Showing posts with label Shopee. Show all posts
Showing posts with label Shopee. Show all posts

Wednesday, 23 June 2021

Blood Glucose Meter Sinocare Part 1

Duduk rumah kerjanya asyik makan, minum, tidur, tengok korean drama dan ulang ulang sampai bila pun aku sendiri tak tahu. Perut asyik berkeroncong minta makanan saja setiap satu jam.

Tuan badan pula suka sangat makan makanan atau minuman manis. Bacaan gula dalam darah pula tak pernah diperiksanya. Sudahnya, aku mimpi, tiba tiba bacaan gula dalam darah aku mencecah 33.3! 

Ya Allah, bukan biasa biasa ya mimpi aku HAHAHA. Puncanya, masa makan malam dengan housemate, housemate aku ceritalah yang dia ada check gula dalam darah dekat farmasi, dan nasib baik tak tinggi bacaan gula dalam darah dia, katanya. Dia pun suka juga makan makanan dan minuman manis. Boleh dikatakan hari harilah dia minum air manis. 

Kakak aku pun selit juga sekali cerita tentang seorang perempuan yang umur baru 23 tahun (muda setahun saja dari aku) dah ada penyakit kencing manis. Perempuan muda itu dah kena cucuk insulin. 

Meremang bulu romaku bila dengar. Aku dengan makanan atau minuman manis memang tak dapat dipisahkan HAHAHA. Dengan popia pisangnya, tealive, xi fu tang dan sebagainya. 

Minuman tak adalah selalu sangat minum, sebab most of the time aku memang minum air masak tapi yang disimpan dalam peti sejuk sahaja. 

Dalam sebulan sekali ataupun tiga minggu sekali baru minum minuman manis. Itupun satu gelas panjang itu kadang kadang berkongsi dengan kakak aku. Cumanya, makanan manis lah susah nak ubah >.< Syok sangat tengok drama korea sambil kunyah popcorn dan lain lain lagi.

Tapi serious, aku memang mimpi yang bacaan gula dalam darah aku cecah 33.3 mmol/L. Dan dan pula, dalam beberapa hari ini aku kerap sangat kencing. Terus google, tanda tanda penyakit kencing manis. Tanda pertama, kerap kencing. Allahu. Lagilah tak senang duduk aku. Asyik terfikir sepanjang hari. 

Sampaikan aku tak makan makanan atau minuman yang manis untuk beberapa hari. Tipulah tak makan langsung. Tapi kuranglah sikit kalau nak dibandingkan dengan sebelum sebelum ini.

Keesokan harinya (lepas aku mimpi), terus survey di Shopee blood glucose meter 😂 Memang dah lama nak beli, tapi macam biasalah. Tak terbeli beli.

Sampailah 18 Jun hari itu, fikir punya fikir, baca review sana sini, akhirnya aku pun beli Blood Glucose Meter jenama Sinocare

"Membazir saja beli, padahal boleh check di farmasi."

Tak apalah, bagi aku, selagi harga tak mencecah ratus ratus, aku masih boleh terima. Tapi blood glucose meter yang aku beli ini tak adalah mahal sangat. Range harga bawah RM 50.00 sahaja. 

Nak nak pula seketul Nur Atiqah Najihah ini memang seorang yang penakut! Bukannya takut kena cucuk ambil darah ke apa ke, tapi takut dengan keputusannya. 

Tunggu punya tunggu, selamat sampai barangnya hari Isnin lepas. Geram betul dengan Shopee sebab dah tak boleh pilih courier apa yang kita suka. Shopee pergi pilih NinjaVan. Memang tak boleh buat apa. NinjaVan bagi aku service agak lambat kalau nak bandingkan dengan J&T. J&T memang laju. Hari ini pos, esok dah sampai!


Inilah barang barangnya. Nak tahu ada apa dalam kotak di atas? Next entri sebab rasa dah panjang sangat entri ini 😂

Bersambung! 

Sunday, 13 June 2021

Air Fryer Kelen Munoz 3L


Hasil pembelian sempena sale 06/06 di Shopee akhirnya selamat sampai! Hehehe. Barang yang ditunggu tunggu sekian lama, akhirnya tiba jua. Over betul hahaha. Actually air fryer ini hasil pembelian kakak aku. 

Memang dah lama mencari cari air fryer tapi tak ada yang dapat memikat hati kakak aku. Kakak aku tersangatah cerewet nak nak melibatkan barang yang agak mahal. Last last terbeli juga air fryer Kelen Munoz masa 06/06 hari itu. 

