Booster Dose Completed At Klinik Mediviron, Putrajaya

Setelah sekian lama tertangguh, akhirnya completed jugak booster dose. Aku pernah post entry pasal terpaksa reject booster appointment sebab lokasi yang jauh dari tempat aku tinggal sekarang which is Putrajaya. Dapat appointment di Terengganu memang terpaksa reject lah sebab malas nak balik Terengganu semata-mata booster hehehe. 

Lepas reject 24 January 2022 haritu, sampai ke sudah tak dapat appointment baru. Member aku ada jugak booster appointment, tapi tak sampai dua minggu dah dapat date baru untuk booster. Tapi aku punya sunyi sepi. Tapi tak kisah pun sebab aku memang dah aim nak walk in klinik swasta yang ada di Putrajaya je. Tangguh punya tangguh, 24 March 2022 haritu baru dapat suntikan booster di Klinik Mediviron, Putrajaya. Sebetulnya nak pergi klinik yang berhampiran dengan rumah aku (Presint 9) tapi sayang, klinik tu hanya terima Sinovac's clan je. Selain daripada Sinovac, kena pergi klinik lain untuk booster. 

Kawan pun suggest klinik yang dia pergi tempoh hari. Terus call dan set appointment nak booster hari yang sama tapi lepas habis waktu pejabat, dalam pukul 5.30 petang. Punch out pukul 4.30 petang, kelam kabut balik naik bas, solat dan tukar baju. Tunggu kawan datang ambil dan terus pergi klinik. Klinik tu berhampiran Alamanda. Memang tepi Alamanda je. Parking dalam Alamanda, then keluar pintu yang berhampiran Cold Storage. Jalan lagi dalam 2 ke 3 minit, terus sampai.  

Booster Dose Completed At Klinik Mediviron, Putrajaya

Nasib aku baik sebab masa aku sampai, tak ada pun patients. Yang ada doktor dan dua orang pembantunya. Serah kad pengenalan, isi borang sikit dan pap! Siap cucuk. Tak sampai 10 minit. Alhamdulillah tak ada kesan sampingan yang teruk lepas cucuk booster. Cumanya, sehari selepas cucuk (hari Jumaat) dalam tengah hari macam tu, tiba-tiba rasa tak bermaya. Rasa lemah badan. Tengah jalan nak pergi surau, tiba-tiba menangis sebab menggigil kesejukan 😂 Padahal pagi Jumaat tu elok je. Segar bugar je badan. 

Lepas balik kerja, check suhu. Tak demam pun. Temperature badan pun normal je. Tapi badan jelah rasa lemah tak bermaya. Selera makan pun kurang. Siap solat Isyak, terus tidur. Bangun keesokan harinya (Sabtu), Alhamdulillah dah tak lemah lemah dah. Kat tempat cucuk pun dah tak sakit dah. Dah boleh mengiring belah kiri dah (aku cucuk lengan kiri). Rasa macam leganya ya Allah. So next? Second booster pulak ke? Huhuhu. 

Nota jemari: Tiba tiba terbaca google review pasal Klinik Mediviron tu, banyak bad reviews. Tapi Alhamdulillah, masa aku haritu aku dapat layanan yang okey. Doktor perempuan kalau tak silap Dr. Siti Amira (maafkan aku kalau silap nama) pun okey je. 

12 comments

  1. Yeay...tahniah dah booster....

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah booster. harap tak payah la cucuk lagi pas ni. huhu

    ReplyDelete
  3. Ok juga suntik sebelum puasa.

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah dah dapat booster... tahniah tiqah!!

    ReplyDelete
  5. Tahniah! Welcome to the club 😁.

    ReplyDelete
  6. Jangan lupa injet yang keempat.. Hehe

    ReplyDelete
  7. Senang terus walk in. Nak tunggu entah bila date dia bagi kan. Lain macam kesan booster. Nasib baik lepas cucuk baru baca bad reviews. Kalau tidak, berdebar gak kan.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)