Showing posts with label Corona Virus. Show all posts
Showing posts with label Corona Virus. Show all posts

Saturday, 11 September 2021

August Performance on Google Search

Rasa macam dah terlewat sangat untuk update entri pasal performance blog untuk bulan Ogos, tapi gasaklah. Aku tetap nak update 😆 Sejak balik rumah sewa ni kena beralah dengan kakak ketiga aku. Dia banyak guna laptop aku sebab ada kerja yang perlu dia selesaikan, jadi susah juga lah untuk aku blogging. Waktu siang (waktu dia bekerja) aku malas nak blogging, malam lepas solat Maghrib baru syok nak blogging. 

Okey kembali kepada tajuk asal, masa mula-mula dapat email ni, memang excited sungguh perasaan masa tu. First time dapat. Aku memang dah lama tunggu dan akhirnya penantian aku berakhir. Begituuuu. Drama sungguh hahaha. 

Sebelum-sebelum ni hanya mampu tengok bloggers lain update entri pasal performance blog mereka. Dan kini tidak lagi. Aku dapat juga update entri pasal performance blog aku padahal tak ada apa sangat untuk diceritakan kikiki. 


Performance blog aku pada bulan Ogos on google search. Rasa macam wow sekejap bila tengok impressions tu sebab macam tinggi jugalah (bagi aku) hehehe. Clicks pun not bad lah, almost 2k juga. Tapi masih tak setanding bloggers lain lagi lah. Masih jauh lagi perjalanan blog aku.

Jujurnya, aku kurang faham antara Top Growing Pages dengan Top Performing Pages. Ada sesiapa yang faham mind to share apa beza antara dua tu?

Top growing pages di blog aku ialah entri tak boleh masuk kecuali dah cucuk dua dos vaksin. Ramai mencari mungkin nak tahu SOP terbaru bila nak masuk mall. Mungkin? Yang entri pasal Covid-19 Self Test Kits pun ramai juga ya yang click. Harga test kits dah murah sekarang ni kan, kalau tak silap aku RM 19.90. Ada sesiapa yang dah pernah buat ke? 

English movie Aftermath pun ramai juga yang click, aku harap yang baca entri tersebut tak marahlah ya sebab aku letak spoiler tapi aku ikut saranan Kak Sal untuk letak warning 'Spoiler Alert'. Sebelum ni aku tak letak, tapi lepas Kak Sal tegur, aku terus letak hihihi. Thanks Kak Sal sebab tegur! ;)

Tuesday, 24 August 2021

Kesan Sampingan Suntikan Kedua Vaksin

Empat hari berlalu selepas suntikan kedua vaksin dan aku masih mengalami beberapa kesan sampingan vaksin. Dalam pukul 12 lebih tengah malam, tiba tiba aku menggigil kesejukan. Memang betul-betul mengejut menggigil tu sebab sebelum tu memang tak menggigil langsung, tak sejuk langsung. Macam aku tulis dalam entri sebelum ni, aku sekadar minor headache dan lenguh tangan je.


Baca disini: Selesai suntikan kedua vaksin


Aku tengah blogwalking masa tu, tengah blogwalking blog kak fiza. Awal awal aku macam okey lagi tapi tak sampai 10 minit, dah rasa tak mampu nak mengadap laptop lagi, aku terus shutdown laptop dan selubung bawah selimut. Ingatkan selubung bawah selimut bolehlah redakan kegigilan (betul ke term aku pakai ni?) tapi tak berjaya. Aku still menggigil. Nak tutup kipas kan rasa lemas pula nanti sebab tak ada pengudaraan, tapi bila buka kipas rasa sejuk gila. Last last aku buka kipas juga tapi volume 1 dan pusingkan kepala kipas. Bagi kena sikit je dekat badan aku. 


Lama juga lah aku cuba tidur tapi tak tidur tidur. Tapi tak adalah tak tidur sampai ke subuh. Last aku tengok jam pukul 1:40 pagi. Celik mata pukul 3 pagi tapi sekejap je. Sambung tidur balik. Celik lagi pukul 3.20 pagi. Tidur balik. Celik lagi pukul 3.45 pagi. Tidur balik. Celik lagi pukul 3.55 pagi dan berterusan sampai pukul 5 pagi. Aku anggarkan dalam 20 kali kot aku terkejut dari tidur. Aku gelisah tak tahu nak apa.

Saturday, 21 August 2021

Suntikan Kedua Vaksin Sudah Selesai!

Alhamdulillah selesai juga akhirnya! Setelah sekian lama menunggu panggilan vaksin, 31 Julai 2021 baru dapat untuk suntikan pertama. Dan hari ini 21 Ogos 2021, telah selesai untuk suntikan kedua. Sejujurnya aku sangatlah nervous second dos vaksin ni. Tak tahulah teman kenapa teman nervous.


Baca disini: Selesai Dos Pertama Vaksin 



Nervous dia tak adalah sampai tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. Itu hiperbola semuanya hahaha. Sebab apa nervous? Sebab takut dapat kesan sampingan yang teruk. Jenis aku kalau demam, memang demam teruk sungguh. Bukanlah nak cakap orang lain demam tu demam olok olok. Tapi jenis aku memang macam tu. Sekali demam, suhu boleh cecah 39 darjah celcius. Sebab tu aku jarang demam. Bila dah demam, memang teruk demamnya.

Tuesday, 10 August 2021

Salam Maal Hijrah 1443

Assalamualaikum semuanya. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat seperti sediakala. Semalam kita dikejutkan dengan pemergian Siti Sarah yang telah selamat kembali kepada PenciptaNya setelah beberapa hari bertarung nyawa melawan virus Covid-19. Salam takziah untuk keluarga arwah Siti Sarah. Semoga arwah Siti Sarah berada dalam kalangan orang orang yang beriman. 