Kakak aku bukan seorang yang senang senang nak membeli. Dia berbeza dengan aku HAHAHA. Jenis aku, aku memang agak boros kalau dibandingkan dengan kakak aku. Aku memang senang sangat membeli hehehe. Tapi walaupun aku berboros, simpanan tetap kena ada 😂

First time dengar brand Kelen Munoz. Biasa dengar Tefal, Khind, Pery Smith dan seangkatan dengannya. Tapi sebelum beli, kena baca review dulu. Tengok review dan feedback pengguna lain. Puas baca review sana sini, barulah beli. 

Dekat seminggu juga menunggu, baru barang sampai. Sampai sampai, terus test! Takutlah rosak ke apa apa ke, boleh lah minta refund dengan seller. Tapi Alhamdulillah, air fryer berfungsi dengan baik.

Awal awal test, tersangatlah noob HAHAHA. Pertama kali guna air fryer. Puas cari dimana tempat nak setting suhu, tak jumpa jumpa. Rupa rupanya, setting suhu itu duduk di atas. Nombor suhu pun bukan main kecil! Kalau nak setting suhu, kena tengok elok elok. Sebab nombor dia kecil je. 


Ini hasilnya hehehe. Maaf gambar tak menarik sebab tak ada seni fotografi :') Nak masak ayam masak halia, jadi nak kena goreng ayam dulu. Jadi kita goreng pakai air fryer. Setting suhu 180 darjah celcius dan setting masa selama 20 minit. Dan akhirnya siap. 

Kakak aku still pakai minyak sikit masa letak dalam air fryer. Sapu minyak sikit. Sikit sahaja. Kalau tak silap dia ada terbaca komen seorang pengguna cakap, letak minyak sikit masa goreng ayam. Nak bagi nampak berminyak mungkin? Mungkinlah hahaha. 

Lepas dah ada air fryer ini, jimatlah minyak masa HAHAHA. Boleh jaga kesihatan juga (eh tiba). Tapi overall, memang mudah dan senang kerja dengan ada air fryer ini. Boleh lah masak fries, nugget, isi ketam hari hari lepas ini 😜

Oh ya, kakak aku beli dengan harga RM 120.00 di shopee. 

Features air fryer Kelen Munoz 3L:

  • Power 200 V ~ 220 V
  • 50/60Hz, 1000W power
  • Health Conscious - Rapid Air Technology for Healthier Frying, 40% faster
  • Removable non-stick coated cooking basket
  • 30-minute timer with automatic shut-off
  • Versatile - Fry, Grill, Roast and even Bake
  • Unique design for delicious and low-oil cooking results
  • Double layer accessory for more versatile recipes
  • Large cooking capacity for all your favorite recipes

Friday, 11 June 2021

Claim Free 40GB YES Sim on Shopee


01 Jun 2021 hari itu, aku berjaya redeem untuk eBelia sebanyak RM 150.00. Masa redeem eBelia itu, ada satu voucher bernilai RM 50.00 yang diperuntukkan untuk YES sim card. 

Alang alang dah ada voucher free RM 50.00, kita pun redeem. Benda percuma kan, kena gunakan 😆


Tak payah bayar satu sen pun sebab guna voucher yang diberikan. Aku redeem 02 Jun, seller ship out 05 Jun dan selamat sampai 10 Jun. Seller pakai courier ninjavan. Bagi aku agak lambat tapi never mind. Bukan urgent pun hehehe.

Sebelum itu, kalau nak tahu, sesiapa yang membeli di shopee sebanyak RM 50.00 dan keatas, mereka akan dapat data internet percuma daripada YES iaitu sebanyak 5GB. 

Misal kata bulan Januari, seseorang membeli RM 100.00 di shopee, nanti masuk bulan Februari, dia akan mendapat 10GB internet percuma daripada YES. Nak kena ada YES sim card lah jawabnya. Tapi kalau tak nak, tak apa. Tak jadi masalah. Boleh abaikan sahaja. 

Atau boleh bagi code data internet percuma kepada sesiapa yang pakai YES sim card. Sekurang kurangnya, tak terbiar begitu sahaja.


Ini antara data internet percuma yang aku boleh redeem dengan YES sim card. Banyakkkk! Free of charge! Cumanya, kalau sesiapa yang tak boleh redeem eBelia, boleh beli YES sim card dengan harga RM 1.00 sahaja.

Kalau nak tahu berapa yang para pembaca dapat data internet percuma daripada YES, boleh buka shopee dan rujuk gambar dibawah.


Tekan yes yang aku bulatkan


Scroll ke bawah sampai jumpa see all my voucher codes. Nanti akan keluar macam gambar ketiga yang aku tunjukkan dalam entri ini.

