Top 5 Most Read Entries di atiqahnajihah.com. Hari ini tiba tiba rasa nak berkongsi most read entries blog aku. Yang sebetulnya, tak ada idea nak update apa, maka terhasillah entri ini hehehe.
Ala tak salah kan kalau nak share lima entri terbaik yang pernah aku publish di blog aku ini setakat hari ini. Tak adalah nak cakap hebat, hanya sekadar berkongsi 😂 Blog masih di proses beginner, followers pun baru 123 orang.
Tak dan nak kejar macam followers blog blog orang lain. Masih ada yang jauh lagi hebat! Dan aku sendiri, masih banyak benda yang perlu dipelajari begituu kau Senang kata, masih jauh lagi perjalanan blog aku untuk dilalui HAHAHA.
Okey kembali kepada tajuk, Top 5 Most Read Entries ini aku ambil based on Google Search Console. Aku setiap hari buka untuk tengok perkembangan blog walaupun ada beberapa perkara aku tak faham. Bedal sajalah. Faham yang mana mudah difahami sajalah HAHAHA.
1. Nombor satu jatuh kepada entri bertajuk Jaringan Prihatin Tunetalk. Baca disini: https://www.atiqahnajihah.com/2021/05/jaringan-prihatin-tunetalk.html
Tak dinafikan, entri pasal Jaringan Prihatin inilah yang buat earnings AdSense aku mencanak naik untuk beberapa hari! Serious tak tipu. Kalau bukan sebab entri ini, aku rasa, aku masih tak cukup nak kumpul 10 US dollar.
Aku langsung tak expect yang entri ini akan meletop kebabom gitulah lebih kurang 😂 Aku update macam biasa dan kemudian aku share di Twitter. Aku share dalam pukul 7 lebih rasanya. Dekat dekat nak Maghrib kalau tak silap aku.
Dan pap! Blog aku terus dikunjungi oleh orang ramai. Macam kunjung rumah dah bunyi ayat ini hahaha.
Mana aku tahu? Aku kan ada letak yang freeuseronline, jadinya dari situlah aku tahu. Legit saja kan freeuseronline itu kan? Malam aku publish entri tersebut, aku bukalah blog aku melalui telefon. Aku nampak 70 something online user.
Me be like "what?!" Memang tak percaya. Keesokan harinya aku buka akaun AdSense, memang naik earnings aku. Mula mula aku ada dalam 0.32 US dollar, tapi lepas saja entri tersebut di publish, earnings aku naik dalam 7 US dollar.
Dan sampai sekarang, entri tersebut masih menjadi the most read entries di blog aku.
2. Entri kedua jatuh kepada entri yang bertajuk Pengalaman Bekerja di McDonalds. Boleh baca disini: https://www.atiqahnajihah.com/2021/05/pengalaman-bekerja-di-mcdonalds.html
Mungkin ramai yang beminat nak tahu macam mana bekerja di fast food restaurant kan? Mungkin sebab itulah entri tersebut menjadi entri kedua the most read bagi blog aku.
Moga moga apa yang aku kongsi serba sedikit dapat membantu memberi pencerahan kepada orang yang memerlukan maklumat tentang pekerjaan di McDonalds hehehe.
3. Seterusnya, yang ketiga jatuh kepada entri bertajuk Lee Kwang Soo Last Episode on Running Man Episode 559. Baca disini: https://www.atiqahnajihah.com/2021/06/lee-kwang-soo-last-episode-on-running.html
Rentetan berita pengunduran Lee Kwang Soo dalam variety show Running Man, ramai yang mencari cari tentang berita tersebut.