Walaupun tak pernah berjumpa, tapi bila dapat tahu berita kematian dia, tak tahu kenapa rasa sedih menjelma di hati. Membayangkan bayi kecil yang diberi nama Ayyash Affan yang belum sempat bertemu dengan orang yang mengandungkannya selama lapan bulan. Baca berita, makin ramai ibu ibu yang mengandung turut mengalami perkara yang sama seperti Siti Sarah. Berapa ramai yang dah kehilangan ibu bapa, datuk, nenek, adik beradik dan sanak saudara angkara Covid-19? Terlalu ramai. Sampai bila ni semua akan berlaku? Wallahualam. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui apa yang berlaku. 


Hari ini kita sihat, belum tentu esok pun kita akan masih sihat seperti semalam. Hari ini kita masih bernafas, belum tentu esok hari kita masih bernafas seperti hari hari sebelumnya. 


Apa apapun, sempena masuk tahun baru dalam kalendar Islam, aku ingin ucapkan Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam tidak kira dimana jua anda berada. Sudah memasuki 1443 Hijrah selepas waktu Maghrib semalam. 



Apa yang istimewa dalam bulan Muharram ni?


Bulan Muharram merupakan salah satu daripada empat bulan Haram. Lagi tiga bulan Haram ialah bulan Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah. Bulan haram ini bermaksud bulan bulan yang sangat dihormati dan dimuliakan. 


Berpuasa pada bulan Muharram juga merupakan puasa yang paling afdal selepas berpuasa pada bulan Ramadhan. Berdasarkan hadis Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Riwayat Muslim (1163) yang bermaksud:


"Dan puasa yang paling afdal selepas bulan Ramadhan ialah berpuasa pada bulan al- Muharram."


Bulan Muharram juga merupakan satu satunya bulan yang disifatkan sebagai bulan Allah swt berdasarkan hadis sahih. Sesebuah tempat, seseorang individu dan sesuatu masa apabila disandarkan kepada Allah, maka secara automatiknya ia menjadi mulia. 


Berpuasa pada 10 Muharram atau kita panggil Hari Asyura juga dianjurkan pada bulan Muharram. Berpuasa pada Hari Asyura menghapuskan dosa dosa kecil setahun yang berlalu (Riwayat Muslim 1162). Pada hari Tasu'a yakni pada 9 Muharram juga disunatkan untuk berpuasa oleh umat Islam. Hadis Nabi yang bermaksud 


"Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan, nescaya aku akan berpuasa pada hari ke-9 Muharram." - Riwayat Muslim 1134.


Dan akhir sekali, tak ada sebarang doa khusus dari Nabi saw dengan sifat doa awal tahun dan akhir tahun kerana penetapan awal tahun Hijrah juga dibuat selepas kewafafan Nabi Muhammad saw. Namun begitu, secara logiknya tak ada yang salah bagi seseorang itu untuk membaca doa meminta kebaikan dan kesejahteraan buat dirinya sebaik dia memasuki 1443 Hijrah. 


Sumber: Muhammad Fahmi

Tuesday, 3 August 2021

Selesai Dos Pertama Vaksin Covid-19

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga dapat vaksin! Dan berjaya cucuk vaksin pada 31 Julai 2021, pukul 12.50 tengah hari. Alhamdulillah semua proses berjalan dengan lancar. Walaupun ketibas (baca: ketiak basah) juga lah tunggu giliran nak masuk dewan utama ðŸ˜‚


Aku pergi pukul 10.20 pagi, beratur tak sampai lima minit, aku balik rumah semula sebab panjang sungguh barisannya! Memang terkeluar dari khemah. Dan cuaca pun agak panas walaupun baru pukul 10 lebih waktu pagi. Nasib baik rumah dekat, tak ada masalah untuk pergi dan balik hehehe.


Datang semula pukul 11.30 pagi. Untuk dos pertama, dah tak ada barisan panjang, siap ada kerusi kosong lagi. Okey kalini tak balik. Terus duduk dan tunggu giliran untuk masuk dewan utama. Nasib baik sampai awal sikit, sebab lepas aku sampai dan duduk, fuhhhhh terus ramai orang beratur untuk dos pertama.


Dos kedua tak payah cakap, memang lagi panjang barisannya. Oh ya, aku nampak dekat whiteboard, total penerima vaksin haritu ialah seramai 1198 orang. 498 orang untuk dos pertama iaitu Pfizer dan dos kedua seramai 700 orang untuk vaksin Sinovac. Tak kisahlah vaksin Pfizer ke Sinovac ke Astra ke janji vaksin. Betul dak? Hehehe


Dah sampai giliran masuk dalam dewan utama, segala proses berjalan dengan lancar. Ada ramai jugalah yang mengalami masalah dengan MySejahtera. Dan yes, kebanyakannya orang tualah yang alami masalah tersebut. Kasihan bila tengok sebab disebabkan ada masalah dengan MySejahtera, proses nak cucuk vaksin jadi lambat. Tapi nasib baik lah staff situ semua baik baik belake. Terang satu persatu kepada mak cik pak cik yang agak blur. Tolong tuliskan bila ada seorang mak cik ni tak reti menulis. 


Setel isi borang apa semua, pap! Selesai cucuk di tangan kanan. Aku pilih tangan kanan sebab aku fikir waktu tidur, aku banyak mengiring belah kiri. Waktu lain? Aku tak fikir HAHAHA. Walaupun aku kidal, tapi aku banyak juga gunakan tangan kanan. Kadang bila difikirkan balik, ish apa hal aku pergi minta cucuk tangan kanan, tapi tak apalah. Dah cucuk dah. Dah selamat dah masuk dalam badan aku. Second dos nanti try cucuk kiri pula. Tengok macam mana hehehe.