Aku redeem eBelia voucher dan aku dapat 40GB internet. Dan aku boleh redeem juga internet percuma yang aku dapat seperti gambar di atas. Sayang, yang bulan Januari dan Februari dah expired sebab dia hanya valid untuk empat bulan selepas tarikh 01 Januari atau 01 Februari dan seterusnya.

Bulan Jun baru aku redeem. Memang expired lah yang internet percuma untuk bulan Januari dan Februari. Nasib baik yang bulan Mac, April, May dan Jun masih belum expired. Hehehe.

Okay semalam bila sampai, terus aku register sim. Macam biasalah, proses pendaftaran. Nak kena ambil gambar kad pengenalan, selfie bersama kad pengenalan dan sebagainya. Tak lama pun prosesnya.

Tapi ada satu masalah bila aku tak boleh nak login aplikasi YES. Puas refresh email sebab dia cakap dia akan hantar email untuk password sementara. Tapi tak sampai sampai. Buat letih aku saja register sim (cakap dalam hati) HAHAHA.

Tapi pagi tadi, tengah buka email, ternampak email daripada YES. Cepat cepat login dan pakai password sementara yang diberi oleh pihak YES. Dan finally, berjaya juga! Jangan lupa tukar password ya :)


Tadaaaaa! Inilah hasilnya hehehe. Total 60GB.

40GB (hasil redeem voucher eBelia) + 20GB (aku redeem internet percuma yang aku dapat untuk bulan Mac - boleh rujuk gambar ketiga)

Jadilah 60GB!

Dan yang paling best, line internet sangatlah laju ya Allah. Jadi sekarang, aku ada tiga sim card iaitu TuneTalk, Hotlink dan YES :')

Sim card TuneTalk aku guna untuk iphone, YES dan Hotlink aku guna di OPPO A37. Nasib baik OPPO A37 support 4G! Aku macam risau juga sebab takut OPPO tak support 4G. Almaklumlah OPPO A37 ini yang lama punya.

Aku beli tahun 2017 kalau tak silap 😂 Tapi lagi sekali, nasib menyebelahi aku, bila masukkan YES sim card, dia menjadi. 

Automatik internet YES ini aku jadikan hotspot. Gembira lain macam kakak aku sebab ada data internet percuma. Internet redONE yang dia pakai cepat sangat habis. Puas suruh tukar ke TuneTalk tapi tak ada masa nak pergi tukar. 

Kesudahannya, memang akulah yang selalu jadi mangsa, kena buat internet Hotlink then buka hotspot. Tapi sekarang dah ada YES, memang pakai internet YES sajalah hehehe. Bagi aku berbaloi! Sangat berbaloi. 

Aku tak keluarkan satu sen pun duit dan dapat data internet percuma. Bolehlah layan korean drama or movie sampai lebam biji mata HAHAHA. Padahal internet TuneTalk pun unlimited. 

Tapi apa apapun, ini semua berdasarkan pengalaman aku. Sebelum nak beli, check coverage dulu. Laju atau tidak. Check samaada telefon kalian support atau tidak YES sim card (macam mana nak check aku pun tak sure huhuhu). 

Mostly aku baca review di shopee yang bagi satu bintang, mostly cakap tak boleh nak aktifkan sim card, coverage tak ada padahal duduk tengah bandar dan sebagainya. 

Macam aku, aku mencuba nasib. Tak dapat guna YES sim card pun tak apa, sebab aku tak rugi apa apa. Tapi Alhamdulillah, aku boleh guna. 

The Best Feeling Ever



The best feeling ever is bila buka shopee dan nampak "Your parcel is now out for delivery." Hehehe.

Ada yang sama happiness tak dengan aku? Aku rasa semua orang pun mesti gembira juga bila nampak ayat diatas itu. Aku happy betul bila buka shopee dan nampak parcel aku dah out for delivery. 

Memang tak senang duduk dah, ternanti nanti bila abang courier nak datang hantar parcel. Selalu buka pintu untuk check sama ada parcel dah sampai ke belum sebab biasanya abang courier tinggalkan saja parcel diatas lantai. 

Jadi memang setiap masa lah aku akan buka pintu rumah untuk check HAHAHA. Memang betul betul ternanti nanti. Padahal bukannya beli barang mahal pun. Barang biasa biasa sahaja huhuhu.

Bila dah terima parcel, tersengih macam kerang busuk HAHAHA. Padahal diri sendiri yang belikan. Self reward begitu hehehe. Kalau terima bungkusan barang yang unexpected lagilah menggembirakan. 

