Jovian Disposable 3Ply Monogram Mask Black dan Extender dari Shida Radzuan

Dua minggu lepas ada terima satu email dari Kak Shida yang menanyakan alamat terkini untuk pos hadiah sempena menjadi salah seorang top komentator di blog Kak Shida. Aku tak tahu bila sampai sebab semalam aku baru balik ke rumah sewa lepas bertapa selama dua minggu di rumah lain. And yes, baru dapat laptop. Jadi sekarang dalam proses blogwalking. Hehehehe.

Nanti cucuk second dose aku akan bawa laptop sebab takut kena bertapa lagi lama di rumah lain. Tak nak pisang berbuah dua kali, aku mesti bawa laptop hahaha. Jenuh ya nak blogwalking kalau dah lama tak blogwalking. Bukan seorang dua, tapi berpuluh puluh blogger. Tapi tak apa, aku akan cuba untuk blogwalking setiap blog, in shaa Allah. 


Okey kembali kepada hadiah yang diberikan oleh Kak Shida, aku dapat sekeping mask berwarna hitam keluaran Jovian Mandagie. Mask premium dan exclusive sebab tengoklah siapa pemilik brandnya siapa. Siapa je tak kenal Jovian Mandagie ni? Pereka fesyen yang terkenal dan merupakan menantu kepada Ismail Sabri. Dalam sampul surat kiriman Kak Shida, ada sekeping disposable 3ply monogram mask berwarna hitam dari Jovian dan juga extender yang mempunyai warna seperti bendera Palestin. Cantik! 

Kak Shida macam tahu tahu je saya tengah survey mask Jovian ni. Alhamdulillah rezeki dapat sekeping, jadi dapatlah kita test mask keluaran Jovian ni. Best ke tidak, selesa ke tidak dan sebagainya sebelum beli satu kotak. Dah lama add to cart mask Jovian yang warna putih tapi tak beli beli sebab masih berlambak mask yang sediaada HAHAHA. Mask banyak banyak nak buat apa? Bukan pergi mana mana pun! Jadi, sila habiskan dulu mask yang sediaada ya najihah (cakap dengan diri sendiri hehehe).

Apa-apapun terima kasih ya Kak Shida untuk hadiah ini. Saya suka dan saya hargai! Bagi sesiapa yang belum kenal dengan Kak Shida, bolehlah terjah blog Kak Shida sekarang. Jangan segan silu nak terjah ya, sangat dialu-alukan!

Banyak kegunaan ya phone holder ni HAHAHA 

30 comments

  1. Tahniah atiqah dapat top commentator. Nanti bolehlah review mask jovian tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, hahaha in shaa Allah nanti saya review :D

      Delete
  2. Akak pun belum cuba lagi.
    Betul kena habiskan pelitup yang ada dahulu.
    Tahniah Atiqah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann akak, kena habiskan yang sedia ada dulu. Memang berkotak kotak lagi ada dekat dalam rumah ni hahaha.

      Delete
  3. Masalah kita sama. Mask banyak walaupun tak ke mana-mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sep sikit! Jadi sawang je nanti mask tu hahaha

      Delete
    2. tu belum campur stok dekat opis, spare dalam keter..

      Delete
    3. Boleh bayang dah banyak mana mask kak sal tu HAHAHAHAHA

      Delete
  4. cantik, nape la sana sini mama nampak mask jm ni. menggugat iman sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli mama beli, beli jangan tak beli hahahahaha :P

      Delete
  5. Alhamdulillah. Boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  6. tahniah dik
    kak pun dpt hadiah dari kak shida
    pakai mask kak shida bagi tu la nnti kak pergi cucuk vaksin tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maceh rabia!
      Melaram kejap pakai mask JM ni hahaha

      Delete
  7. Lps ni boleh melaram dgn face mask JM la ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah boleh la melaram sekejap dengan face mask JM ni hahaha

      Delete
  8. Bagus guna bila kena pergi kat tempat ramai orang. Saya stok mask kotak pun banyak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi tempat ramai memang double mask dah hahaha.
      Itulah, samalah kita, berlambak mask dalam rumah ni hahaha

      Delete
  9. Tahniah again!. yayy boleh try mask jovian. rezeki tu. dapat phone holder juga tu best2.

    Semoga murrah rezeki kak shida juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macehh ain! Ehh phone holder tu saya punya hahahaha.
      Aamiin aamiin ya rabbal alamin :)

      Delete
  10. Tahniah Atiqah.. Rezeki dapat premium mask Jovian. :)
    Semoga murah rezeki Shida.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki dapat merasa jugak sekeping hahaha.
      Aamiin aamiin ya rabbal alamin, semoga kita semua dilimpahkan rezeki yang berterusan :)

      Delete
  11. Yeah!! KIta pun dapat..
    Tahniah Atiqah..

    ReplyDelete
  12. Wah, tahniah!!Kalau akak mesti sayang nak pakai😅.

    ReplyDelete
  13. tahniah👍👍👍pakai dah ke mask tu?

    ReplyDelete
  14. Tahniah, Tiqah jadi Geng Kuat Komen! Selamat bergaya dengan mask Jovian.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah..Yeay! Dapat jugak premium mask ni. sayang nak pakai. Simpan dulu sementara tak keluar kemana ni. hihi..
    Tahniah Atiqah.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)