Ruangan menunggu sementara nama dipanggil untuk ambil kad vaksin

Second dos aku 21 Ogos nanti. Tiga minggu dari dos pertama. Kesan sampingan? Alhamdulillah tak ada sakit kepala ke mengantuk ke lapar ke cuma lenguh dekat tempat cucuk je. Lenguh lenguh tu okey lagilah. Lain orang, lain kesan sampingannya kan? 

Ada terbaca tak berita yang mengatakan penerima vaksin Pfizer mungkin akan dicucuk sampai suntikan ketiga. Ini antara petikan yang aku petik dari Astro Awani yang bertarikh 09 Julai 2021.


"PFIZER merancang untuk meminta Badan Kawal Selia Amerika Syarikat meluluskan dos vaksin tambahan ketiga atau booster (penggalak) pada bulan hadapan. Dalam kenyataannya, Pfizer menjelaskan ia adalah berdasarkan bukti terdapat risiko jangkitan semula yang lebih tinggi setelah enam bulan menerima suntikan. Menurut Pegawai Saintifik Pfizer, Mikael Doksten, faktor penyebaran varian Delta yang mudah menular juga menjadi penyebab perlu dos booster itu."


Ada baca juga mungkin perlu dicucuk setiap tahun.  Aduhai, nak buat macam mana kan kalau betullah apa yang ditulis. Bukan saja saja cucuk kan? Ala setakat cucuk ni okey lagilah, bukan kena bedah pun! So chill. Small matter begituuuu kauuuuu hehehe. Apa apa pun, aku doakan yang masih menunggu panggilan vaksin pertama akan segera dapat panggilan vaksin. 


Kalau boleh walk in, walk in je. Aku pun walk in juga ni. Hari kejadian baru naik di MySejahtera tarikh appointment untuk dos pertama. Aku dapat vaksin inipun sebab anjuran negeri Terengganu. Kalau bukan sebab ni, tak tahulah bila aku akan dapat vaksinnya. Jadi akhir kata, semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Take care dan stay safe semuanya! 


Nota jemari: Maaf ya tak sempat nak blogwalking lagi. Tunggu online pakai laptop, baru aku terjah blog semua orang! Inipun update pakai telefon, agak tak best ya

Tuesday, 27 July 2021

Covid-19 Self-Test Kits


Semalam dah share pasal isu vaksin kosong beserta tatacara vaksinasi, dan hari ini nak kongsi Covid-19 Self-Test Kits yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Covid-19 Self-Test Kits ini membolehkan individu untuk membuat ujian saringan sendiri untuk Covid-19 dan mendapatkan keputusan yang cepat

Dua Covid-19 Self-Test Kits yang diluluskan ialah:
  • Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test (sampel air liur dan hidung) by Reszon Diagnostic International Sdn Bhd Malaysia
  • Gmate Covid-19 Ag Saliva for home use by Philosys Co Ltd, Korea Selatan


Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test merupakan kit buatan pertama bagi Malaysia. MyMedKad menyatakan bahawa bahawa ia adalah satu-satunya self-test kits yang tersedia untuk orang ramai yang akan mempunyai integrasi dengan MySejahtera. 

RT-PCR vs RTK Ag Tests

Untuk makluman, RTK Ag test boleh menghasilkan keputusan negatif palsu jika kepekatan antigen terlalu rendah atau sampel diambil dengan tidak betul. Oleh itu, ujian ini hanya boleh digunakan untuk pemeriksaan segera sahaja. RTK Ag test hanya berharga RM 40 sahaja dan boleh dapat keputusan yang cepat. 

Untuk mendapatkan ujian pengesahan, seseorang mesti melakukan RT-PCR di klinik atau hospital. Ujian RT-PCR biasanya berharga sekitar RM 190 hingga RM 240 dan keputusan akan keluar dalam masa 24 jam. 

Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test

Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test adalah ujian yang menggunakan sampel air liur dan sampel hidung untuk mengesan kehadiran antigen SARS-CoV-2. Jangan risau, sampel hidung untuk RTK Ag test tak perlu sampai dalam masuknya, cukup sekadar masuk sedalam 2 centimeter sahaja.

Macam mana nak guna Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test


  • Kalau nampak ada satu line merah di sebelah 'C', bermaksud keputusan anda adalah negatif.
  • Tapi, kalau nampak ada satu line merah di sebelah 'C' dan di sebelah 'T' (walaupun pudar), bermaksud keputusan anda adalah positif.
  • Sekiranya anda tidak melihat line merah di sebelah 'C' tapi ada line merah di sebelah 'T', bermaksud ujian anda tidak sah. Boleh cuba lagi sekali.

Gmate Covid-19 Ag Saliva

Gmate Covid-19 Ag Saliva hanya menggunakan sampel air liur untuk mengesan kehadiran antigen SARS-CoV-2. 

Macam mana nak guna Gmate Covid-19 Ag Saliva

Gmate Covid-19 Ag Saliva hanya mempunyai lima cara sahaja tetapi anda mesti membilas mulut anda dengan air terlebih dahulu. Tidak boleh makan, minum atau merokok 30 minit sebelum membuat ujian. 


Dan keputusannya adalah sama seperti Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test.

  • Kalau nampak ada satu line merah di sebelah 'C', bermaksud keputusan anda adalah negatif.
  • Tapi, kalau nampak ada satu line merah di sebelah 'C' dan di sebelah 'T' (walaupun pudar), bermaksud keputusan anda adalah positif.
  • Sekiranya anda tidak melihat line merah di sebelah 'C' tapi ada line merah di sebelah 'T', bermaksud ujian anda tidak sah. Boleh cuba lagi sekali.