Kalau duduk di Marang tempoh hari, lagi tak senang duduk kalau abang courier hantar parcel time weekend! Tak suka! 

Sebab apa? Sebab kakak kedua aku tak bekerja dan tak balik rumah mentua dia :') So, dia akan ada di rumah. Bila abang courier hantar parcel, akan ditanya macam macam soalan HAHAHA.

Letih tahu nak kelentong kita beli apa hehehe. Tak adalah selalu kelentong, jarang jarang. Tapi bab harga, memang banyak kelentong hehehe.

Kalau kakak tanya berapa harga, aku akan cakap harga "Murah saja, dalam range RM 35 to RM 45." Sedangkan harga barang itu lebih daripada RM 50 😂 Kalau cakap harga sebenar, nanti kena bebel lagi teruk. Sis tak sanggup nak mendengar :') 

Ala bukannya beli benda yang pelik ataupun berbahaya, habis habis beli skincare, novel, makanan ataupun baju. Tapi kebiasaannya, memang banyak beli makananlah. Buat stok mengunyah time bosan, time buat assigment, time tengok movie atau drama korea dan sebagainya hehehe.

Rumah kakak kedua aku tak banyak makanan yang boleh mengunyah sebab jenis kakak aku tak makan makanan ringan macam super ring, bika dan seangkatan dengannya. Jadi kita pun belilah untuk diri kita. Bukan selalu beli tapi kadang kadang hehehe.

Nak membeli di pasar raya susah. Jadi, kita beli secara online. Apa susah, just pilih, add to cart dan proceed to pay. Sampai masa, abang courier hantar hehehe. Senang! Sekarang semuanya di hujung jari. Begituuuuuuuuuu. 

Friday, 16 April 2021

Random Photos in Gallery Part 2


Random Photos in Gallery Part 2 | Tempoh hari dah buat part 1, boleh baca disini. Macam biasa, kekeringan idea yang semakin menjadi jadi, jadi kita jadikan gambar gambar yang ada dalam gallery telefon sebagai content dalam blog hehehe. Jom kita tengok. 


Tapi mostly gambar hasil pembelian di shopee sebab nak review kan, jadi gigihlah ambil gambar setiap barang yang dibeli.



Kotak kasut. Beli di shopee dengan harga RM 2.20 untuk satu bekas. Sebab baru berpindah, jadi tak muat dah nak susun kasut di rak kasut yang sedia ada, jadi kita belilah kotak kasut ini. Kemas lah sikit daripada susun bawah katil, lama lama berhabuk pula hihihi. 

Warna pink untuk kakak dan warna purple untuk aku. Review aku; cara nak pasang senang sahaja, tapi mula mula nak pasang itu termenung juga sebab penutup tak nak lekat dengan badan kotak. Tapi bila cuba buat itu ini, last last lekat juga. Bila dah tahu cara nak pasang yang sebetulnya, memang lajulah pasang yang seterusnya.



Pengikat rambut. Saja beli sebab berkenan tengok warna kuning. Lawa! Hehehe. Padahal nanti pakai ikat rambut yang lama juga sampailah hilang atau dah longgar. RM 3.33 boleh dapat 50 pieces. Kalau ikutkan hati, nak beli semua warna favorite yang ada tapi itulah, empat hari empat malam kena bebel dengan kakak HAHAHAHA. 



Bantal Hilton. Best! Awal awal bestlah lagi. Nanti lama lama, tak tinggi macam itu dah. Tapi bagi aku, bantal ini selesalah. Murah sahaja dalam RM 12.90. Ada lagi yang murah tapi banyak bad reviews so kita belilah dari seller ini walaupun mahal sikit. Nanti beli lagi kot sebab kakak aku nak juga. Menyibuk. Hahaha. Jenis suka tidur bantal tinggi tinggi, memang kena beli banyak hihihi.



Sarung bantal. Harga RM 2.39 sahaja. Besar sikit dari bantal yang aku beli tapi masih boleh diterima. Tak ada pilihan warna lain, terpaksa ambil warna grey tapi not bad, okey saja kan warna dia kan?



Multipurpose cloth hanger. Harga RM 13.99. Ingat nak sidai tuala tapi sayang, tak lepas nak sangkut dekat tingkap. Rasa membazir pun ada hehehe. Tapi esok esok kita try lagi, mana tahu boleh ke. 

Cloth hanger ini besar juga, ingatkan kecil saja tapi okey lah dengan harganya. Maaflah ya malas nak rotate gambar hehehe.


Nota jemari: Rasa nak tukar template blog lagi, maaf kalau masa kalian singgah, blog ini dalam keadaan serabut, maksudnya aku tengah try template lain hehehe