4. Entri keempat yang menjadi the most read entries based on Google Search Console ialah entri yang bertajuk Ujian Bahasa Terengganu. Boleh baca disini: https://www.atiqahnajihah.com/2021/03/ujian-bahasa-terengganu.html?m=1
Mungkin ramai yang berminat nak belajar bahasa Terengganu? 😂
5. Dan entri di tempat kelima pula jatuh kepada entri yang bertajuk Claim Free 40GB YES Sim on Shopee. Baca disini: https://www.atiqahnajihah.com/2021/06/claim-free-40gb-yes-sim-on-shopee.html
Mungkin sebab ebelia kan? Sebab YES Sim ini aku redeem sebab aku dapat ebelia. Dan aku rasa mungkin ramai yang ingin claim juga, tapi tak tahu macam mana caranya. Mungkin. Hehehe.
Dan itu sahaja. Cadangnya nak buat 10 entri terbaik tapi panjang sangat. Jenuh orang nak baca HAHAHA. Itupun kalau baca 😜
Pada 27 April 2021 yang lepas, agensi King Kong by Starship telah mengeluarkan pengumuman rasmi bahawa artis naungannya iaitu Lee Kwang Soo akan mengundurkan diri daripada variety show terkenal di Korea Selatan iaitu Running Man setelah 11 tahun menjadi ahli tetap dalam variety show tersebut.
Hari ini di koreaboo.com telah mengeluarkan satu artikel yang mengatakan desas desus Kang Han Na dan Kim Ji Suk akan menjadi pengganti kepada Lee Kwang Soo dalam Running Man.
Pesaing pertama yang diyakini oleh netizen dalam perbincangan menggantikan Lee Kwang Soo ialah Kim Ji Suk. Menurut catatan asal netizen, nama Kim Ji Suk mula disebut sebut selepas berita tentang pengunduran Lee Kwang Soo diumumkan. Pesaing yang seterusnya disebut sebut sebagai pengganti Lee Kwang Soo tak lain dan tak bukan Kang Han Na.
Honest opinion daripada aku, macam okey kalau ada pengganti Lee Kwang Soo. At least, kita boleh nampak muka muka baru dalam variety show tersebut. Almaklumlah semua ahli dah makin berusia, jadi memang perlukan muka muka baru sebagai pengganti.
Walaupun tahu memang tak ada orang yang boleh ganti tempat Lee Kwang Soo dalam Running Man, tapi apa salahnya kalau pengarah ambil orang baru untuk gantikan tempat dia.
Macam So Min dan Se Chan yang menjadi pengganti Kang Gary, awal kemunculan mereka, rating jatuh, So Min dan Se Chan dapat ramai haters. Tapi lama lama, penonton dah boleh terima mereka walaupun tak sepenuhnya.
So Min pun dah jadi lagi baik daripada sebelum ini. Dulu pun aku susah nak terima So Min tapi lepas So Min rehat selama sebulan hari itu, dia comeback jadi yang lagi baik.
Kang Han Na pun memang dah selalu jadi tetamu Running Man sampai ahli ahli tetap yang lain dah rasa Han Na macam keluarga. Dah memang selalu sangat jadi tetamu jemputan. Siap pergi project luar negara sekali dengan ahli ahli member yang lain.
Kim Ji Suk pun pernah datang ke Running Man sebagai tetamu. Tapi tak sekerap Han Na. Kalau Ji Suk confirm menjadi pengganti Kwang Soo, bolehlah partner dengan So Min sebab So Min pernah berlakon bersama sama dengan Ji Suk. Makin bertambahlah loveline So Min nanti 😂
Jadi pendapat kalian yang memang penonton setia Running Man ini macam mana? Okay ke kalau salah seorang atau kedua duanya sekali menjadi pengganti Lee Kwang Soo dalam Running Man?
Lee Kwang Soo Tinggalkan Running Man | Yes, latest info daripada agensi Lee Kwang Soo iaitu King Kong by Starship mengumumkan bahawa 24 Mei merupakan rakaman terakhir Lee Kwang Soo dalam variety show Running Man.
Lee Kwang Soo dah menyertai Running Man sejak 11 Julai 2010 dan kemungkinan besar lepas keluar dari Running Man ini, Kwang Soo akan fokus dalam bidang lakonan.