Murah! Hanya RM 39.90 sahaja kalau nak dibandingkan dengan harga swab test. Dan boleh tahu keputusan dalam masa yang singkat. Kakak aku pun macam nak beli juga self-test kits ni, simpan dekat rumah. Anything, boleh check dekat rumah dulu.  Kalau swab test di klinik atau hospital, kena tunggu dalam masa 24 jam. Nak menunggu tu memang tak senang duduk. Asyik terfikir je kan? Macam housemate akulah.

Sabtu lepas buat swab test lepas salah seorang pesakit yang pernah berjumpa dengan housemate aku positive Covid-19. Walaupun housemate aku dalam kategori low risk sahaja, tapi dia tetap buat swab test. Dan Alhamdulillah, keputusan swab test dia negatif. Risau juga kalau positive, habislah satu rumah termasuk aku kena swab test sekali.

Kena swab test tu tak kisah, yang kisahnya keputusannya nanti samaada negative ataupun positive. Sudahlah aku seorang je yang belum dapat panggilan vaksin, yang lagi empat orang dah selamat dah dengan dua dos vaksin. Bulan April lagi dah selesai semuanya vaksin memandangkan mereka semua frontliners walaupun dalam bidang farmasi (ubat-ubatan). 

Dan sekarang, kakak aku dah masuk department ward. Lagilah terdedah dengan pesakit di dalam ward. Minta mintalah baik baik sahaja. Aku ni dahlah satu katil tidur dengan kakak aku, tapi Alhamdulillah setakat hari ini aku masih sihat walafiat. Tak ada demam ke sakit tekak ke atau simptom simptom lain. Dah lama dah tak jenguk luar rumah. 

Memang tak pergi mana mana pun. Kalau dulu, rajin juga turun beli lauk tengah hari dekat kedai bawah, tapi sekarang tak ada dah. Memang foodpanda atau grabfood semuanya. Kalau rajin, masak. Memang nak elakkan keluar rumah. 

Lately ni, kes di Terengganu agak tinggi dari hari hari biasa. Tapi tak adalah kes setinggi di Selangor atau Kedah yang cecah ribu kes. Terengganu yang cecah 300 kes pun dah risau, dah gusar inikan pula yang cecah 7000, 8000 ribu kes dalam masa sehari. Fuhhh! Minta dijauhkanlah. Nauzubillahminzalik. 

Apa-apapun stay safe semuanya! 

Monday, 26 July 2021

Isu Vaksin Kosong?

Dua tiga hari lepas tular satu kes di Malaysia dimana ada beberapa orang membuat laporan polis berhubung isu suntikan vaksin Covid19 kosong disebabkan kecuaian. Tapi menurut Berita Harian, hanya satu kes daripada 13 laporan polis yang dibuat berhubung isu tersebut.


Boleh terjadi ya kes cucuk vaksin kosong ni. Dan memang berlaku di pusat pemberian vaksin (PPV) Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah. Amaran juga sudah diberikan kepada jururawat terbabit dan akan dikenakan tindakan tatatertib oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Lepas tular isu cucuk vaksin kosong, ramai yang berkongsi di laman twitter yang mengatakan bahawa ibu bapa mereka berasa risau selepas cucuk vaksin sebab tak ada kesan sampingan macam orang lain. Risau dapat vaksin kosong. 

Tapi jangan risau, kesan sampingan ini berbeza antara satu sama lain. Ada yang akan demam lepas cucuk, ada yang sihat walafiat. Ada yang lenguh tangan lepas cucuk vaksin dan mungkin juga boleh jadi ada yang tak ada lenguh lenguh pun.

Jadi, untuk mengelakkan kekeliruan berulang, penerima vaksin boleh dan dibenarkan untuk merakam proses pemberian vaksin. 

Sumber: Berita Harian

Tapi itulah, kalau yang remaja dan muda mudi bolehlah buat video semasa proses pemberian vaksin tu. Tapi kalau ibu bapa yang dah tua? Mana retinya nak rakam rakam semua tu.  

Tapi apa-apa pun, aku ada nak share tatacara vaksinasi bagi sesiapa yang belum cucuk vaksin lagi (termasuk aku) hehehe. Puas menunggu bilalah giliran aku pula untuk dapat vaksin. Tapi aku akan tetap menunggu. Macam tengah tunggu kekasih, eh tiber! Kah! Setiap hari buka dan refresh MySejahtera, tapi masih belum ada panggilan. 


Standard of Procedure (SOP) Penyuntik Vaksin

  • Tunjuk jarum suntikan yang telah diisi dengan vaksin mengikut kuantiti yang ditetapkan kepada penerima vaksin
    • Pfizer: 0.3 ml
    • AstraZeneca: 0.5 ml
    • Sinovac: 0.5 ml
  • Suntik vaksin dengan sempurna
  • Tunjuk jarum suntikan yang telah dikosongkan kepada penerima vaksin

Standard of Procedure (SOP) Penerima Vaksin

  • Pastikan jarum suntikan diisi vaksin dengan kuantiti yang tepat mengikut jenis vaksin
  • Pandang ke arah lengan yang disuntik untuk memastikan kesemua kuantiti vaksin disuntik. Rakaman video atau gambar dibenarkan
  • Pastikan jarum suntikan kosong sebelum mengimbas kod untuk melengkapkan vaksinasi

Pandang eh masa orang nak cucuk hmmm agak menyeramkan HAHAHA sebab aku macam takut sikit kalau tengok orang cucuk. Bukan takut sakit, tapi entah. Rasa takutlah bila tengok orang nak cucuk aku. Jadi memang aku takkan pandang bila kena cucuk. Tahu tahu dah siap hahaha. 

