Sunday, 1 January 2023

Main Games Online Secara Percuma di Mortgage Calculator


Lama dah rasanya tak main games sebab sibuk dengan urusan harian. Ecececey acah sibuk betul, kalah perdana menteri. Seminggu dua ni aku ada main games dekat Mortgage Calculator, best jugak lah sebab ada banyak pilihan mainan yang boleh dimainkan. Aku selalunya main dekat telefon je sebab lagi senang! Tak payah susah-susah nak buka laptop.

Dalam banyak-banyak games, ada beberapa games yang aku suka main! Aku repeat main acap kali jugaklah antaranya


Best! Sebab boleh tekan-tekan mesin wang tu walaupun tekan dalam game je hahaha. Kalau beli barang dapur dekat AEON kan, kalau aku nampak ada counter closed, aku akan tekan tekan mesin wang tu. Tekan kejap je pastu cepat-cepat lari sebab takut kantoi! 


Awal-awal game aku pening sikit, tapi bila dah lama main terus jadi mahir. Orang cakap practice makes perfect gitu. Sumpah tak complicated pun game ni, just tekan-tekan harga barang, berapa total barang, berapa jumlah customer bayar dan last sekali berapa baki duit customer. Budak darjah 1 pun boleh main ni aku rasa. 





Aku rasa aku pernah cakap yang aku suka main game mahjong walaupun dalam realiti aku tak pernah main pun. Tak tahu halal ke haram game mahjong tu(?) Selalu nampak Chinese main game mahjong. Jadi aku main dalam game je sebab bagi aku game ni macam cari pasangan gitu je. Bila dah ada cooking mahjong, aku pun try main. Lah! Rupanya kena siapkan menu makanan tapi dalam bentuk mahjong. Sebab tu nama game dia Cooking Mahjong.

Selamat Datang Tahun 2023!

Pejam celik pejam celik dah masuk hari pertama bagi tahun 2023! Happy New Year! Dah masuk tahun baru, maka bertambah satu tahun usiaku. Baru 10 Oktober tempoh hari sambut birthday yang ke-25, tup-tup masuk 01 Januari 2023 dah jadi 26 tahun walaupun belum official. Lagi empat tahun akan jadi 30 tahun. Unbelievable. 


Selamat Datang Tahun 2023!


Dari Atiqah Najihah 2022 kepada Atiqah Najihah 2023,


"Semoga dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah, diberikan kesihatan tubuh badan yang baik, dipermudah segala urusan, rezeki, pekerjaan, kehidupan, jodoh dan juga kematian kelak. Semoga dilindungi, dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t. selalu. Semoga dikurniakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat, dijauhkan daripada sebarang malapetaka dan penyakit yang berbahaya dan semoga terus tabah menghadapi sebarang ujian yang berlaku dalam hidup."


Kepada sesiapa yang membaca entri ini, aku doakan benda yang sama jugak kepada korang semua. Sesungguhnya perancangan Allah s.w.t. itu yang terbaik. Allah s.w.t tidak akan bagi apa yang kita mahu, tapi Allah s.w.t. akan bagi yang terbaik untuk hambaNya. Semoga terus sabar dalam meniti kehidupan pada hari ini, esok dan seterusnya.


Cakap pasal tahun baru kan, mestilah tak lupa nak tengok public holiday bagi tahun 2023. Mesti excited nak tahu bila puasa, bila raya puasa, bila raya haji kan kan kan?


Cuti Umum 2023


01    Januari

  1. Ahad, 01 Januari 2023: Cuti Tahun Baru (Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)
  2. Isnin, 02 Januari 2023: Cuti Tahun Baru (Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)
  3. Sabtu, 14 Januari 2023: Hari Keputeraaan YDPB Negeri Sembilan (Negeri Sembilan)
  4. Ahad, 22 Januari 2023: Tahun Baru Cina (Semua negeri)
  5. Isnin, 23 Januari 2023: Tahun Baru Cina (Semua negeri)
  6. Selasa, 24 Januari 2023: Tahun Baru Cina (Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu)


02    Februari

  1. Rabu, 01 Februari 2023: Hari Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya)
  2. Ahad, 05 Februari 2023: Hari Thaipusam (Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor)
  3. Isnin, 06 Februari 2023: Hari Thaipusam (Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor)
  4. Sabtu, 18 Februari 2023: Israk dan Mikraj (Kedah, Negeri Sembilan, Perlis & Terengganu)
  5. Ahad, 19 Februari 2023: Israk dan Mikraj (Terengganu)


03    Mac

  1. Sabtu, 04 Mac 2023: Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu)
  2. Ahad, 05 Mac 2023: Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu)
  3. Khamis, 23 Mac 2023: Awal Ramadhan (Johor, Kedah & Melaka)
  4. Khamis, 23 Mac 2023: Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor)