Betul lah apa yang aku rasa. Memang betul apa yang aku risaukan dan jangkakan iaitu akaun adsense akan suspended. Dan memang betul-betul terjadi 😂 Akaun kena suspended ni pernah berlaku dekat blogger Kak Shida. Punca akaun suspended adalah kerana multi clicking iaitu satu atau lebih pengguna click iklan di blog dengan berulang ulang kali.
Tak apalah kan? Nak buat macam mana? Cuba positifkan diri hahaha. Harap harap sebulan jelah akaun kena suspended. Moga moga tak berulang lagi sekali pada masa akan datang. Walaupun dah kerja, tak bermaksud aku akan lupakan blog aku. Adsense masih penting untuk aku as sumber pendapatan yang kedua walaupun tak cashout 100 USD setiap bulan pun.
Ngam ngam hari jadi aku 10 Oktober, aku dapat email ni. Spoiled mood sikit sebab iyelah bukan senang nak lulus adsense ni tiba tiba suspended. Ish lah siapalah yang duk click iklan kat blog aku ni. Jahat betul kome ye.
Aku tengok negara yang mostly click iklan di blog aku ialah United States dan juga Indonesia. Kalau United States tu memang beratus ratus yang click. Kalau pihak Google Adsense ada jumpa lagi policy violations sama ada dalam tempoh suspension ataupun selepas suspension tamat, besar kemungkinan akaun adsense aku akan disabled buat selama-lamanya.
Tapi tak apalah, tunggu jelah sampai habis tempoh suspension ni, sampai 08 November. Kita tengok macam mana ya :') Kalau disabled forever pun nak buat macam mana kan? Kita menulis macam biasa jelah kikiki.
Akhirnya selamat juga edit template baru. Padahal tak banyak benda pun yang diubahsuai kikiki. Kalau sesiapa yang masih ingat, aku pernah update entri iaitu teringin nak beli etsy template. Dan ya, hari ini dah selamat templatenya aku beli.
Sudahnya beli template lain yang jauh lagi murah HAHAHA. Dah beli baru rasa nak menyesal. Ahhhh tak payah nak menyesal sangatlah najihah, dah beli dah pun, kata aku kepada diri aku sendiri.
Bosan tak tahu nak buat apa, nak komen entri blog orang lain tak boleh sebab apa? Aku pun tak pasti. Bila nak komen, cakap sila cuba lagi. Frust jugalah, jadi kita pun merayaulah cuci cuci mata di etsy. Tiba tiba ter'proceed order' beli template. Ini kalau kakak aku tahu ni, mahu kena bebel. Bazir katanya.
Tak jauh beza pun template lama dengan template sekarang kan? Kalau ada perubahan pun hanyalah minor sahaja. Bukan major. Antara perubahannya ialah warna blog. Dulu pakai warna putih dan ungu pastel. Sekarang dah jadi putih semuanya. Perubahan yang lain tak ada dah kot, itu pasal aku cakap memang tak jauh beza pun dengan template lama.
Social Icons