Masa nak check bacaan gula dalam darah tempoh hari pun aku tak tengok masa housemate cucuk dekat jari aku. Pejam mata beb. Sakit tu tak kisah sebab sakit macam kena gigit semut api (semut merah) je. Bukannya sakit macam kena tikam pisau. Eh dah pernah ada pengalaman kena tikam dengan pisau ke? (aku cakap dengan diri sendiri tiber hehehe).

Tapi pandang ke tak pandang ke, bergantung kepada individu. Janji sebelum cucuk, kita nampak dalam syringe ada vaksin, dan selepas cucuk, syringe dah kosong. Kosong sebab dah selamat dicucuk ke dalam badan kitalah, bukan kosong sebab lain pula.

Stay safe semuanya!  

Wednesday, 14 July 2021

Ujian Saringan Minda Sihat DASS (Depression Anxiety Stress Scale)

"Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), hampir setengah juta penduduk di Malaysia mengalami kemurungan pada tahun 2019. Statistik merangkumi 2.3 peratus rakyat di Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas mengalami kesihatan mental."


Petikan Harian Metro yang disiarkan pada 10 Oktober 2020 pada pukul 3.43 petang. 

Itu aku ambil berdasarkan statistik pada tahun 2019. Tak ada Covid lagi pada tahun 2019. Dan sekarang 2021, aku rasa memang makin bertambah peratusan rakyat Malaysia yang mengalami kesihatan mental. 

Memang tak boleh dinafikan lagi, penularan pandemik Covid-19 memang memberi impak yang besar kepada seluruh dunia termasuklah Malaysia. Kebanyakan emosi rakyat terkesan dan terganggu sebab takut, bimbang, tekanan perasaan akibat perubahan dalam norma kehidupan.

Dan ini termasuklah golongan yang bekerja menghadapi risiko dibuang kerja, hilang tempat untuk mencari rezeki dan sebagainya. Yang frontliners pun tidak ketinggalan daripada mengalami tekanan emosi sebab dah terlampau burn-out, diberi tugas yang berganda ganda dan lain-lain lagi.

Sedih, tapi itulah kenyataan. Tak kira usia dan jantina, ramai dah mula mengalami masalah kesihatan mental. Kena faham, kalau cakap ada masalah kesihatan mental jangan anggap GILA semata-mata. Depression, anxiety, stress itupun termasuk dalam kategori masalah kesihatan mental. Jangan terus hakimi seseorang kalau dia cakap dia ada masalah kesihatan mental. Kita tak ada ditempat dia, jadi kita tak tahu apa yang dia lalui. 

Menyelit sekejap, siapa ada tengok video frontliner yang jatuh masa tengah berlari sambil tolak stretcher? Sedih tak? Kalau tanya aku, aku sedih tengok video itu :') Walaupun tengok 10 kali, 10 kali tetap rasa sedih. 

Tak pasti jatuh sebab tersadung ke tergeliat kakinya atau memang badan dah penat sangat sampai terjatuh. Yang pesakit tengah baring atas stretcher tak payah cakaplah, memang dah kasihan ditambah pula frontliner yang tengah tolak dia tiba-tiba terjatuh, memang dengan dia dia sekalilah jatuh.


Okey kembali kepada tajuk, hari ini nak ajak yang baca entri ini untuk buat Ujian Saringan Minda Sihat DASS (Depression Anxiety Stress Scale). Tak lama pun, dalam tiga hingga lima minit sahaja. Kalau aku buat tak sampai tiga minit hehehe. 

Melalui ujian ini, kita boleh ketahui status kesihatan mental samaada kita stress, bimbang atau kemurungan. Tapi perlu ingat dan tahu, ujian DASS hanya berfungsi sebagai saringan awal sahaja. Sebarang pengesahan diagnosis oleh pegawai perubatan adalah diperlukan. 

Nak buat ujian saringan minda sihat, boleh click disini: https://hsgbuloh.moh.gov.my/ms/dass/dass-awam-public.html

Soalan dia tak susah dan tak banyak pun. Dalam 21 soalan sahaja. Dan jangan risau, memang tak ada soalan yang kena buat karangan. Cuma perlu pilih dan tick pada kotak yang disediakan. Hanya perlu pilih

  • Tidak pernah
  • Jarang
  • Kerap
  • Sangat kerap

Itu sahaja. Mudah kan? 


Dan ini hasil ujian saringan minda sihat yang aku jawab tadi. Alhamdulillah, tahap kemurungan aku dalam kategori sederhana, tahap kebimbangan dan tahap tekanan aku pun berada dalam kategori normal.

Tapi, keadaan emosi boleh berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada apa yang sedang kita lalui.

Buat masa sekarang, aku tak ada apa-apa masalah yang perlu dibimbangkan sangat. Aku tak ada komitmen hidup yang tinggi macam orang lain lagi. Tak ada hutang kereta, hutang rumah dan sebagainya. Cumanya aku bimbang nanti dapat email dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) suruh bayar hutang 😂 

Tapi tak apa, duit elaun yang abang aku bagi RM 200 setiap bulan, boleh aku bayar hutang belajar aku. Bayar sikit sikit tak apa kan? Janji bayar. Betul tak? Sekurang-kurangnya bergerak lah juga amount hutang yang aku pinjam kan? Walaupun jenuh juga lah nak habis bayar, tapi tak apalah. Nak buat macam mana? Kita bukannya tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan kan? Macam sekarang, tak sangka pun yang satu dunia akan dilanda Covid-19 kan? Dan nanti nanti bila dah dapat kerja, bolehlah aku tambah amount yang aku bayar setiap bulan. 

