Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

Friday, 12 November 2021

Ada tapi Tiada

Welcome back to my blog hehehe. Almost one month blog tak berupdate. Dan akhirnya, iklan AdSense kembali semula selepas akaun AdSense suspended sebab multi clicking. Harap-harap tak terjadi lagilah selepas ni. 

Alhamdulillah, dah sebulan lebih dah kerja disini. Semuanya baik-baik sahaja. Lagi sebulan lebih nak habis kontrak. Tak tahulah kontrak akan disambung ataupun tidak. Tapi, kalau mengikut kepada Bajet 2022, kerajaan masih meneruskan inisiatif Malaysia Short-term Employment Programme (MySTEP) pada tahun 2022 dengan menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak bermula Januari 2022. 80,000 peluang pekerjaan merangkumi 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 pekerjaan dalam syarikat milik kerajaan (GLC).

Kalau kontrak disambung, kita teruskan bekerja macam biasa. Kalau tidak disambung, boleh dah intai-intai kerja lain pula. Semalam baru siap isi borang untuk kerja kosong sebagai Penolong Jurutera. Nervous! Nak submit borang semalam pun dah nervous, macam manalah nanti nak temuduga ya? :') Baca pengalaman orang lain yang temuduga pun sis rasa seram sejuk, nanti pengalaman diri sendiri macam mana pula. Curious hehehe.

Rindu nak blogging macam dulu tapi masa tidak mengizinkan. Kalau ada masa pun, aku lagi gemar menghabiskan masa dengan menonton drama atau movie di Netflix mahupun Viu. Tapi setiap hari buka je blog, baca post entri kawan kawan blogger tapi tak tinggalkan komen sebab buka melalui telefon je. Akhir kata, jaga diri semuanya! Bertemu lagi di entri yang lain pada masa yang akan datang. 

Nota jemari: Tak ada idea nak tulis apa sebab lama dah tak menulis >.<

Friday, 8 October 2021

Minggu Pertama Went Well!

Salam hujung minggu teman temanku di alam maya! Kalau dulu duduk di Terengganu, Jumaat dan Sabtu dah weekend. Sekarang duduk Putrajaya, Sabtu dan Ahad lah weekendnya. Hari Jumaat hari yang paling ditunggu-tunggu sebab hari terakhir bekerja sebelum cuti hujung minggu 😆 Dulu tak kerja, hari hari cuti! Sekarang, duk menghitung hari bila nak weekend HAHAHA.

 
Alhamdulillah dah lima hari bekerja, semuanya masih berjalan dengan lancar. Kerja aku santai santai sahaja. Sebetulnya, aku masuk kerja ni under program MySTEP. Tahu tak MySTEP itu apa benda? Sedikit info, MySTEP ini adalah program yang diumumkan oleh Menteri Kewangan yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam ataupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Program dalam Belanjawan 2021.

Senang cerita, aku join program MySTEP dengan kontrak 3 bulan sampai 31 Disember 2021. Kalau belanjawan 2022 akan datang masih ada peruntukan untuk program MySTEP ini, kemungkinan kontrak aku akan disambung. Kalau tak ada peruntukan untuk Belanjawan 2022, mungkin habis sampai 31 Disember 2021 ini sahaja.

Kenapa kerja kalau kontrak 3 bulan je? Berbalik kepada entri sebelum ini, aku terima sebab nak cari pengalaman walaupun gaji tak berapa tinggi huhuhu. Malas nak mention berapa gaji yang dapat, kalau korang google, mungkin nanti korang akan jumpa berapa gaji yang dibayar bagi pekerja bawah program MySTEP ini.