Baru muncul entri ni, sepatutnya muncul 01 Ogos tempoh hari tapi memandangkan tak ada laptop, makanya 04 Ogos baru muncul pemenang Top Komentator Bulan Ogos 2021 di blog Atiqah Najihah.
Inipun masih bersiaran daripada telefon. Masih belum ada laptop bersamaku :'( Tapi gigih ya update blog sebab pageviews menurun. Biasa pageviews dalam 2000 something, tapi beberapa hari tak update terus cecah 500+.
Rasa terharu jap baca komen Rabia di entri semalam. Tertanya tanya mana pergi tuan blog ni, biasa setiap hari ada update entri. Tapi lama menyepi hehehe. Kak sal pun tanya, kemana pergi laptop aku. Laptop ada Kak Sal, tapi diri saya yang tak ada di rumah laptop saya berada. Tak bawa laptop sebab ingat stay rumah lain (sebab nak cucuk vaksin) sekejap je, eh alih-alih seminggu juga bertapa dekat rumah lain tu.
Nak blogwalking pun susah kalau pakai telefon ni. Nanti gigih lah ya blogwalking bila dah ada laptopnya. Kalau melalui telefon ni, aku biasa baca je. Jadi silent reader. Nak tinggalkan komen tapi mostly blog buat komen kena tunggu approval dari owner kan, jadinya takut aku komen komen komen, tapi hampeh. Tak ada naik pun bila buka melalui laptop. Dah selalu terkena dah macam tu. Jadi, sis serik nak komen melalui telefon.
Okay panjang dah mukadimahnya, lari dari topik asal lagi. Jadi tanpa membuang masa, jom kita tengok senarai top komentator di blog Atiqah Najihah pada bulan Julai 2021.
Tapi sebelum aku umumkan siapakah pemenang bertuah antara 10 orang top komentator, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca semuanya yang sudi singgah dan tinggalkan komen di blog aku.
Aku nak minta maaf sebab hanya pilih seorang sahaja daripada sepuluh orang tersebut. In shaa Allah di lain bulan, mungkin aku akan pilih dua atau tiga, atau mungkin kesemua sekali. In shaa Allah.
Doakan kita semua dilimpahkan rezeki yang berterusan biar dapat berkongsi rezeki antara satu sama lain.
Aku letak nama dalam wheel of names sebagaimana yang terpapar dalam senarai top komentator di blog aku (rujuk gambar kedua).
Dan sepertimana kamu semua tengok, pemenang yang bertuah antara sepuluh orang top komentator bulan Julai 2021 blog Atiqah Najihah jatuh kepada
Drum roll!
SalbiahM or better known as Kak Sal!
Tahniah diucapkan kepada Kak Sal! Harap harap Kak Sal boleh bagi details untuk terima hadiah kecil dari saya.
Nama: _______
Alamat: _______
No telefon: __________
Ke jiehahzak@gmail.com
Apa apapun, tahniah lagi sekali diucapkan kepada sembilan top komentator yang lain. Harap harap kalian masih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog ini tanpa jemu.
Tahniah! 😍
Rasanya dah tak ada beli barang apa-apa dari Shopee, tapi tiba-tiba dapat parcel dari J&T express dua hari yang lepas. Check Shopee, takut ada terbeli time tak sedar HAHAHA tapi memang tak ada.
Tapi, bila dah ada nama kita atas parcel, kita pun buka sajalah. Nak tengok apa isinya. Rupa-rupanya parcel daripada blog anakomak6.blogspot.com iaitu Kak Ret. Hadiah sempena top commentator di blog anakomak6 untuk bulan Jun.
Social Icons