huruf tu memang berada dalam perkataan dan di tempat yang betul. Kalau huruf yang korang tulis tu bertukar menjadi kuning (ke warna apa tu?), maksudnya huruf tu ada dalam perkataan tu tapi kedudukannya tak betul. Dan last sekali, kalau huruf yang korang tulis tu bertukar menjadi kelabu, maksudnya huruf tu salah dan tak ada dalam perkataan tu.

Wednesday, 9 March 2022

Golden Salted Egg Chahan & Original Pudding from FamilyMart

Hari jumaat lepas pergi FamilyMart untuk beli makanan tengah hari. Dah tak berapa suka pergi cafe company sebab lauk yang sama sahaja dimasak setiap hari. Kadang-kadang tepu otak fikir nak makan apa. Memang boleh hafal lauk yang cafe masak setiap hari. Ini bukan aku seorang sahaja ya yang cakap pasal ni, even staff lain pun ada merungut benda yang sama. 


Alang-alang rehat hari Jumaat panjang, jadi aku pun pergilah FamilyMart. Mujurlah dekat je FamilyMart tu. Jalan kaki dalam 3 atau 4 minit dah sampai. Duduk termenung depan rak makanan sebab tak tahu jugak nak makan apa HAHAHA. Last-last ambil Golden Salted Egg Chahan.

 

Golden Salted Egg Chahan FamilyMart
Foresight

Golden Salted Egg Chahan FamilyMart
Close view

Itulah golden salted egg chahan yang berharga RM6.20. Kecil sahaja portionnya. Dan tak cukup. Lepas makan tu aku masih rasa lapar ya teman teman sebab sikit 😂 Udang pun 2 ekor je, size besar sikit daripada udang kering kikiki. 

Tuesday, 8 March 2022

Gaji MySTEP Masuk Lambat?

Semalam sebelum tidur, aku log in blog melalui telefon macam selalu aku buat. Dah log in blog, memang akan buka google search console sekali sebab nak tengok perkembangan blog walaupun tak berapa nak berkembang HAHAHA. Tengah tengah belek google search console tu, nampak ada orang search ke apa eh nak panggil kalau macam ni?


Gaji MySTEP masuk lambat? Ya, benar sekali. Memang masuk lambat. Setiap 10 hari bulan baru masuk. Orang lain siap nak habis gaji pulak dah, tapi personnel MySTEP baru nak dapat gaji 😂 

Kalau ada yang bertanya kenapa masuk lambat? Aku sendiri tak ada jawapannya. Walaupun aku MySTEP di sektor kerajaan, tapi gaji kami semua tak masuk tarikh yang sama dengan pekerja kerajaan yang lain iaitu setiap 25 hari bulan. Ada jugak tanya personnel MySTEP yang dah lama bekerja, mereka pun tak ada jawapan untuk soalan itu.

Dan kami, setiap bulan wajib sediakan satu borang yang kami panggil 'Borang Output Bulanan'. Borang output bulanan ni kiranya macam log book di tempat kerja. Ala macam kita intern dulu-dulu kan, kita kena cerita dalam log book kita apa yang kita buat pada setiap hari. Haa lebih kurang macam tulah.