Jadi, selamat menjawab! 

Nanti sharelah result ujian masing masing macam mana :D

Saturday, 10 July 2021

Kit Ujian Covid-19 Menggunakan Air Liur


'Dua ujian kendiri (Rapid Antigen Test) air liur telah selesai dikaji oleh IMR untuk saringan Covid-19. Kedua-dua mempunyai sensitiviti melebih 90 peratus. MDA sedang memperincikan panduan penggunaan dan in shaa Allah akan selesai minggu hadapan.'

Dua hari lepas tengah scroll Twitter sebelum tidur, ternampak satu tweet daripada official Twitter milik DG Hisham. Aku lepas baca, aku macam 'Oh, aku baru tahu akan ada kit ujian Covid-19 yang akan menggunakan air liur.'

Google google punya google, jumpa satu artikel dalam Berita Harian yang telah dikeluarkan pada 04 Mac 2021, pukul 6.41 petang. Okey, dah tiga bulan berita tersebut dikeluarkan, dan 07 Julai aku baru tahu. 

Aku petik dari akhbar online tersebut,

Alif Masyhur Sdn Bhd dengan usaha sama Fjord Diagnostics Sdn Bhd hari ini melancarkan kit ujian Covid-19 yang akan menggunakan sampel air liur (deep throat saliva) yang lebih murah berbanding swab test.

Kit ujian tersebut dihasilkan oleh rakyat Malaysia dan dikenali sebagai Kit Ujian Pengumpulan Sampel Air Liur, Fjord-Saliva yang mengandungi alat (sediprep) untuk meningkatkan konsentrasi kandungan virus dalam sampel air liur bagi mengesan virus Covid-19.

Kaedah persampelan air liur lebih mudah, selesa dan selamat kerana lebih bersifat 'self-collected' yang tidak memerlukan bantuan petugas barisan hadapan (frontliners) serta kos yang jauh lebih rendah iaitu berjumlah RM 45.00.

Ia turut mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Medical Device Safety Services (MDDSS), Jerman.

Ini kalaulah betul ketepatannya dalam mengesan virus Covid-19 dan harga yang jauh lebih murah berbanding ujian swab test, memang eloklah kalau semua orang cuba sendiri untuk mengetahui sama ada dirinya positif Covid-19 ataupun tidak. 

Sekarang pun, duduk rumah tak pergi mana-mana, tiba tiba positif Covid-19. Berjangkit dari mana pun tak tahu. Jadi elok lah kalau setiap seorang lakukan ujian tersebut. Nak buat swab test macam agak mahal kan? Pokai kalau nak swab test selalu unless tak pakai duit kita sendiri 😂

Apa apapun, doakan yang baik untuk negara kita. Dah penat sebetulnya bila tengok angka kes positif Covid-19 setiap hari. Entah bila nak capai tiga angka pun aku tak tahu dan tiada jawapannya bilamana setiap hari angka kes positif Covid-19 selalu mencapai empat angka. Bahkan lagi sikit nak capai lima angka :')

Nak tulis 'bila nak capai dua angka ataupun satu angka' macam tak tak tertulis sebab memang tak nampak langsunglah bayangan angka kes positif Covid-19 nak turun kepada dua atau satu angka dengan keadaan negara sekarang ini. 

Kalau cakap lebih lebih, takut termasuk bab politik pula. Cuma itulah, risaukan negara, risaukan kaum keluarga, kawan kawan dan keselamatan kita semua. Apa apapun, stay safe dan take care semua! 

Semoga kita semua berada dalam lindungan Allah selalu. Dan semoga wabak Covid-19 ini cepat cepat dihapuskan biar kita semua boleh kembali seperti tahun tahun sebelum Covid-19 melanda. Rindunya nak keluar bebas macam dulu dulu, tanpa mask, tanpa double mask, tanpa face shield dan tanpa perlu scan MySejahtera setiap masa. 

Wednesday, 30 June 2021

Bunuh Diri

Pejam celik pejam celik (Alhamdulillah masih celik) dah sampai penghujung bulan Jun. Esok dah masuk 1 Julai. Terasa baru tempoh hari baca entri 'Selamat Datang Jun' di blog para bloggers. Eh eh esok dah masuk bulan baru ya huhuhu.


Masa berlalu dengan begitu pantas, dan sedar tak sedar dah 30 hari kita semua rela paksa berkurung di dalam rumah bagi membantu negara mengurangkan angka kes Covid-19 yang tiada penghujungnya. 


Angka kes yang tidak menunjukkan sebarang perubahan drastik, dan hanya menambahkan lagi tekanan mental kepada rakyat Malaysia yang mengalami masalah kewangan akibat hilang pekerjaan, hilang sumber mencari pendapatan dan sebagainya.


Entah bila ya agak-agaknya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini akan berakhir? 


Dengan angka kes bunuh diri yang makin meningkat dari tahun lepas iaitu sebanyak 631 kes daripada tahun sebelumnya (2019) sebanyak 609 kes. Setakat Mac 2021, sejumlah 336 kes bunuh diri yang telah dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Itu yang dilaporkan. Kalau ada yang dirahsiakan? Mungkin lagi tinggi angka kesnya.



Salah siapa? Apa puncanya? Dimana silapnya?


Tak berani nak komen lebih lebih sebab aku sendiri tak berada di tempat mereka yang mengambil keputusan untuk membunuh diri. Mungkin bagi mereka, bunuh diri adalah jalan terakhir yang boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka semua?


Macam semalam, cerita yang disampaikan oleh kakak aku. Ada seorang budak perempuan yang berumur 19 tahun cuba menamatkan riwayat hidupnya dengan memakan beberapa belas biji racun tikus (ubat gegat).