Kenyataan rasmi daripada agensi Lee Kwang Soo:
"Kami ingin memberitahu bahawa Lee Kwang Soo akan meninggalkan Running Man SBS setelah rakaman terakhirnya pada 24 Mei.
Setelah terlibat dalam kemalangan kereta pada tahun lalu, Lee Kwang Soo telah menerima terapi fizikal secara berkala walaupun masih menjalani rawatan, ada kalanya dia berasa sukar untuk menjaga keadaan fizikalnya semasa penggambaran Running Man. Hasilnya, setelah mengadakan perbincangan panjang lebar dengan staf produksi krew, rakan rakannya dan juga agensi, akhirnya kami membuat kesimpulan bahawa dia memerlukan masa untuk pulih, baik secara fizikal dan mental.
Running Man yang disebut sebagai "rumahnya" selama 11 tahun, sukar baginya untuk membuat keputusan ini. Namun, tidak dapat dielakkan ketika mempertimbangkan niatnya untuk menunjukkan imej yang lebih baik kepada penonton pada masa hadapan.
Kami dengan ikhlas mengucapkan terima kasih kepada semua penonton atas kasih sayang yang mereka tunjukkan kepada Lee Kwang Soo di Running Man dan Lee Kwang Soo berjanji akan muncul nanti dalam keadaan lebih sihat dan ceria."
Whaaaaaaaatttt! Akhirnya, selepas 11 tahun dalam Running Man, akhirnya Lee Kwang tinggalkan juga. Dulu Lizzy, Joong Ki, Gary dan sekarang Kwang Soo.
Lee Kwang Soo ini antara penyeri dalam Running Man. Ingat lagi masa Kwang Soo accident, dia ada tak datang untuk satu episode, episode itu hambar sangat huhuhu. Next episode terus ada Kwang Soo. Sanggup datang walaupun pakai crutches.
Lepas ini siapalah pula pengganti Kwang Soo ya? Masa Gary keluar dulu, So Min dengan Se Chan penggantinya. Kwang Soo? Jessi mungkin hahaha.
Ada yang cakap Kwang Soo dah nak kahwin dengan Sun Bin sebab itu Kwang keluar dari Running Man. Sama macam Gary. Lepas Gary keluar, tiba-tiba keluar berita Gary dah berkahwin dan ada anak lelaki seorang.
Tapi bagi aku, variety show Running Man ini dah boleh dibubarkan dah kot ataupun tukar konsep. Buat ala ala talk show ke, sebab ahli member Running Man yang sedia ada pun dah makin berusia, macam Seok Jin sendiri dah cecah 54 tahun. Dah tak larat mana dah nak main aktiviti yang cabut nama, yang kena lari lari.
Ahli Running Man yang lain pun ada banyak masalah kesihatan macam Jong Kook dan Ha Dong Hoon. Walaupun sedih Kwang Soo dah nak tinggalkan Running Man, kita sebagai penonton tetap kena hormatkan keputusan dia.
Aku memang peminat setia Running Man, memang setiap hari Isnin, aku akan download episode Running Man yang baru keluar. Dan aku kumpul semua episode Running Man dari episode 1 sampai yang paling latest. Memang penuh dalam hard disc aku dengan episode Running Man. Sambil makan sambil tengok semula episode-episode yang lama hehehe. Memang fun! Tak pernah jemu!
Baru semalam siap tengok episode paling latest Episode 522. Hari ini dah keluar berita Kwang Soo dah nak tinggalkan Running Man.
![]() |
Tak boleh tengoklah lepas ni Kwang Soo khianat Jong Kook |
- Jumlah episod: 20 episod
- Tarikh tayangan: 20 February 2021 - 26 April 2021
- Waktu siaran: Saturday & Sunday, 9.00 p.m.
- Network: tvN
- Negara: South Korea
- Bahasa: Korean
Social Icons