Puncanya? Terdengar suara suara halus yang berbisik di telinganya yang menyebabkan dia berasa serabut dan ingin membunuh diri. Dicampur pula dengan bebelan ayahnya kepada adiknya dan juga stress yang dihadapi kerana perlu belajar secara online (online distance learning - ODL). 


Lagi satu, cubaan membunuh diri kerana kurang kasih sayang daripada seorang suami. Untuk makluman, perempuan tersebut merupakan isteri keempat kepada suaminya. 


Nampak macam remeh saja kan punca dia ingin membunuh diri? Tapi tidak remeh bagi seseorang yang ingin membunuh diri. 


Mereka yang bunuh diri kadang-kadang bukan sebab nak mati sangat, cuma mereka hanya nak kesakitan yang mereka alami berakhir. Mereka memang dah tak nampak jalan lain dah selain tamatkan riwayat hidup mereka.


Jadi teman teman, kalau ada nampak simptom simptom awal kemurungan yang dialami oleh kaum keluarga mahupun kawan kawan kalian yang boleh menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri antaranya:


1. Perubahan tingkah laku kepada individu

  • Sentiasa kelihatan sedih dan murung
  • Hilang minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan
  • Mengalami gangguan tidur dan selera makan
  • Kesukaran untuk menumpukan perhatian dan melakukan tugas harian yang biasa
  • Mengasingkan diri daripada keluarga dan rakan-rakan
  • Menyalahguna alkohol dan dadah
  • Bertindak agresif dan kasar kepada diri sendiri dan orang sekeliling


2. Menyatakan perasaan hilang harapan atau bosan untuk hidup dan kehadirannya membebankan keluarganya


3. Menyatakan keinginan untuk menamatkan riwayat hidup secara verbal atau penulisan



Dinasihatkan mendapatkan nasihat perubatan profesional dalam kadar yang segera bagi mengelakkan keadaan yang lebih buruk berlaku.





Monday, 14 June 2021

Kisah Benar Corona Virus


Kisah benar daripada pesakit Covid-19. Sedih bila dengar cerita tentang pesakit Covid-19. Cerita benar dan bukan rekaan semata-mata. 

Tapi cerita ini bukanlah aku yang dengar sendiri. Kakak aku bercerita semula kepada aku selepas selesai bekerja. 

Sebagaimana aku pernah bagitahu sebelum ini, kakak aku bekerja as pegawai farmasi di hospital. Jadi setiap hari adalah cerita cerita yang dia kongsi bersama aku bila balik bekerja.

Apa yang aku nak cakap, kita jadi manusia, jangan pentingkan diri sendiri. Ya tahu rindu dekat mak ayah di kampung, tapi benda boleh video call ataupun call, call sajalah. Tak payah balik kampung. 

Tahu tak sama bervideo call dengan berjumpa secara bersemuka, tapi keadaan sekarang tak mengizinkan kita nak seperti dahulu. Nak peluk cium pun dah tak boleh sekarang ini. 

Tapi kalau ada kecemasan dan terpaksa balik kampung, apa boleh buat kan? Tapi, bagi bagi cerita pertama ini, memang balik kampung bukan atas tiket 'kecemasan'.

Kita tak tahu diri kita ini ada virus ataupun tidak. Selagi tak buat swab test, selagi itulah tak tahu kita ada virus ataupun tidak. Kalau kita tak ada simptom, terus balik kampung, tak pasal pasal mak ayah di kampung dapat Covid-19 daripada kita. Bila dah terkena, baru nak menyesal. Kalau boleh sembuh, Alhamdulillah. Kalau meninggal? Menyesal tak sudah. 

Menangislah, meraunglah sepuas hati, tak akan dapat kembalikan mak ayah kita yang sudah meninggal. Salah siapa? Salah diri sendiri sebab gatal balik kampung dan tak sedar diri pembawa virus. 

Sebab apa aku cakap macam ini? Sebab cerita pertama yang kakak aku ceritakan ini berlaku kepada seorang pakcik. Alkisahnya bermula bila anak dia pulang ke kampung sempena hari raya. 

Anak pakcik itu tak sedar dirinya pembawa virus, akhirnya virus itu mendapat dekat ayahnya. Sekarang, ayahnya ditempatkan di Intensive Care Unit or senang cerita kita panggil ICU. 

Tahu kan tempat ICU itu macam mana? Peluang 50-50. Kalau berjaya sembuh, Alhamdulillah boleh keluar dan kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan bernyawa. Kalau sebaliknya? Pulang juga ke pangkuan keluarga tapi dalam keadaan tidak bernyawa. 

Tahu, mati itu pasti. Setiap yang hidup pasti akan mati. Dari tanah kita dicipta, kepada tanah jua kita kembali. Tapi kalau meninggal disebabkan Covid-19 sangatlah meruntun jiwa. Semuanya akan diuruskan oleh pihak hospital. 

Kaum keluarga tak boleh tengok saat jenazah dimandikan, dikafankan malahan dihantar ke liang kubur itupun hanya mampu melihat dari jauh sahaja. Sedih tak? Bagi aku tersangatlah sedih. Tak dapat peluk cium jenazah buat kali terakhir. 

Okay back to this pakcik, disebabkan anak dia pulang ke kampung dan membawa virus dan sekaligus menyebabkan dia dapat Covid-19, sampai kesudah pakcik itu tak nak bercakap dengan anaknya setiap kali anaknya membuat panggilan. 

Puas dipujuk oleh nurse, tapi pakcik itu tetap tak nak bercakap. Betul betul berkecil hati ataupun marah dengan anak yang punca membawa virus Covid-19. 

Boleh bayang tak mak ayah kita yang dah tua dan ada pelbagai penyakit, ditambah pula dengan Covid-19. Bertambah tambah penyakitnya. Nak nak Covid-19 ini serang paru-paru, sampai satu tahap terpaksa pakai alat pernafasan dan sampai tahap yang terakhir, doktor terpaksa tidurkan pesakit.

Dan cerita kedua, kisah seorang pakcik juga. Pakcik yang takut untuk tidur sebab takut tidur untuk selama-lamnya. Ya Allah, pakcik itu sanggup tak tidur, sanggup tahan mata sebab takut ajal menjemput semasa tidur.

Doktor dah bagi banyak ubat tidur, nak suruh pakcik tidur biar boleh tenangkan diri, biar organ dalaman tak bekerja keras sangat, tapi pakcik tetap tak nak tidur. Kadang kadang tertidur juga pakcik itu, tapi tak lena.

Kejap kejap terbangun, kejap kejap terbangun. Memang tak lena. Sampaikan doktor sendiri dah tak tahu nak buat apa dengan pakcik itu. 

Macam aku cakap tadilah kan, bila duduk di ICU, peluang itu 50-50. Bila difikir-fikirkan balik, kalau aku jadi pakcik itupun aku takut nak tidur. Sebab takut akan tidur untuk selama-lamanya :')

Jadi teman teman, Covid is real. Bukan main main. Tak habis fikir aku dengan sesetengah orang yang masih anggap Covid ini agenda sesetengah pihak yang jahat. Yang tak percaya vaksin itupun satu hal.

Apa apapun, semoga Allah s.w.t segera mengangkat wabak ini dan kita dapat hidup dalam kehidupan normal seperti sebelum pandemik Covid-19 melanda. Semoga Allah melindungi kita semua. Aamiin aamiin ya rabbal alamin 👐

Saturday, 5 June 2021

CHAMPS Vitamin C

Memandangkan aku seorang saja yang belum divaksin dalam rumah sewa ini, berkemungkinan besar untuk aku dapat Covid19 sangatlah tinggi memandangkan kakak dan housemates lain bekerja di hospital. Walaupun aku terperap di dalam rumah sahaja, potensi untuk dijangkiti itu masih ada. Nauzubillahminzalik. 

Jadi kakak aku sarankan aku makan Vitamin C. Walaupun tak ada kajian menunjukkan Vitamin C dapat membantu mencegah daripada dijangkiti wabak Covid19, tapi kita makanlah juga sebab Vitamin C memang banyak manfaat.


Jangan ambil Vitamin C yang 1000 mg ataupun 2000 mg, cukup sekadar 100 mg. Itupun dah terlebih sedikit sebab badan kita hanya memerlukan dalam 70 mg sahaja untuk orang dewasa.



CHAMPS Vitamin C yang aku beli dengan harga RM 15.48 sahaja lepas diskaun. Perisa strawberi sebab perisa oren habis stok :( 100 mg sahaja. 

Satu tablet sahaja untuk satu hari.

Kenapa tak makan buah buahan atau sayur sayuran sahaja? Kan buah buahan dan sayur sayuran itu adalah sumber terbaik untuk Vitamin C?

Aku ambil alternatif lain iaitu makan Vitamin C sebab aku kurang makan sayur. Buah buahan? Lagilah jauh sekali. Sayur makan tapi jarang jarang. 

Benefits of CHAMPS Vitamin C:
  • Helps immunr system thus helps reduce the frequency of cold
  • Improve wound healing
  • Prevent scurvy
  • Helps to prevent anemia via improve of iron absorbtion
  • Excellence in increase immunity
  • Reduce risk to falling sick
  • Maintain healthy teeth and gums
  • Maintain healthy skin complexion
  • Potent antioxidant which protects our body cells from the damage caused by unstable molecules known as free radicals
  • Helps to maintain or improves the condition of the body as well as boosting our health and fitness
  • High in vitamin
  • Safe to consume

Vitamin C atau nama saintifiknya ialah asid askorbik iaitu sejenis vitamin larut air. Ia tidak disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan. Sebarang lebihan akan dikumuh melalui air kencing. Manusia perlu mendapatkan vitamin ini daripada makanan atau suplemen kesihatan yang diambil secara oral.

Dos harian Vitamin C (Malaysia)
  • Bayi: 0 - 5 bulan (25 mg), 6 - 11 bulan (30 mg)
  • Kanak kanak: 1 - 6 tahun (30 mg), 7 - 9 tahun (35 mg)
  • Remaja: 10 - 18 tahun (65 mg)
  • Dewasa: 70 mg
  • Wanita mengandung: 80 mg
  • Wanita menyusu: 85 mg

Kesan sampingan:

Vitamin C adalah selamat diambil dalam dos yang disyorkan. Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah loya, cirit birit dan kekejangan perut.

Namun, pengambilan dos Vitamin C yang tinggi iaitu lebih daripada 2000 mg untuk jangka masa panjang adalah tidak disarankan

Hal ini demikian kerana boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius seperti cirit birit yang teruk dan pembentukan batu dalam buah pinggang yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Nasihat kepada pengguna:
  1. Makanan seperti buah buahan dan sayur sayuran adalah sumber Vitamin C yang terbaik.
  2. Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi anda sebelum mengambil suplemen kesihatan Vitamin C terutamanya pengambilan dos yang tinggi.
  3. JANGAN mengambil Vitamin C tambahan jika anda mempunyai
    • Masalah batu karang yang berulang
    • Penyakit buah pinggang atau menjalani hemodialisis kronik
    • Penyakit darah seperti kekurangan G6PDH dan hemochromatosis

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Nota jemari: Aku dah rujuk ahli farmasi aku iaitu kakak aku as pegawai farmasi :)